Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Salad Guna Air Fryer – Resepi Salad Caesar

Sebelum mencuba resepi baru salad, Mommy perlu tahu apa itu sebenarnya salad. Asalnya salad bukannya hidangan utama tetapi ia adalah starters ataupun side dish bagi sesuatu hidangan utama. Walau bagaimanapun, salad juga boleh menjadi hidangan utama dengan portion yang lebih banyak dari biasa.

Terdapat beberapa cara untuk makan salad dengan lazat seperti mencampurkan bahan-bahan lain untuk menambah selera dan menyedapkan salad Mommy.

Secara amnya, salad dimakan bersama salad dressing seperti sos thousand island ataupun garlic vinaigrette dressing. Contohnya, bahan utama salad Caesar adalah sayuran hijau seperti Romaine lettuce, dan kacang serta keju.

 

Sumber: Berita Harian

Mommy boleh campurkan pelbagai bahan dalam salad mengikut selera Mommy. Antara bahan-bahan yang boleh dicampurkan dalam adalah pasta, kacang-kacang, seafood, tuna, telur, ayam, buah, dan sebagainya. Kemudian, Mommy boleh tambahkan salad dressing mengikut citarasa Mommy.

Kalau Mommy pernah lihat di kedai, terdapat pelbagai jenis salad dressing yang berada di pasaran. Pengeluaran salad dressing adalah sangat banyak untuk penggemar salad.

Biasanya salad dressing terdiri dari bahan-bahan seperti minyak, produk tenusu seperti krim atau yogurt, dan mayonis.

Sebagai contoh, salad dressing vinaigrette diperbuatkan daripada minyak zaitun atau minyak kanola, cuka, mustard dan boleh tambah rempah-rempah juga.

Sumber: Healthline

Jadi sekarang Mommy sudah tahu tentang komposisi salad dan bahan-bahannya. Selain itu, salad adalah sumber protein seperti telur, tuna, udang, ayam, daging dan sebagainya. Salad dressing pula adalah sumber lemak. Macam mana pula dengan khasiatnya? Mari kita lihat dibawah!

Khasiat Salad

Sumber: Taste

Salah mempunyai pelbagai nutrien, mineral serta vitamin. Selain itu, ia mengandungi banyak antioksidan seperti:

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Asam folat
  • Likopen
  • Alfa
  • Betakaroten

Untuk pengetahuan Mommy, antioksidan dapat membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang menyebabkan penyakit radikal bebas.

Tambahan pula, kandungan sayuran atau buah-buahan yang banyak dalam salad dapat membuat Mommy kenyang lebih lama. Untuk Mommy yang mahu menurunkan berat badan, Mommy boleh juga menambahkan salad dalam pemakanan. Khasiat salad juga dapat membantu menurukan kolesterol dan mencegah sembelit.

Mommy jangan risau kerana salad mengandungi lemak yang baik. Lemak baik ini terdapat dalam minyak zaitun, avocado, dan kekacang yang berada dalam salad. Dengan memakan lemak baik ini, ia dapat membantu tubuh badan untuk menyerap fitokimia seperti likopen daripada tomato dan lutein daripada sayur hijau gelap.

Banyak juga khasiat salad ni kan? Sekarang Mommy boleh la cuba resepi baru iaitu resepi Salad Caesar yang sedap dan mengenyangkan, dengan hanya menggunakan air fryer!

Print

Resepi Salad Caesar Guna Air Fryer

Panduan yang mudah untuk memasak salad caesar yang mengenyangkan.
Course Menu Utama
Cuisine Itali
Keyword Keluarga, Menu Sihat
Prep Time 15 minutes
Cook Time 20 minutes
3 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 3 sudu makan mentega
  • 2 ulas bawang putih (Ditumbuk hancur)
  • 1 sudu makan daun parsley cencang
  • 3 keping roti
  • ½ cawan gajus
  • ½ biji salad lettuce (Dihiris kasar)
  • 6 biji tomato ceri
  • 2 sudu keju parmesan
  • ½ cawan sos thousand island
  • 1 biji lemon (Diambil jus)

Instructions

  • Mula-mula gaul sebati mentega, bawang putih, dan daun parsley.
  • Sapukan mentega yang digaul pada kedua-dua permukaan roti dan potong dadu kecil.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Selepas itu, masukkan roti ke dalam Air Fryer dan masakkan selama 10 minit. Keluarkan.
  • Masukkan kacang gajus ke dalam Air Fryer dan masakkan selama 10 minit dan keluarkan.
  • Masukkan salad lettuce, tomato ceri, roti, dan gajus ke dalam mangkuk hidangan. Kemudian, taburkan keju parmesan.
  • Gaul sebati sos thousand island dan jus lemon. Siap! Dan sedia untuk di hidang.

Sambil Mommy tunggu roti dalam air fryer untuk salah ni masak, apa kata Mommy lihat dan masukkan dalam list pelbagai resepi yang lain di Motherhood Story. Selamat mencuba Mommy!