Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sambal Ayam Buat Anda Yang Sukakan Masakan Pedas Menyengat!

resepi sambal ayam

Sumber Dapur Tanpa Sempadan

Resepi sambal ayam adalah menu pelengkap juadah yang sangat sedap. Bagi penggemar makanan pedas-pedas manja, rata-ratanya pasti sangat kerap menyediakan juadah sambal ayam di rumah mereka.

Rasa sambal yang sedap sebenarnya bergantung kepada cara penyediaan dan pedasnya pula berdasarkan jenis cili kering yang Mommy gunakan. Tapi jangan risau! Jika jenis cili yang pedas, Mommy boleh seimbangkan rasa pedasnya itu dengan melebihkan kuantiti bawang besar.

Resepi sambal ayam tidak memerlukan bahan yang banyak. Jadi tidak sukar untuk menyediakannya. Di sini kami kongsikan cara-cara masak sambal ayam yang mudah dan sedap.

Bagi Mommy yang belum pandai masak dan masih lagi dalam proses belajar memasak bolehlah mencuba resepi ini mengikut panduan yang telah diberikan.

Cara Penyediaan Resepi Sambal Ayam

Bahan-Bahan Resepi Sambal Pedas Ayam

Bahan Asas:

  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • 2 helai daun kunyit
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit
  • Minyak

Bahan-bahan kisar:

  • 10 tangkai cili hidup
  • Segenggam cili api kampung
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup

Cara menyediakan ayam goreng:

#1. Mommy potong ayam kepada 16 bahagian, basuh sehingga bersih.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian Mommy lumur ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Seterusnya Mommy goreng ayam didalam minyak yang sudah panas sehingga masak. Apabila ayam sudah masak, angkat ayam dan toskan minyak.

Cara menyediakan sambal pedas: 

#1. Mommy kisar cili hidup, cili api kampung, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Dengan menggunakan kuali yang sama, Mommy panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi.

#2. Kemudian Mommy masukkan ayam dan kacau selalu agar semua tumisan tadi sebati dengan ayam.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Mommy tambahkan air sekiranya terlalu pekat. Mommy biarkan sehingga ia mengelegak, kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.

#3. Mommy kacau dan biar sekejap sehingga ia masak sepenuhnya. Akhir sekali Mommy taburkan dengan hirisan daun kunyit.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Tips/Petua Semasa Mencuba Resepi Sambal Ayam: 

  • Semasa kisarkan bahan tumis, masukkan sedikit minyak masak untuk hancurkan saki baki biji cili kering yang tertinggal.
  • Untuk rasa yang lebih sedap dan mengelakkan bau tengik cili, tumis cili betul-betul masak sehingga pecah minyak.
  • Jika mahukan sambal warna merahnya yang berkilat, biji cili kering haruslah dibuang terlebih dahulu, rebus cili kering sehingga lembut. Selepas itu, barulah dikisar bersama bahan lain.
  • Kalau masak sambal, jangan guna api kuat nanti sambal hangit dan pahit.
  • Seandainya Mommy bukan penggemar makanan pedas, Mommy boleh sahaja mengurangkan jumlah cili api kampung dan cili hidup mengikut citarasa Mommy.
  • Jika Mommy tidak mahu menggoreng ayam terlebih dahulu, Mommy boleh masak terus ayam bersama sambal pedas. Dengan cara ini Mommy boleh menjimatkan banyak masa dan tenaga.
  • Mommy boleh gantikan asam jawa dengan asam keping tetapi perlu dimasukkan awal semasa sambal dimasak.

Semoga resepi ini menepati cita rasa Mommy sekeluarga! Lepas dah cuba resepi ni, apa kata Mommy cuba resepi ayam masak merah ala kenduri ni pulak. Selamat mencuba!