Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senang Je Buat – Jom Cuba Resepi Sambal Ikan Bilis Yang Sedap Ni!

resepi sambal ikan bilis

Kredit gambar: istockphoto.com

Sambal ikan bilis ni, kalau kita masak, memang tak rugi. Sebabnya, kita boleh menikmatinya dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, lontong, roti canai dan macam-macam lagi. Malah, kalau dengan nasi putih je pun sedap sangat dah.

Jadi kali ini, Motherhood nak buat stok sambal ikan bilis untuk disimpan di rumah, inspirasi daripada Azie Kitchen. Senang nanti kalau malas nak masak ke, dah ada sambal ni. Jom Mommy, kita buat sama-sama?

Resepi Sambal Ikan Bilis

Highlighted

Kredit gambar: aziekitchen.com

Resepi oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan

  •  Semangkuk ikan bilis
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana yang dihiris
  • Air asam jawa
  • Garam kasar
  • Gula melaka
  • Gula pasir

Bahan kisar

  • 16 tangkai cili kering + 2 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

Cara-Cara

1. Panaskan minyak masak dan gorengkan sekejap ikan bilis sehingga layu.

Kredit gambar: aziekitchen.com

2. Kemudian, tuangkan bahan kisar dan tumiskan sekali sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.

Kredit gambar: aziekitchen.com

3. Bila dah garing dan pecah minyak, tuangkan pula air asam jawa, garam kasar dan gula melaka. Sambung tumis ya.

Kredit gambar: aziekitchen.com

4. Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris bersama gula pasir sedikit. Renehkan sehingga pecah minyak lagi.

Kredit gambar: aziekitchen.com

5. Sambal ikan bilis dah siap!

Kredit gambar: aziekitchen.com

Tips Memasak Resepi Sambal Ikan Bilis

  • Gula melaka wajib ya dimasukkan Mommy. Ia akan buat sambal lagi sedap dan lebih cantik warnanya.
  • Kalau Mommy nak goreng asing ikan bilis pun boleh. Cara yang Motherhood buat ni lebih mudah lah.

Kejap je buat resepi sambal ikan bilis ni Mommy. Kalau Mommy nak masak lauk ayam, boleh cuba ayam masak merah ni. Lebih kurang je cara penyediaannya, dua-dua sedap dan menyelerakan.

Nanti bolehlah masukkan dalam rotating menu Mommy sekeluarga!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.