Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sandwich Telur Menggunakan Air Fryer

Kali ini kita akan mengkongsikan resepi Sandwich Telur yang amat mudah untuk disediakan menggunakan airfyer. Dalam banyak-banyak resepi telur, ini adalah resepi ini mudah dan adalah makanan ruji buat sesebuah keluarga.

Mesti bosan makan telur sahaja kan? Apa kata kita pair kan bersama roti pula. Selalu makan roti putih sahaja kan? Apa kata kita try pula roti wholemeal! Resepi sihat ini menggunakan roti wholemeal untuk Mommy yang menjaga pemakanan.

Roti wholemeal juga datang dalam macam-macam jenis. Seperti yang kita tahu, telur mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin. Tetapi Mommy tahu tak ada khasiat juga dalam roti. Mari kita lihat bersama-sama.

Apa Itu Roti Wholemeal?

Roti wholemeal diperbuat daripada bijirin penuh yang telah dikisar kepada tekstur yang halus, membuatkan warnanya menjadi coklat. Tepung gandum mengandungi lebih banyak serat daripada tepung putih. Roti wholemeal juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral daripada banyak roti putih, tetapi mempunyai GI (glycemic index) yang lebih tinggi daripada roti bijirin penuh.

Khasiat Roti Wholemeal

Salah satu kelebihan roti wholemeal adalah jumlah serat makanan di dalamnya. Serat menyumbang kepada aktiviti dan kesihatan kolon, mencegah sembelit dan mengurangkan risiko kanser kolon.

Wholemeal mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, termasuklah:

  • Membantu pencernaan – Roti wholemeal mengandungi serat yang tinggi, yang boleh meningkatkan kesihatan penghadaman dengan meningkatkan kekerapan membuang air besar.
  • Weightloss – Kandungan serat roti wholemeal meningkatkan rasa kenyang, yang boleh membantu Mommy mencapai sebarang matlamat penurunan berat badan dengan membantu Mommy berasa lebih kenyang lebih lama.
  • Merendahkan risiko diabetes – Dalam satu kajian, orang yang lebih kerap mengambil bijirin penuh, termasuk roti wholemeal, mempunyai kadar diabetes Jenis 2 yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak.
  • Menjaga kesihatan jantung – Kajian menunjukkan bahawa pengambilan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Banyak juga kan kelebihan mengambil roti wholemeal daripada roti putih kan? Bukan itu sahaja, resepi ni juga boleh menjadi menu yang simple untuk potluck dan juga picnic apabila Mommy pergi bersama keluarga dan rakan-rakan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk Mommy dan keluarga. Selamat mencuba!

Print

Sandwich Telur

Course Makan Malam, Sarapan
Keyword sandwich, telur
Prep Time 15 minutes
Cook Time 27 minutes
Total Time 43 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 5 biji telur
  • ½ batang timun
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji tomato ceri
  • ½ labu bawang Holland
  • 3 sudu makan mayones
  • 1 sudu makan lada hitam kisar
  • 1 sudu makan jus limau
  • Garam secukup rasa
  • 6 keping roti sandwich wholemeal
  • 3 keping keju
  • Daun salad

Instructions

  • Panaskan Air Fryer pada suhu 90°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan telur ke dalam Air Fryer (tanpa air) dan masakkan selama 25 minit (untuk buat telur rebus). Keluarkan dan sejukkan.
  • Kemudian, kupas telur dan hancurkan.
  • Potong timun, cili merah, tomato dan bawang dalam bentuk dadu kecil. Masukkan ke dalam mangkuk. Selepas itu, gaul sebati dengan mayones, lada hitam, jus limau dan garam.
  • Lapiskan roti dengan keju, bahan yang digaul, daun salad dan sekeping lagi roti
  • Akhir sekali, roti dipotong empat dan hidangkan.