Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sarapan Pagi Asas Cawan Oat Khas untuk Si Manja | Carrot Cake

Shredded carrot, raisins, and cinnamon on a plate

Highlighted


Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Bahan – Bahan

1/2 cawan carrot yang dicincang
1/4 cawan kismis
1/4 sudu teh buah pala
3 cawan oat
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh garam
2 pisang masak, dilenyek (lebih kurang 1 cawan)
2 telur
1 cawan susu badam (atau susu pilihan anda)
1/3 cawan sirap maple
1/4 cawan minyak kelapa, dicairkan
2 sudu teh ekstrak vanilla

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara – Cara

Panaskan oven kepada 350 darjah. Sapukan loyang muffin dengan mentega..

Ambil 1 cawan oat dan masukkan ke dalam blender atau food processor. Hancurkan oat selama 30 saat atau sehingga menjadi pekat seperti tepung jagung. Jangan terlebih hancur, kerana oat itu akan menjadi seperti tepung yang melekit.

Di dalam mangkuk besar, campurkan sekali oat, tepung oat, serbuk penaik, kulit kayu manis, dan garam.

Di dalam mangkuk sederhana, campur bersama pisang lenyek, telur, susu, sirap, minyak kelapa, dan ekstrak vanilla.

Masukkan bahan masak ke dalam bahan kering dan campurkan sehingga rata.

Kacau secara perlahan carrot yang dicincang, kismis, dan buah pala.

Masukkan adunan oat ke dalam loyang muffin sehingga penuh.

Bakar selama 30 minit atau sehingga bahagian atas muffin perang – keperangan. Sejukkan sedikit dan hidang.

Umur : Sesuai untuk bayi (8 bulan dan ke atas) dan untuk kanak-kanak.
Masa Penyediaan : 10 minit
Masa Masak : 30 minit
Hasil : 12 Oat Cawan
Penyimpanan : di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk selama 5 hari
Beku : Masukkan oat cawan di dalam beg sejuk beku, keluarkan semua udara, tutup dan beku, dan boleh disimpan selama 6 bulan. Untuk panaskan, masukkan oat cawan ke dalam microwave selama 30-60 saat sehingga suam.

 

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Baby Foode.