Keledek mempunyai pelbagai khasiat dan nutrien untuk tubuh badan kita kekal sihat dan bertenaga. Ia juga adalah makanan popular untuk mereka yang sedang diet dan menjaga pemakanan. Perkongsian resepi kali ini adalah Keledek Bakar yang boleh dimasak dengan hanya menggunakan air fryer.
Sebelum itu, jom baca dahulu khasiat ubi keledek kepada kesihatan kita.
Khasiat Ubi Keledek
Untuk pengetahuan Mommy, ubi keledek adalah sejenis sayur yang berkanji.
Mesti Mommy tertanya-tanya kenapa keledek ada banyak jenis warna? Ini adalah kerana ia mempunyai pelbagai variasi seperti ungu, jingga dan putih. Keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas berasal dari keluarga Convolvulaceae. Bahagian luarnya atau bahagian kulit keledek berwarna coklat kasar dan juga ungu kemerah-merahan.
Ubi keledek berasal dari kawasan tropika yang beriklim sederhana dan kaya dengan nutrien dan mineral seperti:
- Vitamin C
- Vitamin B
- Folat
- Vitamin A
- Vitamin E
- Kalium
- Magnesium
Keledek juga berpotensi untuk membantu tubuh kita melawan pelbagai penyakit seperti:
- Meningkatkan sensitiviti insulin
- Mengurangkan risiko menghidap kencing manis
- Mengurangkan tekanan darah
- Meningkatkan kesihatan usus
- Bersifat anti-barah
- Membekalkan tenaga dengan segera
- Menjaga kesihatan mata
- Mencegah penyakit skurvi
- Mengelakkan rasa lapar
Ubi keledek adalah makanan yang popular untuk diet. Ramai artis-artis korea menggunakan keledek sebagai replacement meal untuk mengurangkan berat badan mereka.
Jadi, sekiranya Mommy ingin mengekalkan atau mengurangkan berat badan Mommy, bolehlah Mommy cuba mengambil ubi keledek sebagai menu diet anda.
Penyediaan Ubi Keledek
Selain dihidangkan sebagai keledek bakar, ia juga sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan kuih-muih tradisional seperti kuih keria, cek mek molek, cucur badak dan lain-lain. Seperti yang Mama tahu, ia boleh digoreng, direbus, dikukus dan macam-macam lagi! Wah, senang betul nak masak keledek ni!
Selain itu, ubi keledek turut mengandungi sebatian-sebatian antioksidan yang turut memainkan peranan kepada khasiat-khasiat keledek ini.
Selepas dapat tahu khasiat keledek mesti Mama nak makan kan? Kali ini, kita akan masak keledek dalam air fryer sahaja! Mudah kan? Selamat mencuba!
Resepi Keledek Bakar Guna Air Fryer
Equipment
- Air Fryer
Ingredients
- 400 g ubi keledek
- 1 sudu teh minyak zaitun
- 1 cawan kelapa parut
- ½ cawan gula merah atau gula perang
- garam secukup rasa
Instructions
- Panaskan air fryer terlebih dahulu pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam dalam 3 minit.
- Basuh ubi keledek dan lap hingga kering. Kemudian, oleskan minyak zaitun ke atasnya.
- Masukkan ke dalam air fryer dan masak selama 15 minit dan keluarkan.
- Terbalikkan keledek ini dan masak lagi 15 minit dan keluarkan.
- Hidangkan dengan kelapa parut yag digaul dengan sedikit garam dan gula merah atau gula perang.
Resepi keledek bakar ni lagi sedap kalau makan panas-panas dengan air teh ‘o’ panas atau kopi ketika cuaca sejuk. Terliur rasa!
Nantikan banyak lagi resepi-resepi lain khas buat Mommy semua di Motherhood Story!