Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Resepi Sayuran Yang Pasti Dapat Memikat Selera Anak Kecil

Sayur-sayuran mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan) dan sangat baik untuk dimakan oleh si kecil.

Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak dapat membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.

Anak-anak Mommy jenis picky eater, jangan risau. Dalam entri ini, Min ada kongsikan 7 resepi sayuran yang boleh dicuba untuk diberi kepada anak kecil.

Selamat mencuba!

7 Resepi Sayur Buat Anak Kecil 

Print

Salad Timun Dengan Biji Bijan

Course Salad, Snek
Cuisine Barat
Keyword Kanak-kanak, Menu Sihat

Ingredients

  • 1 biji Timun (saiz sederhana)
  • 2 sudu Cuka beras
  • 1 sudu Minyak canola
  • 1/2 sudu teh Minyak bijan
  • 1/2 sudu teh Madu
  • Garam
  • Lada
  • Biji Bijan bakar

Instructions

  • Potong hujung timun yang bersaiz sederhana.
  • Kemudian, potong setengah secara melintang dan hiris halus.
  • Kacaukan 2 sudu cuka beras, 1 sudu minyak canola, ½ sudu teh minyak bijan, ½ sudu teh madu, garam, dan lada.
  • Toskan dressing dan timun, dan tambah sedikit biji bijan.
Print

Sayur Brokoli Stim 'Matahari'

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Kanak-kanak, Keluarga

Ingredients

  • 3 batang Brokoli
  • 2 sudu Jus oren
  • 1 sudu Minyak canola
  • 1 ulas Bawang puting (dicincang)
  • Garam
  • Lada
  • Lobak merah (dihiris)

Instructions

  • Stim brokoli selama 5 minit.
  • Tos dengan 2 sudu jus oren, 1 sudu minyak canola, 1 ketul bawang putih yang dicincang, garam, dan lada.
  • Hiaskan brokoli yang sudah di tos, di atas hirisan lobak merah yang disusun menjadi bentuk bunga.

 

Print

Kentang Lobak Merah

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword Kanak-kanak, Keluarga

Ingredients

  • 5-6 batang Lobak merah
  • 1 sudu Minyak zaitun
  • ¼ sudu teh Daun tyhme kering
  • ¼ sudu teh Garam

Instructions

  • Potong lobak merah secara memanjang.
  • Tos dengan 1 sudu minyak zaitun, ¼ sudu teh daun thyme, dan ¼ sudu teh garam.
  • Letakkan baking paper di dalam pan sebelum bakar dalam suhu 400 darjah selama 15 ke 20 minit, atau sehingga lembut.
Print

Penkek Sayur Mini

Course Snek
Cuisine Asia
Keyword Kanak-kanak, Lunchbox

Ingredients

  • oz Mix muffin jagung
  • 1 biji Putih telur
  • 3 sudu Air
  • ¾ cawan Timun (dihiris halus)
  • ½ cawan Beetroot  (dicincang)
  • 2 sudu Minyak canola

Instructions

  • Campurkan setengan 8 ½ auns mix muffin jagung dengan 1 putih telur dan 3 sudu air.
  • Kacau bersama ¾ cawan timun yang dihiris halus dan ½ cawan beetroot yang dicincang.
  • Masukkan campuran ke alam 2 sudu minyak canola.
  • Masak selama 2 minit; terbalikkan dan masak selama 1 ke 2 minit, sehingga warna bertukar menjadi perang.
Print

Ubi Keledek-parsnip Lenyek

Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Kanak-kanak, Keluarga

Ingredients

  • 340 gram Ubi keledek
  • 2 Parsnip
  • cawan Apple cider
  • Garam
  • Lada

Instructions

  • Buang kulit dan potong ubi keledek dan parsnip kepada potongan 1 ke ½ inci.
  • Rebus dalam air dengan sedikit garam selama 15 ke 20 minit, atau sehingga lembut.
  • Buangkan air rebusan, dan masukkan ⅓ cawan apple cider, garam, dan lada.
  • Lenyek sehingga rata.
Print

Asparagus Celup Tepung

Course Pembuka Selera, Snek
Cuisine Barat
Keyword Kanak-kanak

Ingredients

  • 300 gram Asparagus
  • 3 cawan Tepung gandum
  • 2 biji Telur
  • Serbuk roti
  • 1 sudu Minyak zaitun
  • Dip Honey-mustard

Instructions

  • Celupkan asparagus kedalam tepung gandum, telur, kemudian serbuk roti (mengikut turutan).
  • Letakkan sedikit minyak zaitun di atas asparagus, dan bakar pada sugu 450 darjah, selama 10 minit, atau sehingga perang.
  • Cicah dengan honey-mustard.
Print

Kacang Panjang Tumis Bawang Putih

Course Menu Utama
Cuisine Cina
Keyword Kanak-kanak, Keluarga

Ingredients

  • 3 batang Kacang panjang (dipotong pendek)
  • 1 biji Bawang merah (dicincang)
  • 3 ulas Bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar Sos teriyaki
  • ¼ cawan Badam bakar

Instructions

  • Tumis hirisan bawang merah sehingga garing. Kemudian, tumis bawang putih dan masukkan kacang panjang yang telah dipotong.
  • Apabila kacang panjang sudah hampir masak, masukkan 2 sudu besar sos teriyaki, dan ¼ cawan badam bakar.
  • Hidangkan panas bersama nasi.

 


Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik di SINI.