Resepi singgang ikan ini walaupun nampak ringkas tetapi ianya amat digemari oleh semua orang terutama yang berasal dari negeri pantai timur.
Untuk memasak resepi ini, selalunya ikan yang digunakan adalah ikan kembung, ikan tenggiri, ikan merah dan juga ikan tongkol. Tetapi dalam banyak-banyak jenis ikan, paling sedap untuk dimasak singgang adalah ikan tongkol.
Untuk perkongsian resepi kali ini, kami akan kongsikan kepada Mommy resepi ikan singgang yang mengandungi pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Menu ini juga, sangat sesuai buat Mommy yang kesuntukkan masa dan sangat sibuk.
Juadah ini sangatlah mudah untuk di masak dan bahan-bahan yang diperlukan pun sangat senang untuk diperoleh. Kalau makan dengan nasi mesti bertambah, lagi-lagi kalau Mommy makan dengan budu atau pun sambal tumbuk.
Resepi Ikan Singgang Kelate
Bahan-bahan
- Ikan tongkol
- Asam keping
- Bawang putih
- Bawang merah
- Lengkuas
- Cili
- Bendi
- Gula melaka
- Sedikit gula pasir
Cara-cara masak
1. Mula-mula Mommy masukkan air ke dalam periuk. Didihkan air dengan secukupnya. Kalau sukakan kuah lebih, letak je air lebih.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan di atas apabila air sudah mendidih. Perasakan.
3. Biarkannya sehingga mendidih masak. Siap untuk dihidang.
Resepi Singgang Ikan Tongkol
Bahan-bahan
- 5 ekor ikan tongkol
- 4 ulas bawang putih dimayang
- 2 biji bawang merah dimayang
- 1 sk biji ketumbar ditumbuk halus
- 2 inci lengkuas dihiris
- 2 keping asam keping
- 4 biji bendi
- 1 1/2 cawan air
- Sedikit garam dan gula
Cara-cara masak
1. Panaskan air dan masukkan ikan. Kemudian Mommy masukkan semua bahan-bahan lain. Letakkan perasa dan juga bahan untuk hiasan. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Kredit resepi: dapurcheyah
Resepi Ikan Singgang Kelantan Simple
Bahan-bahan
- 3 potong ikan
- 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1-2 keping asam gelugor
- 5-6 biji cili padi
- 4 batang sayur bendi
- garam secukup rasa
- serbuk perasa (jika suka)
Cara-cara masak
1. Bersihkan ikan dan toskan. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan juga budu.
Tips/petua Memasak Resepi Singgang Ikan
- Untuk menu diet, Mommy tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, cukup hanya letak sedikit sahaja.
- Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan warna yang lebih menarik, masukkan sedikit kunyit hidup.
- Letak asam keping banyak untuk rasa singgang asli.
Juadah ini juga mempunyai banyak khasiat yang mampu mengurangkan gejala batuk, gangguan pernafasan, bersifat anti radang dan ianya juga mampu menurunkan panas di dalam badan.
Malah menu ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang dalam keadaan berpantang.
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.