Resepi kali ini kami akan kongsikan hidangan yang simple yang pastinya akan menjadi kegemaran anak-anak Mommy! Ia juga berpotensi menjadi menu potluck jika Mommy sudah kehabisan idea menu untuk dibawa dan menikmati bersama keluarga.
Sosej yang berkualiti tinggi mampu memberikan rasa kenyang dan tenaga yang lebih lama kepada tubuh badan Mommy.
Lebih menarik, sosej yang dimakan secara berkala sebenarnya dapat meningkatkan tahap enfrofin dan serotonin dalam darah . Namun begitu, ibu hamil, menyusu, dan orang yang lebih tua tidak digalakkan untuk memakan sosej. Sebaliknya, adalah penting untuk mereka memantau gaya pemakanan mereka.
Makanan lain yang sesuai dihidangkan bersama sosej:
Kalau Mommy mahu elevate lagi hidangan ini, ada beberapa cadangan untuk melengkapkan hidangan ini seperti:
- Mac & Cheese
- Kacang panggang
- Coleslaw
- Salad kentang
- Kerepek kentang
- Sayur Bakar
Barulah hidangan complete untuk dinikmati seisi keluarga! Selepas ini, Mommy tidak perlu lagi rasa runsing atau stres untuk masak apa untuk potluck ataupun family gathering.
Mommy hanya perlu dapatkan sosej di pasar bersama sayur-sayuran, dan kemudian masuk sahaja ke dalam air fryer seperti dalam resepi mudah ini!
Resepi Sosej Goreng Lada Hitam
Equipment
- Air Fryer
Ingredients
- 5 batang sosej lada hitam
- 1 sudu makan lada hitam kisar
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam secukup rasa
- 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
- 1 labu bawang Holland (Dihiris kasar)
- 1 biji capsicum merah (Dihiris kasar)
- 1 biji tomato (Dibelah 4)
- 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
Instructions
- Mula-mula panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Sosej dihiris kasar secara serung. Gaulkan dengan lada hitam. Kemudian, gaulkan dengan lada hitam, minyak zaitun, dan garam.
- Selepas itu, masukkan ke dalam Air Fryer dan masak selama 5 minit.
- Masukkan bawang putih dan bawang Holland. Masak lagi 3 minit.
- Kemudian, masukkan capsicum dan tomato dan masak lagi 2 minit.
- Taburkan daun bawang dan gaul rata.
- Akhir sekali, keluarkan semua bahan dan hidangkan.
Selamat mencuba! Untuk resepi masak lada hitam yang lain, Mommy boleh lihat di sini.