Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Goreng Kunyit Cepat Dan Mudah

resepi sotong goreng kunyit

Sumber: cookpad.com

Bagi sesetengah keluarga, kedua-dua ibu bapa mempunyai kerja sepenuh masa atau banyak urusan lain yang perlu dikendalikan pada siang hari dan selalunya tiada masa untuk memasak, sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam.

Mujur ada banyak resepi yang boleh dirujuk yang amat mudah dan cepat untuk disediakan kalau Mommy teringin masak untuk keluarga. Salah satu resepi yang Mommy boleh cuba untuk masak ialah resepi sotong goreng kunyit yang dapat dinikmati dengan keluarga!

Hidangan yang mudah ini amat enak dan cepat untuk di masak, sama seperti hidangan goreng kunyit lain! Walaupun hidangan ayam goreng kunyit selalunya lebih popular dan boleh didapati dimana-mana dengan senang, hidangan sotong goreng kunyit pun tidak kurang kelazatannya. Lagi-lagi kalau Mommy dan keluarga sangat gemarkan makanan laut.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Highlighted

Sumber: kitpramenulis.com

Resepi sotong goreng kunyit yang teramat mudah ini hanya memerlukan bahan-bahan yang tentu ada di dapur Mommy seperti bawang besar, cili merah, serbuk kunyit, dan garam, selain sotong segar.

Mommy boleh juga guna sotong yang sudah dibekukan, tapi sotong segar lebih enak dan tidak memerlukan masa tambahan untuk menurunkannya pada suhu bilik sebelum digoreng. Ini penting jika Mommy tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram sotong
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 10 batang kacang buncis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 4 sudu minyak masak
  • 1 biji bawang besar (optional)
  • 2 biji cili merah (optional)
  • garam
  • 1 sudu sos tiram
  • 5 helai daun limau purut dibuang urat

Cara-Cara Memasak Sotong Goreng Kunyit

1. Basuh sotong sehingga bersih dan buang dakwat, mata, dan mulut sotong.

2. Potong sotong ikut citarasa dan perap dengan garam dan serbuk kunyit.

3. Bersihkan kacang buncis dan lobak merah dan potong mengikut citarasa.

4. Hiris bawang besar dan cili merah.

5. Panaskan minyak masak dan tumis bawang dan cili sehingga naik bau.

6. Besarkan api dan masukkan sotong yang telah diperap, lobak merah, dan kacang buncis.

7. Kacau rata dan masukkan sos tiram dan daun limau purut jika menggunakan bahan-bahan tersebut.

Sumber: nothingtosomethings.com

Tips Tambahan

  1. Mommy boleh tambah bahan-bahan lain jika ingin sotong goreng kunyit yang agak ‘basah’ seperti sos tiram.
  2. Jika tiada dan ingin cepat, tidak perlu menambah sayuran lobak merah atau kacang buncis.
  3. Mommy juga boleh masukkan daun limau purut untuk menambah sedikit rasa dan menaikkan bau masakan menjadi lebih beraroma.

Selamat mencuba!

Mommy juga boleh mencuba resepi sotong bakar dan sotong celup tepung.

Sumber resepi: aziekitchen.com dan salamisimon1.blogspot.com