Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Goreng Tepung Paling Rangup

resepi sotong goreng tepung

Sumber: xtra.com.my

Ramai orang bila bercuti di pantai atau kawasan yang dekat dengan laut tentu kerap menjamu selera di restoren makanan laut kan? Iye lah, kalau dah dekat dengan laut, makanan laut yang disediakan tentu segar-bugar belaka!

Sama ada bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, salah satu item di menu yang wajib dipesan tentu sekali hidangan ‘sotong goreng tepung’. Bukan saja sedap, tapi senang untuk di makan juga, ala-ala finger food.

Mommy pernah cuba mana-mana resepi sotong goreng tepung sendiri? Ramai yang mengelak daripada memasaknya sendiri kerana dikatakan senang meletup-letup ketika digoreng.

Highlighted

Kredit gambar: airtangansuzie

Bagaimana Cara Untuk Sediakan Resepi Sotong Goreng Tepung?

Hidangan sotong goreng tepung ini sebenarnya amat mudah untuk dicuba dan hanya memerlukan bahan-bahan yang tentu sudah ada di dapur Mommy seperti kunyit, telur, tepung jagung, lada hitam, dan lada sulah.

Tapi jangan lupa bahan utamanya iaitu sotong sebab tak semua dapur ada ready stock! Kalau boleh, dapatkan sotong yang paling segar supaya sotong yang sudah dimasak nanti berasa lembut didalam dan tidak liat.

Selepas sotong dibersihkan dan dipotong, letak sedikit cuka epal sebelum diperap dengan bawang putih, kunyit, lada hitam, dan lada sulah. Ketepikan perapan sotong ini dahulu.

Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian, dalam bekas lain, pukul telur sehingga kuning dan putih telur sebati. Tak perlu pukul berlebihan.

Untuk adunan tepung, gaulkan tepung jagung dan tepung gandum dalam bekas yang besar supaya senang untuk digaulkan dengan sotong sebelum digoreng.

Kredit gambar: thevocket.com

Setelah semua bahan disediakan seperti di atas dan Mommy sudah bersedia untuk menggoreng, ambil sotong tadi, masukkan dalam bekas telur, kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung. Pastikan semua bahagian sotong disalut dengan sempurna.

Kemudian, masukkan sotong satu per satu dalam kuali yang panas tadi dengan api sederhana. Jangan masukkan semua sotong sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan suhuh minyak turun dan adunan tepung tidak akan menjadi garing.

Setelah sotong nampak keperang-perangan, Mommy boleh keluarkan sotong dengan menggunakan penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.

Goreng sotong selebihnya.

Jika Mommy nak hidangan cepat dan pantas, boleh juga guna tepung Bestari, dan perap dalam tepung bersama air, dan siap! Boleh terus goreng.

Bahan Tepung Salutan:

  • 600 gram sotong (saiz sederhana)
  • 2 sudu besar cuka epal
  • 1 biji kecil bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 biji telur

Cara-Cara Penyediaan:

1. Bersih dan potongkan sotong. Tambahkan cuka epal.
Kredit gambar: Vanillakismis
2. Gaulkan sotong dengan bawang putih, garam, kunyit, lada hitam, dan lada sulah. Letak tepi.
Kredit gambar: Myresipi
3. Dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati.

4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.

5. Buat adunan tepung dengan mencampurkan tepung gandum dan tepung jagung. Ataupun Mommy boleh gunakan Bestari, ready-made campuran tepung goreng rangup serbaguna.

6. Untuk menggoreng, ambil sotong yang telah diperap, cicah ke dalam bekas telur, kemudian masukkan dalam bekas tepung untuk salutkan.
Kredit gambar: Sislin
7. Masukkan sotong dalam minyak yang sudah panas dan goreng sehingga keperang-perangan.
Kredit gambar: Makanlena
8. Keluarkan sotong berserta kerak dan toskan di atas tisu dapur.
Kredit gambar: Resepibonda
9. Goreng selebih sotong sehingga habis.

Tips-Tips Penyediaan

Mommy nak tahu satu rahsia? Sebenarnya, untuk mengelakkan minyak daripada meletup-letup ketika sotong digoreng, Mommy hanya perlu menambahkan sedikit cuka epal semasa memerap sotong. Ini dapat mengeluarkan kebanyakan air dalam sotong yang menjadi penyebab minyak meletup-letup.

Mommy juga boleh ikuti tips-tips lain berkenaan resepi sotong goreng seperti:

  • memastikan kulit ari-ari sotong dibuang dan sejat dalam penapis sahaja tanpa menggunakan tisu
  • jangan pukul telur terlalu lama atau overbeat kerana ia akan menjadikan telur ringan
  • salut sotong dengan adunan tepung betul-betul sebelum digorang dan elakkan gaul dengan terlalu banyak tepung kemudian lambat digoreng
  • pastikan adunan tepung tidak terlalu cair
  • pastikan sotong kering dan bebas dari air
  • pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan sotong
  • kaut kerak tepung dari sotong yang dah digoreng untuk setiap ‘batch‘ supaya tidak hangus
Kredit gambar: ohbulan.com

Selamat mencuba!