Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai Yang Pasti Menaikkan Selera Semua

Sumber: mykmu.net

Semenjak dilanda wabak COVID-19, percutian ke luar negara pun tergendala. Malaysia amat bertuah kerana dikelilingi negara-negara yang popular sebagai destinasi pelancongan, termasuklah Thailand.

Mommy pun mesti teringin makan thai yang lazat kan? Makanan Thai memang popular dikalangan orang tempatan walaupun belum sempat ziarah.

Kali ini Motherhood ingin berkongsi resepi sotong phat phet yang berasal dari negara Thailand ini.

Masakan Thai dan masakan Melayu tak banyak bezanya dan menggunakan hampir kebanyakan bahan-bahan yang sama untuk pelbagai juadah.

Resepi sotong phat phet ini menggunakan bahan-bahan masakan asas seperti bawang, cili, daun limau purut, serai, serbuk kunyit, dan serbuk lada hitam.

Bezanya masakan Melayu dan masakan Thai selalunya terletak pada satu bahan, iaitu sos ikan.

Secret ingredient mereka selalunya sos ikan! Sos ikan banyak digunakan dalam masakan Thai dan ia juga memberi aroma dan rasa yang khusus untuk masakan Thai.

Kalau Mommy tak pernah cuba sos ikan, tak rugi kalau beli satu botol, sebab lepas ni boleh guna dalam resepi sotong paprik, sotong bakar ala thai & lauk-lauk lain!

Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai

Highlighted

Kredit gambar: Aneka Resepi Enak

Masakan sotong phat phet ini juga sesuai untuk ditambah sayur-sayuran seperti kacang panjang. Jom tengok cara-cara untuk memasak sotong phat phet yang mudah dan menyelerakan ini.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram sotong (dicuci dan dipotong)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 tangkai cili padi merah (dipotong)
  • 1 biji bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut (dibuang urat)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • secubit serbuk kunyit

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili hijau
  • sedikit air

Cara-cara Memasak Resepi Sotong Phat Phet

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kering dan pecah minyak sedikit.

Kredit gambar: Keluarga

2. Setelah kering, masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong.

Kredit gambar: RasaMY

3. Goreng sehingga sotong masak dan sedikit kering.

Kredit gambar: Tyler Florence

4. Masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa, dan sos ikan. Gaul sebati dengan sotong.

Kredit gambar: Rasa

5. Masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang, dan kacang panjang. Kacau sehingga masak.

Kredit gambar: Dunia Makanan

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan yang lain!

Sumber resepi: myresepi.com