Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Rendam (Sotong Kembang) Masak Kicap Seperti Masakan Mak

Sumber: Moms Chiara Best Resepi

Mungkin Mommy tak pernah dengar tentang sotong rendam, tapi sotong kembang dalam menu seperti sambal sotong kembang tentu tahu kan? Sotong kembang dipanggil sotong rendam kerana sotong kering direndam dalam campuran air dan bahan lain selama lebih kurang lima jam untuk menjadi kembang dan empuk.

Selalunya dengan sotong kembang ini, ramai yang buat sambal sotong kembang yang sering dihidang bersama nasi lemak atau nasi putih. Untuk juadah yang boleh dinikmati kanak-kanak juga, kali ini Motherhood ingin berkongsi resepi sotong rendam yang tidak pedas seperti sotong kembang masak kicap.

Kanak-kanak memang biasa dan suka makan kicap, kan? Selain masak kicap, sotong rendam atau sotong kembang ini juga memang sesuai dimasak kicap dan anak Mommy pun tentu akan suka juadah ini kerana keempukan sotongnya.

Harga sotong rendam atau sotong kembang ni sebenarnya tak murah kerana proses yang diambil untuk mencapai kekembangan semasa direndam sangat lama!

Highlighted

Sumber: Mori’s Kitchen

Jom tengok macam mana nak masak sotong kembang masak kicap yang lazat ini.

Bahan-bahannya:

  • 2 ekor sotong kembang / sotong rendam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 2 tangkai cili merah
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris)

Cara-cara Memasak Resepi Sotong Rendam (Sotong Kembang Masak Kicap)

1. Potong sotong dan rebuskan seketika.

2. Kemudian angkat sotong dan toskannya.

2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih bersama cili kisar. Tumiskan sehingga ia naik bau.

Kredit gambar: youtube.com/watch?v=xWmtmPWS9lE

3. Seterusnya, masukkan bawang besar dan kacang panjang. Kacau-kacau.

4. Bila dah rata, teruskan dengan memasukkan sos cili, kicap pekat, kicap manis dan kicap sotong. Gaulkan rata.

5. Masukkan sotong dan kacau kesemuanya sebati. Kalau Mommy lebih suka sotong biasa macam sotong katak ke, boleh je gantikannya dalam resipi ini seperti dalam gambar di bawah ni.

Kredit gambar: YouTube

6. Akhir sekali, taburkan cili potong.

Tips-tips Lain

1. Untuk lebih pedas, boleh gunakan cili padi dan untuk kurang pedas, gantikan sebahagian cili kisar dengan sos tomato.

2. Tak perlu masak sotong lama-lama kerana sudah direbus. Tambahan pula, ia sudah direndam sehingga empuk.

Kredit gambar: maorisaid.blogspot.com

Sedapnya sotong rendam masak kicap, jom masuk dapur?

Selamat mencuba!

Sumber resepi: Lizawati Mohamed @ cookpad.com