Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Cuba Resepi Sup Ayam Thai Ni – Confirm Licin Mangkuk!

Resepi Sup Ayam Thai

Kalau sebelum ni Motherhood pernah kongsikan sup ayam yang mudah untuk Mommy, kali ini kami nak kongsikan pula resepi sup ayam Thai inspirasi daripada Che Nom.

Tengok resepinya aje dah cukup menyelerakan. Apa lagi, jom ke dapur!

Resepi Sup Ayam Thai

Highlighted


Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk tumis

  • Sebatang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • Sesudu besar lada hitam biji

Bahan-bahan lain

  • Seekor ayam
  • 3-4 sudu besar minyak masak
  • 1-2 biji bawang merah yang ditumbuk kasar
  • 4-5 ulas bawang putih yang ditumbuk kasar
  • Seinci halia yang ditumbuk kasar
  • Sebatang serai yang diketuk
  • Daun ketumbar yang dipotong kasar daun dan batangnya
  • Sebatang lobak merah yang dipotong besar-besar
  • Sebatang saderi yang dipotong serong
  • 1-2 biji buah tomato yang dibelah empat
  • Sesudu besar serbuk ketumbar
  • Air secukupnya
  • Seketul kiub ayam
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • ½ biji bawang Holland yang dipotong kasar
  • 10 tangkai cili padi yang dipotong tengah
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji limau nipis yang diambil jusnya

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah ditumbuk kasar dan tumiskan.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Bila dah naik bau, masukkan pula 5 bahan-bahan untuk tumis. Kacau-kacau.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Tumiskan juga sekali serai yang diketuk tadi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Tak dilupakan juga akar ketumbar.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Kemudian, masukkan ayam dan kacaukan rata.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

7. Tutup kuali supaya ayam masak separuh dan kecut.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

8. Bila minyak ayam dah keluar dan ayam agak kecut, masukkan pula serbuk ketumbar dan lobak merah.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

9. Kemudian, batang saderi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

10. Sekarang, tuangkan air secukupnya.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

11. Hancurkan pula kiub pati ayam dan tuangkan sos ikan.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

12. Kacau sebati dan tutupkan kembali kuali. Biarkan ia mendidih sekitar 15 sehingga 20 minit.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

13. Bila sup dah mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan batang ketumbar bersama daun limau purut.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

14. Diikuti dengan cili padi dan hirisan bawang Holland.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

15. Renehkan sekejap dan masukkan tomato.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

16. Taburkan hirisan daun ketumbar dan masukkan juga jus limau nipis, dan dah siap!

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Tips Memasak Resepi Sup Ayam Thai

  • Nak masak sup Thai yang sedap, akar ketumbar memang wajib ya Mommy.
  • Kalau nak lebih pedas, cili padi tu masukkan awal masa menumis ya.

Resepi sup ni memang rugi kalau Mommy tak cuba. Dalam pada itu, jom cuba resepi-resepi yang lain yang dikongsikan di SINI.