Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Ayam Ala Thai Yang Mudah dan Menyegarkan

resepi sup ayam ala thai

Kredit gambar: cookpad.com

Apabila badan kita terasa kurang sihat atau sakit tekak, pasti kita sering inginkan hidangan yang berkuah je. Bila hirup sup tu, terasa segar satu badan. Antara menu yang sering menjadi pilihan semestinya sup ayam.

Untuk resepi kali ini, kami ingin kongsikan resepi sup ayam yang sedikit berbeza iaitu, Resepi Sup Ayam Ala Thai yang lengkap dengan rasa masam dan pedas.

Ala…macam yang di kedai Siam tu, senang je nak buatnya.

Resepi Sup Ayam Ala Thai

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • Secawan isi ayam
  • 4 cawan air rebusan daging atau air biasa
  • 1/2 labu bawang Holland yang dipotong wedges
  • 1/2 batang sup/batang saderi yang dipotong nipis
  • 1/2 tangkai cili merah yang dipotong serong
  • Segenggam bunga kobis
  • 1/2 biji tomato
  • 2-3 tangkai cili api
  • Sedikit daun sup
  • 2 sudu besar perencah sup yang dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Sesudu kecil garam atau secukup rasa
  • Sesudu besar gula

Cara-Cara

1. Didihkan air rebusan daging atau jika tiada, air biasa dan masukkan isi ayam, bawang Holland, batang saderi dan cili merah.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kacau-kacau dan masukkan pula bunga kubis.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Kacau lagi kesemua bahan begini.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Kemudian masukkan bancuhan perencah sup.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Diikuti sos tiram.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Juga jus limau.

Kredit gambar: cookpad.com

7. Teruskan dengan memasukkan sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Kredit gambar: cookpad.com

8. Kacau dan masukkan tomato dan cili padi.

Kredit gambar: cookpad.com

9. Taburkan pula daun sup.

Kredit gambar: cookpad.com

10. Kacau dan tutup api. Sup ayam ala Thai siap!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Sup Ayam Ala Thai

  • Rasa sup ala Thai yang sedap bergantung kepada masam, masin, manis dan pedas yang seimbang. Sesuaikanlah jus limau, sos ikan, gula dan cili mengikut citarasa ya?
  • Kalau nak tambah sayur-sayuran lain seperti cendawan pun boleh.

Sedapnya sup ayam ala Thai ni. Kalau gandingkan dengan sotong paprik, fuh…tak payah ke Thailand dah. Ahli keluarga pun mesti suka!