Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Sup Daging Thai Yang Lazat Berkhasiat Ini, Boleh Cepat Pulihkan Demam!

resepi sup daging thai

Kredit gambar: kongsiresepi19.netlify.app

Resepi sup daging thai sungguh mudah untuk disediakan. Rasanya yang masam-masam pedas sangat membangkitkan selera dan baik untuk kesihatan. Ia juga tidak memerlukan bahan yang banyak dan dapat menjimatkan masa anda di dapur. Bagi mommy yang masih mempunyai anak kecil, resepi ini juga boleh diberikan kepada si kecil, hanya perlu kurangkan penggunaan cili padi dan jus limau didalamnya.

Boleh juga mengasingkan ia kepada dua bahagian sebelum memasukkan cili padi. Ini kerana cili padi boleh sahaja dimasukkan di awal ataupun diakhir masakan.

Di bawah ini kami tunjukkan bagaimana cara menyediakan sup daging Thai yang enak dimakan.

Cara Penyediaan Resepi Sup Daging Thai

Berikut merupakan cara-cara untuk memasaknya iaitu:

Bahan A:

  • 300gm daging
  • 3 inci halia
  • 3 hiris lengkuas
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • 1 sudu gula
  • Air

Bahan B:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang pokok ketumbar
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan
  • Minyak masak

Cara-cara masak:

#1. Potong daging nipis-nipis.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama halia yang telah ditumbuk kasar, lengkuas yang telah dihiris, 2 akar ketumbar (potong lebih kurang 1 jari telunjuk daei pokoknya), 1 biji bawang holland, sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang dan satu sudu gula. Rebus dengan air secukupnya hingga empuk.

#2. Sementara menunggu daging empuk mommy ketuk bawang putih, serai, cili padi, carik-carikkan daun limau purut, dan potong memanjang bawang holland.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Kemudian potong daun ketumbar, tomato dibelah empat, perah limau untuk mendapatkan jusnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Selepas itu, dengan menggunakan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan serai yang telah dititik, bawang holland, cili padi, dan daun limau purut sehingga layu dan naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Seterusnya, tuang kesemua bahan yang telah ditumis ke dalam daging yang direbus tadi bersama-sama dengan tomato.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Setelah ia mendidih masukkan pula sos ikan dan jus limau nipis.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#7. Akhirkan sekali taburkan daun ketumbar, biar seketika dan padamkan api. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tips/Petua:

  • Untuk memudah dan mempercepatkan proses memasak mommy boleh rebus daging dan simpan di dalam peti sejuk.

Menu ini begitu mudah untuk disediakan dan sangat sedap. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selain menu sup thai ini,

Mommy boleh juga cuba resepi daging bakar lada hitam di SINI!