Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Sayur Yang Sihat Dan Sedap

resepi sup sayur

Sup Sayur bukan sahaja makanan diet tetapi sedap dimakan panas-panas ketika cuaca sejuk atau dalam keadaan kurang sihat.

Malah, semua peringkat umur boleh makan sup sayur ini mengikut sayur kegemaran masing-masing.

Mari ikuti resepi sup sayur ini pastinya akan menjadi kesukaan Mommy sekeluarga.

Resepi Sup Sayur

Bahan-bahan:

  • 1 paket bebola ikan
  • sedikit udang
  • cendawan tiram
  • lobak merah
  • jagung muda atau baby corn
  • sayur sawi
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • sedikit lada sulah
  • daun sup
  • bawang goreng

Bahan-bahan cincang halus:

  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara-Cara Penyediaan: 

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan cincang halus.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

2. Masukkan bebola ikan, lobak merah dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

3. Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

4. Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

5. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

Tips: 

Kalau nak masukkan jenis cendawan jenis yang lain pun boleh juga. Pastikan cendawan dicuci dengan air dan di lap sehingga kering sebelum masak supaya kesegaran cendawan dapat dikekalkan.

resepi sup sayur
Print

Resepi Sup Sayur

Course Sup
Cuisine Melayu
Keyword Sayuran

Ingredients

  • 1 paket bebola ikan
  • sedikit udang
  • cendawan tiram
  • lobak merah
  • jagung muda atau baby corn
  • sayur sawi
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • sedikit lada sulah
  • daun sup
  • bawang goreng

Bahan-bahan cincang halus

  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Instructions

  • Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus.
  • Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
  • Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.
  • Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup.
  • Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik di SINI.