Kat dapur banyak kentang dan Mommy tiada idea nak masak menu apa? Mari min kongsikan satu menu yang lazat iaitu baked-potato dengan isi telur dan daging.
Pastinya akan menjadi kegemaran seisi keluarga Mommy.
Jangan lupa cuba resepi ni tau Mommy, confirm akan repeat lagi!
Telur & Bakon Daging Bakar Dalam Mangkuk Kentang
Bahan-Bahan:
- 2 kentang yang dibakar sepenuhnya*
- 1 sudu mentega
- 2 telur
- 2 bakon daging, dimasak dan dicincang
- 2 sudu hirisan keju cheddar atau gouda
- 1 sudu pasli segar, dicincang
- Garamg dan lada hitam
Cara-Cara:
1. Baringkan kentang secara melintang dan potong bahagian atas. Menggunakan sudu, keluarkan isi kentang untuk menjadikan bentuk mangkuk.
2. Letakkan ½ sudu mentega di tengah mangkuk kentang. Kemudian, pecahkan telur di dalam mangkuk kentang dan bakon daging, keju, pasli serta tambahkan garam dan lada hitam.
3. Bakar dengan 350 darjah F selama 20 ke 25 minit, atau sehingga putih telur masak. Hidang serta – merta.
Tips
- Bakar kentang sehingga hampir masak dan elakkan daripada terlebih masak.
Resepi Telur dan Daging Bakar Bersama Kentang
Ingredients
- 2-4 biji Kentang (yang dibakar sepenuhnya)
- 1 sudu Mentega
- 2 biji Telur
- 2 Hirisan Daging (dimasak dan dicincang)
- 2 sudu Keju cheddar (dihiris)
- 1 sudu Pasli segar (dicincang)
- Garam
- Lada hitam
Instructions
- Letakkan kentang secara melintang dan potong bahagian atas. Dengan menggunakan sudu, keluarkan isi kentang untuk menjadikan bentuk mangkuk.
- Letakkan ½ sudu mentega di tengah mangkuk kentang. Kemudian, pecahkan telur di dalam mangkuk kentang dan bakon daging, keju, pasli serta tambahkan garam dan lada hitam.
- Bakar pada 350 darjah F selama 20 ke 25 minit, atau sehingga putih telur masak dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba Mommy!
Dapatkan lebih banyak resepi yang mudah dan sedap di SINI.