Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Telur: Quiche Roti & Sosej Yang Lazat! Ketahui Asal Usul Quiche

Kredit: Shutterstock

Teringin snek ataupun kudapan yang senang dimasak dengan menggunakan Air Fryer? Apa kata Mommy cuba resepi terbaharu kami, Resepi Quiche Roti dan Sosej yang lazat dan mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan utama untuk masak quiche ini hanya, telur, roti dan juga sosej. Sebelum itu, mari kita lihat asal usul quiche dan apakah khasiatnya pada tubuh badan kita?

Asal Usul Quiche

Kredit: Shutterstock

Quiche ini sebenarnya berasal dari Jerman. Walau bagaimanapun, quiche menjadi hidangan klasik buat masakan Perancis semasa zaman pertengahan Lothringen, di bawah pemerintahan Jerman, yang kemudiannya dinamakan semula oleh Perancis sebagai Lorraine.

Perkataan ‘quiche’ berasal dari bahasa Jerman ‘Kuchen’, yang bermaksud kek.

Inti Quiche

Asalnya ‘quiche Lorraine’ adalah pai terbuka yang mengandungi inti. Bahan-bahannya adalah telur dan krim kastard serta daging salai. Kemudian, baru keju ditambah kepada quiche Lorraine.

Kalau ditambah bawang, ia akan menjadi quiche Alsacienne. Tambahan pula, kerak bawah pada asalnya dibuat daripada doh roti, tetapi ia berkembang menjadi kerak pendek atau kerak pastri puff.

Quiche menjadi popular di England selepas Perang Dunia Kedua, dan di Amerika pada tahun 1950-an. Sekarang, ia mengandungi brokoli, cendawan, ham dan/atau makanan laut terutamanya kerang.

Selain itu, quiche boleh dihidangkan sebagai entrée, untuk makan tengah hari, sarapan pagi atau snek malam. Dan ia bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

Untuk resepi ini, bahan utamanya adalah roti. Mari kita lihat khasiat roti dulu sebelum mulakan masakan.

Khasiat Roti

Kredit: Shutterstock

Roti adalah salah satu sumber karbohidrat yang baik. Siapa yang tak suka roti kan? Roti sememangnya adalah makanan kegemaran semua lapisan usia; dari kanak-kanak hinggalah kita yang dewasa.

Untuk pengetahuan Mommy, kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga enam tahun perlu mengambil 6 hidangan daripada kumpulan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi setiap hari. Manakala kanak-kanak yang lebih besar pula perlu mengambil sebanyak enam hingga 11 hidangan sehari.

Roti juga mempunyai khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak. Antara khasiat pada roti putih adalah:
  • vitamin B6
  • vitamin E
  • magnesium
  • asid folik
  • zink
  • kalsium
Selain itu, jika Mommy inginkan tenaga yang cepat, roti putih adalah pilihan yang terbaik. Ini adalah kerana kandungan karbohidratnya lebih ringkas dan mudah dihadamkan.

Jom Masak

Sekarang Mommy dah tahu asal usul quiche dan juga khasiat bahan yang perlu digunakan dalam masakan kali ini. Apa tunggu lagi Mommy? Panaskan Air-Fryer sebelum masak dan jom masak sekarang! Selamat mencuba!

Print

Resepi Quiche Roti & Sosej

Course Snek
Cuisine Jerman, Perancis
Keyword quiche, roti, sosej
Prep Time 15 minutes
Cook Time 23 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 4 keping roti sandwich
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 2 batang sosej lada hitam (Dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • ½ labu bawang Holland (Dicencang)
  • 1 biji cili merah (Dicencang)
  • Garam secukup rasa
  • ½ buku keju cheddar (Diparut)

Instructions

  • Pertama sekali, potong roti dengan anggaran 1 inci setiap hujung.
  • Sapukan minyak zaitun di dalam mangkuk aluminium kecil.
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk aluminium kecil.
  • Kemudian, gaul sebati sosej , telur, bawang Holland, cili merah, dan garam.
  • Sudukan bahan yang digaul ke dalam roti.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 150°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan ke dalam Air Fryer dan masak selama 15 minit.
  • Buka Air Fryer dan taburkan keju cheddar. Kemudian masak lgi 5 minit.
  • Akhir sekali, keluarkan dan hidangkan.

Untuk try resepi lain, Mommy boleh klik disini.