Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Telur Yang Sihat Menggunakan Air Fryer: Telur Separuh Masak

Telur adalah pilihan yang baik untuk meningkatkan sumber protein dalam badan. Mommy tahu tak, telur adalah antara protein yang mudah untuk disediakan. Ia merupakan makanan pelengkap dalam sesebuah menu seperti nasi lemak, laksa, bihun sup, mee rebus dan sebagainya. Mari kita lihat sama-sama apakah khasiat telur!

Khasiat Telur

Telur bukan sahaja kaya dengan protein malah, telur juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti:

  • kalsium
  • folat
  • vitamin A
  • vitamin D
  • vitamin E
  • vitamin B1
  • vitamin B3

Selalunya, telur kuning dikaitkan dengan kolestrol dan ia membuatkan ramai orang tidak mengambilnya. Walau bagaimanapun, mungkin Mommy tidak tahu akan mineral dan vitamin yang bagus untuk tubuh badan kita.

Antara khasiat telur adalah:

  • Sistem imun yang lebih baik
  • Kandungan kolestrol yang lebih baik
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Meningkatkan tenaga
  • Rambut dan kulit lebih sihat
  • Memelihara kesihatan mata

Sebenarnya berapa biji telur yang kita boleh makan dalam sehari? Yang sedang berdiet, anda boleh makan telur sehingga 4-6 biji dalam sehari. Tetapi kebanyakkan doktor mengesyorkan untuk makan telur dalam jumlah yang sederhana.

Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti sakit jantung, kolesterol dan diabetes, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Jadi, berwaspada dan hanya boleh makan 1 biji telur dalam sehari.

Sumber: Maskulin

Sekarang Mommy dah tahu khasiat, vitamin serta mineral dalam telur. Hari ini kita akan kongsikan resepi telur separuh masak yang menggunakan Air Fryer – mudah dan lazat! Selalunya, telur separuh masak dimakan bersama kicap dan lada hitam untuk sarapan pagi. Ia adalah sarapan ruji buat sesebuah keluarga.

Print

Telur Separuh Masak

Course Menu Utama
Cuisine Asia, Cina, Melayu
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 13 minutes
Total Time 28 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Panaskan Air Fryer pada suhu 90°C sehingga lampu heater padam. Anggaran dalam 3 minit.
  • Masukkan telur ke dalam Air Fryer (tanpa air) dan masakkan selama 10 minit (untuk buat telur setengah masak
  • Keluarkan telur dan pecahkan ke dalam mangkuk.
  • Taburkan lada hitam dan garam.
  • Hidangkan.

Selamat mencuba Mommy!