Memang tidak boleh disangkal lah kelazatan tomyam sebagai hidangan berkuah utama kan? Kalau tak makan dengan nasi putih dan telur dadar, boleh juga dinikmati bersama bihun, mee dan kuey tiaw.
Rasa masam, pedas, masin dan manisnya memang akan membuka selera. Hirup je kuah tomyam ni beberapa sudu, terasa segar terus badan.
Bukan sahaja enak tetapi ia menyihatkan tau. Ada lauk-pauk, ada sayur-sayuran dan bermacam lagi. Nak buat pun senang, campak-campak je.
Jom, ke dapur bersama Motherhood dan cuba resepi tomyam ayam ini!
Resepi Tomyam Ayam
Resepi oleh: Hamizah Kitchen
Bahan-Bahan
- Seekor ayam yang dipotong dan dibasuh bersih
- 3 sudu besar pes tomyam
- Sebiji bawang besar yang dihiris
- 8 biji bawang putih yang dihiris
- Halia yang dihiris
- 5 biji cili api
- 4 batang serai yang diketuk
- Daun limau purut
- Bunga kobis
- Buah tomato yang dipotong wedges
- Lobak merah yang dipotong stick
- Air secukupnya
- Garam
- Sedikit gula
- Sesedap rasa Maggi
Cara-Cara
1. Mula-mula, sediakan kesemua bahan-bahan.
2. Kemudian, masukkan ayam ke dalam periuk bersih.
3. Diteruskan pula dengan bawang besar, bawang putih, serai, cili api, halia dan tomato.
4. Pes tomyam juga.
5. Kemudian, tuangkan air secukupnya.
6. Kacaukan sebati kesemuanya dan dididhkan.
7. Apabila sudah mendidih, masukkan pula lobak merah dan daun limau purut. Kacau-kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
8. Seterusnya, diikuti dengan bunga kobis.
9. Perasakan pula dengan gula, sesedap rasa dan garam.
10. Kacau-kacau dan siap!
Tips Memasak Tomyam Ayam
- Mommy tak boleh kedekut pes ya. Nanti tak ‘kaw’. Memang kena letak secukupnya bergantung kepada isi kuah dan kuantiti air.
- Resepi ni tak guna air perahan limau nipis tapi rasa masamnya adalah daripada tomato. Mudah tapi sedap!
- Kalau nak letak sayur lain seperti cendawan pun best tau Mommy.
Ni kalau makan dengan nasi goreng kampung memang terangkat ni. Selamat mencuba Mommy!