Resepi udang masak merah merupakan hidangan yang popular dan mendapat permintaan ramai dalam kalangan penggemar makanan laut.
Dengan perisa yang kaya, sos merah pedas yang menggoda dan udang segar yang diadun sempurna, hidangan ini adalah pilihan yang tepat untuk membuka selera dan mengujakan citarasa.
Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi resepi udang masak merah yang lengkap dan lazat, di mana ia pasti akan memukau seisi keluarga.
Mommy semua boleh ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui langkah-langkah mudah membuat hidangan yang sangat sedap ini!
Resepi Udang Masak Merah
Bahan-bahan:
Bahan-Bahan Perapan:
- 6 ekor udang galah
- Garam
- Serbuk kunyit
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2” halia
- 2 batang serai (dipotong halus)
Bahan Untuk Kuah:
- 5 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- 6-8 sudu besar cili kisar
- 1 cawan santan
- ½ gula melaka
- Asam jawa
- Minyak masak
Cara memasak:
Langkah 1: Menyediakan Udang
- Mula-mula Mommy bersihkan udang galah, kemudian toskan.
- Setelah itu, Mommy perap udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Biarkan ia seketika supaya lebih mesra.
- Tuang minyak ke dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, Mommy goreng udang tadi sehingga ia garing.
Langkah 2: Menyediakan Bahan Kisar
- Sementara menunggu udang masak, Mommy sediakan pula bahan kisar. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga halus.
- Pastikan bahan-bahan ini dikisar dengan baik supaya membentuk pes yang licin dan halus.
Langkah 3: Menyediakan Kuah untuk Resepi Udang Masak Merah
1. Langkah seterusnya, Mommy panaskan semula minyak masak yang digunakan untuk goreng tadi dalam kuali besar dengan api sederhana.
2. Tumis bahan kisar yang telah dikisar dalam minyak panas sehingga naik bau dan bertukar warna.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan cili kisar. Gaul rata dan biarkan bahan-bahan ini masak bersama selama beberapa minit.
4. Tuangkan santan ke dalam kuali dan kacau rata. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan.
5. Masukkan gula merah dan asam jawa secukup rasa. Mommy boleh menyesuaikan rasa dengan menambah lebih banyak gula atau asam jawa jika perlu.
6. Biarkan kuah mendidih beberapa minit, supaya bahan sebati dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.
Langkah 4: Memasak Udang
1. Setelah kuah berwarna merah tua, masukkan udang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
2. Masak udang dalam sos panas selama 5-7 minit atau sehingga udang masak sempurna.
3. Balik-balikan udang supaya semua sisi terkena kuah. Perasakan.
4. Tutup api dan hidangkan udang masak merah.
Udang masak merah sedia untuk dihidangkan. Mommy boleh menikmatinya bersama nasi putih atau menghidangkannya sebagai hidangan utama bersama lauk-pauk lain. Semoga berjaya!
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.