1 / 12
Makanan Ringan (Finger foods)
Memasak untuk anak kecil anda tidak semestinya susah, dan dengan memasak, si kecil anda boleh menikmati semua kebaikan buah-buahan dan sayuran segar. Dapatkan inspirasi dengan senarai makanan ringan dibawah, seperti burger mini, jejari daging ayam, sayuran, dan banyak lagi.
Resipi oleh Kim Laidlaw
Gambar oleh Thayer Allyson Gowdy
Bebola ayam belanda dengan prun
Highlighted
Boleh dihidang dengan sos Marinara.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Bahan-bahan
- Minyak zaitun
- ½ cawan (2 auns/60 g) serbuk roti gandum kering
- 1 telur, dipukul
- 3 prun, dicincang
- ½ pound (250 g) daging hancur ayam belanda, sebaiknya daging gelap
Penyediaan
- Panaskan over kepada 200 darjah celcius.
- Beruskan baking tray dengan minyak zaitun.
- Kacau semua bahan sehingga rata di dalam mangkuk; pastikan campuran tidak terlebih untuk mengelakkan bebola menjadi terlalu keras.
- Uli campuran menjadi bebola dan letakkan didalam baking tray, susun sama rata.
- Bakar sehingga bebola bertukar warna perang, dan masak, lebih kurang selama 15 minit. Biarkannya sejuk, kemudian potong mengikut saiz bersesuaian, dan hidangkan.
- Simpan bebola di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 3 hari, atau jika dibekukan, boleh bertahan selama 3 bulan. (Tip penyimpanan: Untuk dibekukan, susun bebola di atas baking tray, kemudian simpan di dalam beg plastik zip.)
- Resipi untuk 14 ketul bebola.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Burger Sayur dan Kacang
Burger sayur ini padat dengan kacang, brown rice, keju, dan sayur.
Menjadikannya makanan semua dalam satu yang senang!
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Bahan-bahan
- ½ cawan (3½ auns/105 g) kacang hitam yang dimasak
- ½ cawan (2½ auns/75 g) brown rice yang dimasak
- ⅓ cawan (1½ auns/45 g) keju yang dihiris, seperti cheddar atau Monterey jack
- ⅓ cawan (1 auns/30 g) serbuk roti gandum segar atau kering, boleh ditambah secukup rasa
- ¼ cawan (2 auns cecair/60 ml) ubi keledek lenyek
- ¼ cawan (1½/45 g) carrot yang dihiris
- 1 telur
- 1 sudu teh minyak zaitun
Penyediaan
- Campurkan kacang, nasi, serbuk roti, ubi keledek, dan carrot di dalam mangkuk food processor dan proseskan sehingga sebati. Jika campuran terlalu cair, tambahkan serbuk roti.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali tidak melekat. Uli campuran menjadi bentuk bebola, letakkan di dalam kuali, dan tekan sehingga menjadi bentuk patty yang kecil dan tebal. Goreng sehingga berwarna perang, terbalikkan sekali setengah masak, selama 4 minit secara keseluruhan. Ulang proses memasak. Sejukkan, dan potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda, dan hidangkan.
- Simpan burger sayur ini di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 3 hari, atau jika dibekukan, boleh bertahan selama 3 bulan. (Tip penyimpanan: Untuk dibekukan, susun burger sayur di atas baking tray, kemudian simpan di dalam beg plastik zip.)
- Resipi untuk 10 patty.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Tender Ayam Bakar dengan Yogurt dan Honey-Mustard
Alternatif sihat – Bakar, dan bukan goreng. kanak -kanak dan orang dewasa pasti sukakannya!
Resipi ini untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- 2 sudu minyak zaitun
- Sos Yogurt–honey mustard
- ¼ cawan (2 auns/60 g) yogurt Greek
- 1 sudu teh mustard Dijon
- 1 sudu teh madu
- 1 bahagian dada ayam tanpa tulang, dan kulit (½ pound/250 g)
- ¼ cawan (1½ auns/45 g) tepung gandum
- 1 telur
- ½ cawan (1 auns/30 g) serbuk roti Panko
Penyediaan
- Panaskan oven kepada 230 darjah celcius. Beruskan baking tray dengan minyak zaitun.
- Untuk menyediakan sos, kacaukan yogurt bersama mustard, dan madu. Ketepikan.
- Keringkan minyak pada dada ayam dengan tisu dapur sehingga kering. Potong melintang setebal ½ inci (12-mm). Hidangkan di atas pingan dan ratakan ayam dengan tepung.
- Pukul telur sehingga sebati. Tambahkan ayam di dalam telur. Tambahkan serbuk roti kepada ayam yang disalut telur secara rata. Kemudian, asingkan ke dalam baking tray, pastikan ayam tidak disusun terlalu rapat.
- Bakar, terbalikan, dan masak sehingga rangup, dan warna bertukar perang, sekurang-kurangnya 15 minit. Sejukkan, potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda dan hidangkan bersama sos.
- Simpan tender ayam di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan selama 3 hari, atau jika dibekukan boleh bertahan selama 3 bulan. (Tip penyimpanan: untuk dibekukan, susun tender ayam di atas baking tray, kemudian simpan di dalam beg plastik zip)
- 2 ke 4 hidangan.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Kek Salmon dengan Kacang Pis
Salmon adalah sumber terbaik asid lemak omega-3, dan ini adalah cara terbaik untuk dihidangkan untuk si kecil anda.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- ½ pound (250 g) fillet ikan salmon
- 1 telur
- 2 sudu teh mayonis
- 2 sudu serbuk roti gandum kering
- 2 sudu kacang pis
Penyediaan
- Panaskan oven kepada 190 darjah celcius. Preheat the oven to 375°F (190°C). Semburkan bekas muffin dengan spray minyak masak.
- Susun fillet salmon di atas bekas baking, dan bakar sehingga masak, selama 10 minit. Sejukkan, kemudian carikkan fillet salmon menggunakan garfu, dan buang kulit dan tulang.
- Kacaukan telur dengan mayonis di dalam mangkuk. Kacaukan serbuk roti dengan kacang pis, kemudian masukkan salmon sehingga sebati. Bahagikan campuran salmon kepada 14 bahagian di dalam cawan muffin yang telah disediakan.
- Bakar sehingga warna bertukar perang, selama 14 minit. Sejukkan selama 5 minit, kemudian keluarkan kek salmon daripada bekas muffin. Potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda.
- Simpan kek salmon di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 1 hari, atau jika dibekukan, boleh bertahan selama 3 bulan. (Tip penyimpanan: Untuk dibekukan, susun kek salmon di atas baking tray, kemudian simpan di dalam beg plastik zip.)
- Cukup untuk 14 kek salmon.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Frittata Cendawan Mini
Frittata cendawan mini juga boleh ditukar kepada bahan lain seperti bayam, timun, atau ayam.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- 1 sudu teh minyak zaitun
- ½ cawan (1½ auns/45 g) cendawan butang yang dicincang
- 3 biji telur
- 1 sudu susu
- 2 sudu keju yang dihiris, seperti cheddar atau Moneterey jack
Penyediaan
- Panaskan oven kepada 180 darjah celcius. Semburkan bekas muffin mini dengan spray minyak masak.
- Panaskan minyak zaitun di dalam pan goreng diatas api sederhana. Tambahkan cendawan dan tumis sehingga lembut, selama 5 minit. Keringkan dalam strainer. Bahagikan cendawan ke dalam 12 cawan muffin yang telah disediakan.
- Kacau telur bersama susu di dalam mangkuk. Masukkan cendawan di dalam bekas muffin, dan masukkan keju sama rata ke dalam 12 bekas muffin berisi cendawan.
- Bakar frittata sehingga perang dan biarkan selama 15 minit. Sejukkan dalam pan selama 5 minit, kemudian keluarkan daripada bekas muffin.
- Potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda.
- Simpan frittata di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 3 hari, atau jika dibekukan, boleh bertahan selama 3 bulan. (Tip penyimpanan: Untuk dibekukan, susun frittata di atas baking tray, kemudian simpan di dalam beg plastic zip.)
- Cukup untuk 12 frittata mini.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Pita Mini bersama Ayam Belanda dan Avocado
Pita ini boleh diisi dengan bermacam-macam bahan, cuma pastikan bahan tersebut cukup lembut untuk si kecil anda.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
-
- 1 roti pita gandum
- ¼ avocado
- 1 daging ayam belanda yang dipanggang
Penyediaan
- Potong roti pita, untuk memasukkan bahan ke dalamnya. Masukkan avocado ke dalam roti pita dan gunakan garfu untuk melenyekkan avocado ke bahagian tepi roti pita. Tambahkan hirisan ayam belanda.
- Potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda.
- Cukup untuk 1 hidangan.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Sayur dan humus dibalut tortilla
Boleh disediakan dengan cili benggala panggang, avocado, timun, carrot, dan macam-macam lagi.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- 1 sudu carrot yang dihiris
- 2 sudu hummus
- 1 roti tortilla, 6 ke 8 inci (15-20cm) diameter
- ¼ avocado, yang dihiris halus
Penyediaan
- Ratakan carrot di atas tisu dapur dan keringkan. Sementara itu, ratakan hummus secara rata di atas tortilla sepenuhnya. Letakkan potongan avocado, kemudian raakan dengan carrot. Tinggalkan kosong 1 inci, di satu bahagian tepi.
- Gulungkan tortilla dengan ketat, dimulakan dengan bahagian yang mempunyai sayuran, sehingga ke bahagian ditinggalkan kosong. Potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda.
- Cukup untuk 1 hidangan.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Sayur Dicicah dengan Yogurt
Boleh dihidangkan dengan carrot masak bersama kacang hijau, tomato cherry yang dipotong kecil bersesuaian dengan si kecil anda.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- ¼ cawan (1 auns/30 g) carrot dipotong panjang
- ¼ cawan (1 auns/30 g) kacang hijau yang dipotong kecil
- Yogurt dip
- ½ cawan (4 auns/125 g) yogurt Greek
- 2 sudu timun yang dicincang
- 1 sudu teh herba dil yang dicincang, daun pudina, daun kucai, atau campuran
- 1 sudu teh jus lemon segar
Penyediaan
- Rebus 1 inci (2.5cm) air di dalam periuk diatas api sederhana. Masukkan carrot dan kacang hijau di dalam bekas stim, kemudian kedalam air yang direbus, tutup periuk. Stim sehingga sayuran lembut, dalam masa 5 ke 10 minit. Tutup api, keluarkan bekas stim berisi sayur, dan sejukkan.
- Kacau yogurt bersama timun, herba, dan jus lemon. Hidang bersama sayuran yang distim.
- Simpan sayuran dan pencicah di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 3 hari.
- Cukup untuk ¾ cawan (6 fl oz/180 ml).
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Fries Ubi Keledek yang Dibakar
Resipi yang boleh dinikmati oleh satu keluarga! Sedap dan sihat.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- 1 ubi keledek medium
- Minyak zaitun untuk titisan
Penyediaan
- Panaskan oven kepada 230 darjah celcius. Buang kulit ubi keledek, potong hujung, dan potong setengah secara melintang. Potong 2 bahagian separuh yang dipotong secara memanjang. Potong sehingga menjadi bentuk fries.
- Ratakan fries ubi keledek diatas baking tray. Titiskan minyak zaitun dan tos sehingga sebati. Sebarkan fries ubi keledek supaya tidak bertindih. Bakar sehingga perang dan lembut, selama 25 minit. Terbalikkan ketika setengah masak.
- Sejukkan dan potong mengikut saiz bersesuaian untuk si kecil anda.
- Simpan fries ubi keledek di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 3 hari.
- Cukup untuk 6 ke 8 hidangan.
Dapatkan keperluan bayi anda di Motherhood.com.my!
Muffin Timun Mini
Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan resipi boleh ditukar daripada timun kepada carrot.
Resipi ini sesuai untuk bayi berusia 12 bulan keatas.
Bahan-bahan
- ½ cawan (2½ auns/75 g) timun yang dihiris
- ⅓ cawan (2 auns/60 g) tepung serbaguna
- ⅓ cawan (2 auns/60 g) tepung gandum
- 3 sudu gula perang
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh serbuk kulit kayu manis
- ¼ sudu teh garam
- ⅓ cawan (2½ auns/75 g) yogurt kosong
- 1 biji telur, dipukul
- 2 sudu minyak canola
Penyediaan
- Panaskan oven kepada 200 darjah celcius. Semburkan bekas muffin mini dengan spray minyak masak.
- Sebarkan hirisan timun diatas tisu dapur dan keringkan.
- Kacau tepung, gula perang, serbuk penaik, serbuk kulit kayu manis, dan garam didalam mangkuk. Didalam mangkuk lain, campurkan timun, yogurt, telur, dan minyak. Kacaukan bahan basah dengan bahan kering sehingga sebati.
- Masukkan campuran kedalam bekas muffin sama rata, anda patut mendapat 18 bahagian. Bakar sehingga perang, selama 13 minit. Biarkan muffin sejuk selama 5 minit sebelum mengeluarkannya daripada bekas muffin.
- Simpan muffin di dalam bekas kedap udara, dan masih boleh dimakan dalam masa 3 hari, atau jika dibekukan, boleh bertahan sehingga 3 bulan. (Tip penyimpanan: untuk dibekukan, susun muffin diatas baking tray, kemudian simpan didalam beg plastic zip.)
- Cukup untuk 18 muffin mini.