Mommy tengah craving makanan cina? Taktahu nak cari kat mana dim sum, mantou, dumplings, mapo tofu dan macam-macam lagi yang sedap dan halal.
Jangan risau, sekarang ni dah banyak restoran Cina-Muslim yang wujud di Malaysia ini yang sesuai dengan citarasa Melayu kita tau Mommy.
Jom Min kongsikan beberapa pilihan restoran Cina-Muslim yang confirm sedap dengan pelbagai pilihan menu yang menarik.
10 Restoran Cina-Muslim di Lembah Klang
1. Mohd Chan
Terkenal dengan pelbagai pilihan Dim Sum dan mee kari yang sedap. Suasana kedai yang nyaman juga menarik perhatian pelanggan untuk meluangkan masa makan di sini.
Semua jenis makanan di restoran ini sedap tau, Mommy! Boleh la Mommy bawa seisi keluarga untuk datang dan makan di restoran ini.
Highlighted
2. Muhibbah Seafood
Mommy suka makan makanan laut yang segar ? Muhibbah Seafood adalah pilihan restoran yang tepat untuk Mommy kunjungi.
Restoran ini menyajikan makanan Cina Muslim yang halal dan lazat. Mommy boleh cuba menu mereka iaitu Ikan Masam Manis, Ayam Lemon, Ikan Miang bersama-sama dengan Nasi Goreng Cina asas, Lou Shee Fun Goreng .
3. Amber Chinese Muslim
Cari tempat untuk raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga dan kawan-kawan Mommy? Datanglah ke Amber Chinese Muslim Restaurant! Dengan hidangan yang menarik Mommy dapat makan dengan selesa dan rasa mahal.
Antara menu yang top di restoran ini yang boleh Mommy cuba adalah mee tarik, dumplings, ayam kung pao, penkek kucai dan brokoli tumis dengan cendawan mereka!
4. Mohammad Chow
Restoran Mohmmad Chow mempunyai pelbagai menu ala carte goreng-goreng selain lauk-pauk. Confirm tak menyesal, memang sedap!
Rasa masakan asli Cina dapat dirasai, ada juga set family yang boleh Mommy cuba ketika hadir dengan kumpulan ahli keluarga yang ramai.
5. Jibby Chow
Jibby Chow merupakan jenama rangkaian restoran kumpulan Serai yang terkenal di Lembah Klang dengan kualiti dan perkhidmatannya yang cemerlang.
Harga di Jibby Chow sedikit tinggi berbanding restoran biasa tetapi berbaloilah dengan suasana, kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggannya yang sangat memuaskan.
6. Golden Valley
Terdapat pelbagai jenis menu masakan halal Cina Muslim asli yang boleh Mommy cuba! Tempatnya cukup selesa dengan interior design yang kasual.
Udang butter cream, River Patin yang dikukus dengan kicap Supreme, Ayam Kung Po, Nasi Goreng Yong Chow, Mee Udang Air Tawar Kantonis antara menu yang Mommy patut cuba!
7. Dolly Dim Sum
Dolly Dim Sum adalah salah satu restoran menjadi kegemaran ramai orang Malaysia, ia menyediakan pelbagai pilihan menu masakan asli Cina yang halal! Dengan suasana yang eksklusif, memang tak dinafikan makanan mereka pun sedap hingga tak terkata.
Menu kegemaran orang ramai adalah roti kastard telur dengan karamel kuning telur masin yang manis. Satu lagi, Mommy perlu cuba shu mai yang disedia Dolly Dim Sum.
Restoran Dolly Dim Sum berada di Avenue K, Nu Sentral, Sunway Putra, Pavilion KL, KL East Mall dan macam-macam lagi!
8. HOMST
Masakan asli cina daripada Chef Yusoff Lau Bin Abdullah, Homst wujud lebih dari 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur tau Mommy !
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah, telur kukus, wet buttered chicken, kari kepala ikan, sweet and sour chicken dan HOMST taufu. Mommy juga mesti cuba roti ban ayam BBQ mereka!
9. Restoran Lamb Shepherd
Dengar nama restoran ni mesti Mommy rasa was-was kan? Tapu restoran Lamb Shepherd pastinya adalah tempat yang menyajikan masakan Cina Muslim.
Lamb Sheperd mempunyai pelbagai hidangan masakan Cina asli oleh Cina Muslim dari China. Ia terkenal dengan ayam pinggan besar xinjiang, ayam cili goreng, mee sao, kambing panggang, dumpling sup, kambing goreng cili api, cendawan goreng dan terung rebus mereka.
Kedai mereka berada di Jalan Genting Klang, Desa Setapak. Datang la bersama keluarga Mommy kalau nak rasa makanan cina muslim asli!
Semuanya dihidangkan dalam bahagian yang banyak pasti memuaskan perut Mommy dan keluarga!
10. Restoran Haslinda Sim Muslim
Kalau Mommy ke sini, jangan lupa untuk cuba Sizzling Tofu mereka. Makan pula dengan nasi putih panas-panas, memang puas hati.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan tau Mommy! Boleh la singgah restoran ni kalau Mommy taktahu nak makan apa dekat area Bandar Baru Bangi.
Jangan lupa singgah tau Mommy! Agak-agak yang mana satu restoran pilihan Mommy.
Semoga perkongsian ini membantu Mommy untuk kenali pelbagai pilihan restoran Cina Muslim di sekitar Lembah Klang.
Dapatkan pelbagai pilihan tempat makanan menarik di SINI.