Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Rezeki Yang Berkat Hadir Dalam Pelbagai Bentuk dan Tak Pernah Salah Alamat!

Rezeki bukanlah hanya sekadar wang ringgit sahaja.

Rezeki yang berkat adalah walaupun ia sedikit tetapi merasa cukup dan jika mendapat lebih akan diagih-agihkan kepada yang lain.

Seterusnya, rezeki yang berkat adalah hasil dari titik peluh sendiri, bukan dengan cara meminta atau menunggu pemberian orang walhal masih memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat.

10 Jenis Rezeki Berkat

1. Rezeki Yang Telah Dijamin

Setiap hamba telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah SWT.

Rezeki yang dijamin adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT berdasarkan takdir-Nya dan qada qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Rezeki ini telah ditentukan oleh Allah SWT tanpa ada sesiapa pun mampu mengubahnya dan berlaku atas kuasa Allah sahaja tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Firman Allah SWT;

“Tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.”

(Hud : 6)

2. Rezeki Kerana Usaha atau Kerja

Highlighted


Rezeki juga bergantung kepada kegigihan dan usaha seseorang dalam melakukan pekerjaan.

Lebih banyak usaha maka lebih banyak rezeki yang akan diperolehi. Oleh itu, janganlah berputus asa dengan setiap pekerjaan yang dilakukan, pasti ada rezekinya.

Itulah janji Allah SWT dalam firman Allah SWT dalam surah an-Najm.

3. Rezeki Yang Berkat Kerana Bersyukur Pasti Berkat

Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

Tahukah anda, lebih banyak kita bersyukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan selama ini maka Allah SWT akan melebihkan rezeki yang berganda kelak.

Dengan itu, jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur agar memperolehi rezeki yang melimpah ruah.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”

 (Ibrahim:7)

4. Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Rezeki yang tak disangka adalah sesuatu hal yang baik diberikan oleh-Nya tanpa diduga.

Sebagi contoh mendapat hadiah, tambahan gaji atau kenaikan pangkat serta sebagainya lagi secara tiba-tiba. Firman Allah SWT:

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

 (at-Thalaq: 2)

5. Rezeki Kerana Istighfar

Ucapan ‘astagfirullah hal’adzim’ adalah kunci kepada pintu rezeki.

Basahkan bibir dengan selalu beristigfar kepada Allah SWT sebanyak yang boleh pada setiap hari supaya kita diberikan rezeki yang halal dan melimpah ruah.

Allah SWT berfirman dalam surah Nuh:

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta.”

(Nuh: 10-11)

6. Rezeki Kerana Menikah

Allah SWT telah menyatakan bahawa perkahwinan itu adalah rezeki dan akan membawa rezeki.

Bagi mereka yang sedang merancang untuk berkahwin tetapi bimbang akan kehidupan selepas berkahwin, jangan bimbang bahawa nikah itu pembuka pintu rezeki.

Dalam surah an-Nur, Allah berfirman;

“Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang yang layak daripada hamba sahayamu baik lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.” 

(an-Nur: 32)

7. Rezeki Kerana Anak

Setiap anak-anak yang lahir membawa rezeki yang berlainan.

Allah SWT telah menetapkan rezeki tersendiri untuk setiap anak itu bahkan kepada penjaganya.

Oleh itu, janganlah risau untuk memiliki anak yang ramai kerana memiliki anak yang ramai adalah orang kaya yang sebenarnya.

Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”

 (al-Isra : 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah

Tidak berkurang harta kepada mereka yang suka bersedekah.

Amalan bersedekah adalah ibarat menamam padi, ditabur dengan satu benih sahaja tetapi yang tumbuh adalah berpuluh biji beras yang lain.

Begitulah juga jika kita apabila bersedekah, semakin banyak yang diberikan makan semakin banyak rezeki yang datang.

Bahkan Allah berjanji sesiapa yang bersedekah akan Allah gandakan rezekinya dengan berlipat kali ganda.

Allah SWT  berfirman dalam  surah al-Baqarah:

“Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah SWT, pinjaman yang baik (infak dan sedekah) maka Allah SWT akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dalam jumlah yang besar.” 

(al- Baqarah : 245)

9. Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Meraih keberkatan pada waktu pagi.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath Nabi berkata:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.”

Adalah lebih bagus jika kita sentiasa bangun di awal pagi untuk dirikan solat sunat yang lain selepas solat subuh agar dibuka pintu rezeki seluas-luasnya.

Rasulullah SAW bersabda,

 “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Memelihara silaturrahim akan membuka pintu rahmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya, sekali gus menyuburkan hubungan sesama manusia.

Kita hendaklah sentiasa memelihara silaturrahim sesama manusia agar rezeki kita tidak terputus.

Rasulullah SAW bersabda:

 “Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.”

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rezeki Allah SWT cukup luas dan kita sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur atas nikmat dan kecukupan yang telah diberikan.

3 Kebaikan Bersedekah 

1. Menghapuskan dosa 

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi.

Perkara ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

2. Menjauhkan diri dari sifat kedekut

Amalan bersedekah juga boleh menjauhkan diri anda dari mempunyai sifat kedekut. Ini kerana amalan ini mengajar anda untuk selalu berkongsi rezeki anda.

Ibadah korban mengajar kita untuk selalu berterima kasih dan bersyukur tentang kehidupan kita.

3. Rezeki semakin bertambah

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Semoga perkongsian ini memberikan pendedahan dan nilai yang bermanfaat kepada Mommy dan sekeluarga.


Dapatkan lebih banyak info dan panduan tentang agama di SINI.