Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Si Manja: Roti Bakar Pisang untuk Bayi

a plate of banana toast with berries on top

Roti bakar pisang adalah makanan ringan lembut yang sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta membantu membuat sarapan pagi lebih menyeronokkan.

  • Hidangan: 1                
  • Masa Penyediaan: 5m                     
  • Masa Masak: 5m               
  • Siap Dalam: 10m

Ada yang suka resepi ini, ada juga yang merasakan makanan ini terlalu lembut. Ini adalah makanan untuk bayi, jadi kena lah lebih lembut dari biasa. Kami telah menyediakan beberapa tip daripada ibu bapa yang pernah menggunakan resepi ini beberapa kali.

Tips untuk Ibu Bapa

– Cuba lenyek pisang dengan garfu di atas papan dulu, kemudian letakkan di dalam mangkuk, dan tambah susu, mencampurkan dan melenyekkan dalam masa yang sama sehingga campuran menjadi rata. Atau anda juga boleh blend. Pastikan kuali sudah panas bila anda mula memasak. Dan jangan rendam roti terlalu lama.

– Pastikan roti disaluti adunan tapi tidak terlalu banyak yang boleh meleraikan roti. Saya sarankan untuk mencelup berbanding merendam dan gunakan kuali tanpa lekat. Roti yang tebal lebih baik kerana roti yang nipis senang terlerai.

Nota Nutrisi: French Toast versi tanpa telur, dengan kemanisan pisang.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!Highlighted

Bahan-Bahan

  • 1 keping roti, dipotong kepada ‘fingers
  • 1 pisang masak
  • 60 ml susu yang biasa diberi kepada bayi anda (susu ibu/susu formula/ susu lembu)
  • Serbuk kulit kayu manis

Cara-Cara Buat Roti Bakar Pisang

Langkah 1
Letakkan pisang, susu, dan serbuk kulit kayu manis di dalam mangkuk dan hancurkan atau blend sehingga rata.

Langkah 2
Panaskan kuali di atas api sederhana.

Langkah 3

Celupkan roti di dalam campuran pisang dan goreng selama kedua-dua bahagian 1-2 minit sehingga warna keperang-perangan.

Langkah 4
Hidang sebagai makanan ringan.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!