Ibu, Bayi & Kanak Kanak

ROTI SHAMROCK

shamrock shaped roll

Bahan-Bahan

  • 3 ½ cawan tepung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 paket yis penaik
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 cawan susu, dipanaskan kepada 110 darjah atau 115 darjah
  • 6 sudu mentega tanpa garam, cair dan disejukkan, tambah 4 sudu, cair untuk diberus
  • 2 telur, suhu bilik

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

Di dalam mangkuk besar, kacau bersama 4 bahan pertama. Di dalam mangkuk saiz sederhana, kacau bersama 3 bahan terakhir. Campurkan kedua-dua adunan dan kacau sehingga sebati.

Di atas permukaan yang ditabur sedikit tepung, uli doh selama 10 minit. Tambah sedikit tepung jika doh melekit. Masukkan kedalam mangkuk berminyak, dan tutup. Tutup mangkuk dengan tuala lembap dan biarkan saiz doh naik dua kali ganda, sekurang-kurangnya ½ jam.

Letakkan dua kertas minyak. Uli doh selama beberapa minit untuk mengeluarkan gelembung gas. Setengahkan doh; masukkan satu bahagian ke dalam mangkuk dan tutup. Di atas permukaan yang ditabur dengan tepung, roll doh kepada 4 1/2- by 8 inci segi empat.

Potong doh secara memanjang kepada enam keping bersaiz ¾ inci. Tutup dengan plastik. Di atas permukaan bersih, roll dan tarik 1 keping doh kepada tali 19 inci. Bentukkan menjadi seperti daun shamrock dan tutup dengan plastik. Ulang dengan doh yang lain, letakkan 6 roti di atas setiap kertas minyak dan susun, jangan tindihkan. Biarkan doh naik selama 45 minit.

Panaskan oven kepada 350 darjah. Beruskan roti dengan mentega cair. Bakar, tukar posisi setiap loyang di pertengahan proses, sehingga roti bertukar warna perang, sekurang-kurangnya 23 minit. Biarkan roti sejuk sedikit, kemudian hidang.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Parents.com.