Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Roti Zucchini Coklat

row of sliced loaf

Highlighted


Saya kurangkan setengah daripada minyak dan suku daripada gula, dan tukarkan dengan tepung gandum, dan dikacau dengan yogurt untuk kelembapan tambahan. Yang paling penting sekali, saya tambah serbuk koko dan cip coklat.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bahan-Bahan

  • 2 telur
  • ½ cawan yogurt kosong (saya gunakan yogurt Greek)
  • ½ cawan minyak sayuran atau kanola
  • 1½ cawan tepung gandum putih
  • ¾ cawan gula
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh soda penaik
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk penaik
  • ¼ cawan cip coklat + 2 sudu
  • 1½ cawan zucchini segar yang dihiris

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

  1. Panaskan oven kepada 350 darjah dan sapukan mentega kepada loyang.
  2. Campurkan telur, yogurt, dan minyak di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Tambah tepung, gula, serbuk koko, serbuk kulit kayu manis, soda penaik, garam, dan serbuk penaik, dan blend. Adunan akan menjadi pekat.
  3. Tambah ¼ cawan cip coklat dan zucchini dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Taburkan 2 sudu cip coklat di atas roti. Bakar selama 1 jam atau sehingga pencungkil gigi yang dicocok dapat dikeluarkan dengan bersih.
  5. Biarkan roti kurang panas selama 15 minit. Jalankan pisau di keliling untuk mengeluarkan roti daripada loyang.

 

Maklumat Nutrisi

Kalori: 250 Lemak: 13g Gula: 17g Sodium: 220mg Serat: 5g Protein: 5g

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Artikel dipetik daripada Real Mom Nutrition.