Setiap ibu berharap si kecil mereka membesar dengan sihat dan ceria. Hati setiap ibu pastinya tidak keruan apabila anak mereka jatuh sakit dan sentiasa merengek apatah lagi jika di tubuh mula naik bintik-bintik merah ruam susu.
Kalau ikutkan hati, seboleh-bolehnya nyamuk pun jangan hinggap pada tubuh si comel mereka.
Namun, sebagai manusia biasa tidak akan lari dengan sakit samada sakit biasa atau sakit yang memerlukan rawatan berterusan.
Bagi ibu-ibu ruam susu pada badan bayi sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati mereka risau walau tahu hakikat bayi dan ruam adalah perkara yang biasa.
Walau begitu, ia tetap boleh menjadi teruk jika tidak dijaga dan dirawat dengan betul. Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai ruam susu, jom ikuti perkongsian di bawah!
Apa Itu Ruam Susu
Terdapat banyak jenis ruam yang perlu diambil perhatian oleh ibu-ibu.
Antaranya ialah eczema, jerawat bayi, kerak kepala bayi (cradle cap), ruam panas, ruam lampin, milia, ruam cacar air (chickenpox) dan ruam campak. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jenis-jenis ruam ini, ibu-ibu boleh baca artikel ini.
Selain ruam di atas, ruam susu juga sering terjadi dalam kalangan bayi. Tapi apa sebenarnya ruam susu ni? Kenapa tidak disebut dalam jenis-jenis ruam seperti di atas?
Ruam susu ialah suatu keadaan di mana kulit bayi terutamanya di bahagian pipi bayi terdapat ruam kemerahan dan dikatakan terjadi berpunca dari susu ibu samada susu ibu yang terkena secara langsung semasa menyusu dan pemakanan ibu menyebabkan alahan kepada bayi.
Namun, ianya adalah satu tanggapan yang salah.
Dalam dunia perubatan tiada perkataan ruam susu sebaliknya hanyalah ekzema atau dermatitis atopic untuk menggambarkan keadaan kulit yang mempunyai masalah seperti ini.
Ekzema atau dermatitis atopic ini ialah suatu keadaan di mana kulit mengalami perubahan yang kronik yang disebabkan oleh ruam, kekeringan kulit, gatal dan pecah-pecah.
Punca Ruam Susu
Ia selalu terjadi di bahagian pipi, dahi, leher, siku, lutut malah kemaluan. Jadi ianya tidak logik untuk mengatakan susu ibu adalah penyebab kepada masalah ruam ini.
Dan sebab itulah ruam susu tidak dinyatakan di dalam jenis-jenis ruam seperti di atas yang ada hanyalah ekzema. Apa penyebab atau punca sebenar yang boleh menyebabkan ruam susu atau ekzema ini?
Ruam susu atau ekzema ini mudah terjadi kepada bayi yang lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan atau alergi makanan. Dalam kata lain disebabkan faktor genetik.
Selain itu, punca lain yang boleh menyebabkan ruam atau ekzema ini adalah disebabkan fungsi sistem imun bayi. Seperti yang kita tahu antibodi bayi adalah sangat lemah berbanding dengan orang dewasa.
Bayi hanya mendapat antibodi mereka tiga bulan terakhir kehamilan melalui ibu mereka. Oleh itu, mereka sangat mudah terjangkit dengan apa-apa penyakit.
Di samping itu, faktor luaran seperti pencemaran udara, cuaca panas dan kuman yang berada di udara jugak mampu mencetuskan masalah ini.
Rawatan Ruam Susu
Ada ke cara nak hilangkan ruam susu atau ekzema ini? Bagi Mommy yang sedang berhadapan dengan masalah ini anda boleh cuba tips di bawah:
#1. Sapu Pelembap Khas Untuk Bayi Selepas Mandi
Pelembap berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi agar tidak kering. Anda boleh dapatkan pelembap di farmasi-farmasi berdekatan anda tetapi haruslah diingat dapatkan dahulu nasihat dari doktor atau farmasis berkenaan pelembap yang terbaik untuk masalah anak anda.
#2. Gunakan Sabun Mandi Yang Sesuai Untuk Bayi
Sebaiknya semasa memandikan bayi anda gunakan sabun yang dirumus khas untuk bayi. Jangan sesekali menggunakan sabun yang digunakan oleh orang dewasa kepada bayi anda. Pastikan anda menggunakan sabun yang mempunyai pH neutral, mengandungi pelembap dan sebaiknya bebas dari sebarang wangian.
#3. Mandikan Bayi Anda Dengan Air Suam
Pastikan anda memandikan anak tidak melebihi dari 2 kali sehari kerana dikhuatiri kulit anak anda akan kering. Pastikan juga anda gunakan air suam kerana air yang terlalu panas dan sejuk boleh mengeringkan kulit bayi.
#4. Pakaikan Pakaian Yang Sesuai
Jika anak anda mengalami masalah ini pastikan pakaian yang dipaikan kepada si comel anda tidak ketat, tebal dan diperbuat dari bahan yang lembut untuk mengelakkan anak anda berpeluh dan menyebabkan ruam terjadi.
#5. Cuci Pakaian Bayi Anda Sebersihnya
Jika bayi anda mempunyai masalah ruam atau ekzema ini pastikan semasa membasuh pakaian mereka gunakan pencuci yang bersesuaian dan cuci dengan bersih. Gunakan pencuci yang dirumus khas untuk pakaian bayi dan dihasilkan dari bahan semulajadi.
Baju yang tidak dicuci dengan bersih dan masih mempunyai sisa sabun pada pakaian dikhuatiri menyebabkan kulit anda anda mengalami ruam.
#6. Elakkan Dari Pengambilan Makanan Yang Mencetuskan Alergi Kepada Bayi
Ibu-ibu pastikan untuk mengambil makanan yang boleh menyebabkan alergi atau alahan kepada bayi anda. Jika anda tidak pasti makanan mana yang menyebabkan alergi anda boleh try and error supaya si comel anda tidak terhindar dari alahan tersebut.
Susu ibu itu bukanlah penyebab kepada masalah ruam susu seperti yang dianggap sebelum ini. Susu ibu itu sendiri diciptakan dengan pelbagai kelebihan.
Mungkin makan yang dimakan oleh ibu itu sendiri yang menyebabkan masalah alahan ini kepada bayi mereka. Oleh itu, semoga perkongsian ini memberi penjelasan dan panduan kepada ibu-ibu di luar sana.
Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Selain daripada info di atas, di SINI ada pelbagai panduan berguna untuk Mommy dan Daddy.