Untuk beribadah kepada Allah, kita mestilah cuba yang terbaik. Bukan sahaja dari segi khusyuknya kita tetapi persediaan untuk solat itu juga.
Sebagai contoh, ruang dan pakaian kita untuk solat tu cukup bersih ke? Selesa ke tak supaya tidak mengganggu konsentrasi kita ketika solat?
13 Tips Penting Untuk Bina Ruang Solat Di Rumah
Untuk kemudahan dan keselesaan seisi keluarga, adalah lebih elok kalau Mommy dan Daddy usahakan untuk bina ruang solat di satu sudut di rumah.
Bukannya susah dan menelan kos yang besar pun Mommy. Boleh je buat simple gitu. Jom, kita tengok beberapa tips penting untuk bina ruang solat ni:
#1. Tentukan arah kiblat
Yang pertama sekali, Mommy dan Daddy mestilah tentukan arah kiblat dengan tepat. Kita nak bina ruang ni berpandukan arah kiblat inilah.
#2. Pilih ruang yang terbaik
Bila dah yakin dengan arah kiblat yang tepat, bolehlah pilih sudut yang Mommy dan Daddy nak bina ruang solat tu.
Pastikan sudut ini tidak menghadap ke arah pintu bilik, pintu tandas dan laluan utama dalam rumah.
#3. Mulakan deco dengan mengecat
Dah ada ruang tu, bolehlah mula mengecat di sekeliling sudut tu. Kalau nak tampal wallpaper pun okay juga. Pastikan pilih warna yang tonanya lembut dan menenangkan ya?
Kita tak nak lah warna yang terang sangat. Sebabnya nak beribadah ni kita nak seminima mungkin gangguan supaya tak mengganggu konsentrasi kita.
#4. Pastikan pengudaraan optimum
Selalu kalau kita solat dan ruang solat tu panas, solat kita akan terganggu kan? Nak cepat-cepat habis dan rasa berat je nak buat ibadah lain selepas tu.
Kalau pengudaraan cukup seperti ada tingkap untuk dibuka di siang hari dan penghawa dingin untuk waktu malam, pasti nak baca Al-Quran pun rasa seronok!
#5. Ada pencahayaan secukupnya
Seperti pengudaraan, faktor pencahayaan pun penting di ruang solat ni. Tak perlu terang-benderang pun. Kalau kita boleh tengok ayat Al-Quran dengan jelas, okay lah tu.
#6. Sediakan almari atau rak kecil
Supaya nampak lebih kemas dan teratur ruang solat kita, Mommy dan Daddy sebaiknya hendaklah sediakan sebuah almari atau rak kecil di sudut tu.
Di rak inilah kita letakkan Al-Quran, tafsir, buku keagamaan, tasbih dan rehal.
#7. Sediakan almari untuk simpan kain sembahyang dan sejadah
Turut sama penting, almari untuk simpan kain sembahyang dan sejadah mesti ada ya. Jangan biasakan lipat kain sembahyang dan sejadah tu.
Kadang-kadang kan ia lembab kerana air wuduk kita. Jadi kalau kita sangkut menggunakan hanger adalah lebih baik.
#8. Hias ruang solat dengan motivasi agama
Di ruang solat tu, elok juga kalau Mommy dan Daddy gantungkan beberapa frame ayat suci Al-Quran dan kata-kata motivasi agama ke.
Rasa semangat lah sikit untuk beribadah kan?
#9. Ada tempat ambil wuduk
Kalau ada bajet lebih sikit, boleh je buat ruang ambik wuduk di sisi ruang solat tu. Memang boleh je kalau ambil wuduk di tandas tapi kalau ada di sisi ruang solat ini, adalah lebih baik.
#10. Pentingkan keselesaan pakaian solat
Pakaian solat ni merangkumi kain sembahyang untuk perempuan dan sejadah secara umumnya. Orang perempuan ni kalau kerawang di kain telekung solat tu kasar pun boleh mengganggu solat.
Betul tak Mommy? Sejadah pun begitu juga. Kalau solat guna sejadah yang lembut dan tebal, selesa kan?
#11. Ada alas lantai yang selesa
Selain daripada pakaian solat, alas lantai di ruang ini pun mestilah selesa. Mommy dan Daddy disarankan untuk beli karpet yang tebal dan selesa.
Anak-anak pun akan bersemangat nanti nak luangkan masa di ruang beribadah ni.
#12. Ada pewangi untuk membangkitkan suasana
Sekarang ni dah semakin popular kan penggunaan bukhor dan pewangi semula jadi? Buat Mommy dan Daddy yang pernah ke Masjidil Haram, tentu pernah bau wangian sebegitu.
Indahnya kalau di ruang solat kecil rumah Mommy dan Daddy baunya macam tu kan?
#13. Ada tirai pemisah
Kalau boleh, sediakan juga tirai pemisah ya? Contohnya penghadang ruang kayu. Kalau terdedah sangat, ada sesetengah orang tak suka macam tu. Untuk kaum wanita sahaja pun, penggunaan tirai ni bagus.
Jadi bila ada tirai pemisah ni, mungkin akan lebih khusyuk ibadah dan rasa tak terdedah sangat.
Tips Penting Untuk Bina Ruang Solat Di Rumah
Antara tips di atas ni, yang mana yang Mommy dan Daddy dah ada dalam perancangan? Semoga ruang solat yang Mommy dan Daddy bina nanti cukup indah dan menambahkan semangat Mommy dan Daddy sekeluarga untuk beribadah dengan lebih baik! Kalau Mommy and Daddy nak ajar anak-anak solat, boleh rujuk artikel ini!
Sumber: ohrumahidaman
Dapatkan pelbagai tips dekorasi di SINI.