Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Kedah

Setiap individu yang berkemampuan digalakkan oleh agama dan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. Jika anda berada di kawasan Kedah, berikut adalah senarai rumah-rumah anak yatim di Kedah yang boleh anda pertimbangkan.

1. Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Al-Taqwa, Baling

Highlighted

Sumber: Google

Alamat: Kampung Charuk Kapas, 09200 Kupang, Kedah

No. Telefon: 013-505 7898

2. Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda

Sumber: Facebook Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda

Alamat: Lot.1717, Sungai Layar Hujung, Kampung Che Bema, 08000 Sungai Petani, Kedah

No. Telefon: 013-436 6120

Laman Web: Facebook Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda

3. Rumah Anak Yatim Yayasan Bunga Raya

Alamat: 06250, Jalan Kampung Perak, 05150 Alor Setar, Kedah

4. Rumah Anak Yatim Gemilang

Sumber: Nisa Farzana @ Google

Alamat: Kampung Banggol Dedap, 08210 Sik, Kedah

No. Telefon: 04-469 3763

5. Rumah Anak Yatim Lelaki Darul Aitam Walmasakin

Sumber: Google

Alamat: Lorong Perkim, Lorong Seri, Kampung Alor Menong, 05300 Alor Setar, Kedah

No. Telefon: 04-733 5124

6. Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA)

Sumber: Google

Alamat: No. 2, Jalan Bukit, Kampung Bukit Awi, 09000 Kulim, Kedah

No. Telefon: 04-490 2816

7. Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak Yatim Arutoyothi Vallalar

Sumber: cTian @ Google

Alamat: Lot. 147, Lorong 5, Taman Sutera Batu 2, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah

No. Telefon: 04-423 3005

8. Yayasan Anak Yatim Sultan Haminah

Sumber: Google

Alamat: 949, Jalan Mahkota, Taman Tunku Habsah, 05100 Alor Setar, Kedah

9. Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah (BUDI)

Sumber: Google

Alamat: Rumah Budi, Jalan Pegawai, 06900 Yan, Kedah

No. Telefon: 04-465 5208

10. Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang

Alamat: K147, Kampung Sungai Durian, Jln Jenun, 06700 Pendang, Kedah

No. Telefon: 013-4245662

11. Pusat Jagaan Insan Kesayanganku

Sumber: Shafie kassim @ Google

Alamat: No. 852 Taman Mahsuri Jitra Kedah, Bandar Darulaman, 06000 Jasmina

No. Telefon: 016-644 0062

12. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim (DAYA)

Sumber: Azmi Matdan @ Google

Alamat: KM. 13, Jalan Sungai Petani, Jalan Kangar – Alor Setar, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah

No. Telefon: 04-748 1126

Laman Web: Facebook DAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Batu 9, Kedah)


Bagaimana Anda Boleh Memberi Bantuan?

Dalam menjalani kehidupan yang sibuk, kita sering lupa tentang kehidupan anak-anak yatim yang tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Terdapat pelbagai cara seseorang individu dan masyarakat boleh lakukan untuk membantu mengubati rindu tersebut atau dalam apa juga aspek dalam kehidupan mereka seperti beberapa perkara berikut.

1. Berdoa Untuk Anak Yatim

Sumber: Getty Images

Berdoa untuk anak yatim merupakan perkara yang paling mudah seseorang individu boleh buat untuk membantu anak-anak yatim. Doa-doa tersebut boleh merangkumi pelbagai aspek seperti doa demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak yatim, doa supaya ramai lagi anak yatim akan diangkat oleh ibu bapa angkat yang berkemampuan, dan macam-macam lagi. Kalau anda memang sudah ada rumah anak yatim pilihan yang sering diziarahi, anda juga boleh membuat doa-doa yang lebih khusus berkenaan anak-anak yatim yang dikenali.

2. Memberi Derma Tunai

Rumah anak yatim memang sentiasa memerlukan dana dari orang awam dan organisasi-organisasi kebajikan samaada kerajaan atau bukan kerajaan. Kalau anda ingin membuat sumbangan dari segi wang tunai dan ingin memberi terus kepada rumah anak yatim tanpa melalui apa-apa badan atau organisasi, selalunya anda boleh berhubung dengan kakitangan atau pemilik rumah anak yatim yang dipilih.

3. Derma Baju Atau Peralatan Terpakai

Sumber: Adobe Stock

Kalau anda atau anda kenal sesiapa yang ingin menderma banyak pakaian terpakai yang masih elok, anda boleh mengumpulkan sebanyak mungkin dan derma kepada anak-anak yatim yang akan menghargainya. Pakaian yang masih elok juga lebih bagus untuk didermakan daripada dibuang untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Peralatan yang elok juga boleh diderma dengan budi bicara pemilik rumah anak yatim seperti raket badminton, permainan kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

4. Didik Dan Sebarkan Tentang Rumah Anak Yatim

Apabila anda sedang bersosial dengan rakan-rakan karib atau rakan-rakan sekerja, ia mungkin agak pahit untuk membuka cerita tentang anak-anak yatim. Walaubagaimanapun, ia adalah sesuatu yang perlu dibawa dalam perbualan supaya lebih ramai orang mengetahui tentang keperluan anak-anak yatim. Lebih elok kalau anda sendiri pernah melawati rumah anak yatim supaya dapat menceritakan keadaan dan keperluan rumah anak-anak yatim kepada rakan dan keluarga.

5. Derma Sempena Hari Jadi Anda

Menjelang hari jadi anda, tentu ramai keluarga dan rakan-rakan yang ingin menyambutnya dengan membawa anda pergi makan ke tempat-tempat mewah dan memberi pelbagai jenis hadiah. Untuk membantu anak yatim dari segi ini, anda boleh memberitahu rakan dan keluarga untuk menggunakan duit mereka tersebut untuk menderma kepada rumah anak yatim pilihan anda sebagai hadiah hari jadi untuk anda.

6. Derma Peralatan Pendidikan

Sumber: Getty Images

Semua orang tahu pendidikan adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Sesetengah rumah anak yatim tidak mempunyai peralatan pendidikan yang mencukupi dan anak-anak yatim dirumah tersebut sering perlu berkongsi peralatan yang sama. Jadi anda digalakkan untuk menderma peralatan pendidikan seperti alat tulis, buku nota, dan kalkulator, dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh rumah anak yatim tersebut dari segi peralatan pendidikan atau yang berkaitan dengannya.

6. Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Hulurkan Pertolongan Secara Langsung

Anda boleh membuat perancangan bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menziarahi rumah anak yatim berdekatan dan bantu meringankan beban kakitangannya dengan bermain dengan anak-anak yatim dan membersihkan rumah anak-anak yatim. Jika anda mahir dalam perkara-perkara tertentu, anda juga boleh membantu secara khusus seperti menjahit langsir yang koyak, bertukang untuk membetulkan perabot yang patah atau pecah, mengecat kawasan rumah anak yatim, dan sebagainya.

Sumber: Getty Images

Semoga bermanfaat.