Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Negeri Sembilan

Setiap individu yang berkemampuan digalakkan oleh agama dan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. Jika anda berada di kawasan Negeri Sembilan, berikut adalah senarai rumah-rumah anak yatim di Negeri Sembilan yang boleh anda pertimbangkan.

12 Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan

1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)

Highlighted

Sumber: Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan

Alamat: 9, Jalan Gedong Lalang 7, Gedong Lalang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-761 0412

Laman Web: darul-aminan.blogspot.com

2. Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Miskin Negeri Sembilan (Peyakin)

Sumber: Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Miskin Negeri Sembilan (Peyakin)

Alamat: Kampung Kundur Hilir, 71300 Pedas, Negeri Sembilan

No. Telefon: 019-695 5959

3. Rumah Anakku Sayang Ar Rayyan

Sumber: Rumah Anak Anakku Sayang Ar Rayyan

Alamat: 1013, Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-671 5935

Laman Web: Facebook Rumah Anak Anakku Sayang Ar Rayyan Seremban

4. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin (PKAYMS)

Sumber: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Semarak

Alamat: 5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

No. Telefon: 019-336 2555 (Hj Sharifuddin) / 012-295 5543 (Hj Ramlan) / 019-374 7527 (En. Hamran)

Laman Web: Facebook Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Semarak PKAYMS

5. Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina

Sumber: Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina

Alamat: No 38.Jalan Kenanga 21 Taman Satria, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

No. Telefon: 013-636 9726

Laman Web: walidaina.org

6. Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar

Sumber: Google Maps

Alamat: 337, Jalan Dahlia, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

7. Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair

Sumber: N00R AZLINA DM Sidek @ Google

Alamat: No 449, Jalan Aman 3, Jalan Sikamat, Taman England, 70400 Seremban

No. Telefon: 012-679 1847

8. Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Mawarku

Sumber: Google

Alamat: 616, Lrg. Cenderawasih 4, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

No. Telefon: 011-1176 0423

9. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar

Sumber: Facebook Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar

Alamat: 725, Jalan Temiang, Kampung Bukit Jong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

No. Telefon: 010-212 0415 (Mrs. Latha) / 010-386 0125 (Mr. Chandru)

Laman Web: Facebook Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar

10. Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Seremban

Sumber: C Lam @ Google

Alamat: 40, Jalan Bidara 4, Taman Bidara, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

No. Telefon: 011-1669 2767

11. Rumah Kanak-Kanak Rembau (Taman Seri Puteri)

Sumber: Mohd Yusof Tawil @ Google

Alamat: Kampung Anak Ayer Kundor, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-685 1231

12. Persatuan Pengurusan Rumah Kanak-Kanak Bidadari-Bidadara N.Sembilan

Sumber: gim @ Google

Alamat: Lot 3518, Broga, 71750 Mantin, Negeri Sembilan

No. Telefon: 012-606 1323


Bagaimana Anda Boleh Memberi Bantuan?

Dalam menjalani kehidupan yang sibuk, kita sering lupa tentang kehidupan anak-anak yatim yang tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Terdapat pelbagai cara seseorang individu dan masyarakat boleh lakukan untuk membantu mengubati rindu tersebut atau dalam apa juga aspek dalam kehidupan mereka seperti beberapa perkara berikut.

1. Berdoa Untuk Anak Yatim

Sumber: Getty Images

Berdoa untuk anak yatim merupakan perkara yang paling mudah seseorang individu boleh buat untuk membantu anak-anak yatim. Doa-doa tersebut boleh merangkumi pelbagai aspek seperti doa demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak yatim, doa supaya ramai lagi anak yatim akan diangkat oleh ibu bapa angkat yang berkemampuan, dan macam-macam lagi. Kalau anda memang sudah ada rumah anak yatim pilihan yang sering diziarahi, anda juga boleh membuat doa-doa yang lebih khusus berkenaan anak-anak yatim yang dikenali.

2. Memberi Derma Tunai

Rumah anak yatim memang sentiasa memerlukan dana dari orang awam dan organisasi-organisasi kebajikan samaada kerajaan atau bukan kerajaan. Kalau anda ingin membuat sumbangan dari segi wang tunai dan ingin memberi terus kepada rumah anak yatim tanpa melalui apa-apa badan atau organisasi, selalunya anda boleh berhubung dengan kakitangan atau pemilik rumah anak yatim yang dipilih.

3. Derma Baju Atau Peralatan Terpakai

Sumber: Adobe Stock

Kalau anda atau anda kenal sesiapa yang ingin menderma banyak pakaian terpakai yang masih elok, anda boleh mengumpulkan sebanyak mungkin dan derma kepada anak-anak yatim yang akan menghargainya. Pakaian yang masih elok juga lebih bagus untuk didermakan daripada dibuang untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Peralatan yang elok juga boleh diderma dengan budi bicara pemilik rumah anak yatim seperti raket badminton, permainan kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

4. Didik Dan Sebarkan Tentang Rumah Anak Yatim

Apabila anda sedang bersosial dengan rakan-rakan karib atau rakan-rakan sekerja, ia mungkin agak pahit untuk membuka cerita tentang anak-anak yatim. Walaubagaimanapun, ia adalah sesuatu yang perlu dibawa dalam perbualan supaya lebih ramai orang mengetahui tentang keperluan anak-anak yatim. Lebih elok kalau anda sendiri pernah melawati rumah anak yatim supaya dapat menceritakan keadaan dan keperluan rumah anak-anak yatim kepada rakan dan keluarga.

5. Derma Sempena Hari Jadi Anda

Menjelang hari jadi anda, tentu ramai keluarga dan rakan-rakan yang ingin menyambutnya dengan membawa anda pergi makan ke tempat-tempat mewah dan memberi pelbagai jenis hadiah. Untuk membantu anak yatim dari segi ini, anda boleh memberitahu rakan dan keluarga untuk menggunakan duit mereka tersebut untuk menderma kepada rumah anak yatim pilihan anda sebagai hadiah hari jadi untuk anda.

6. Derma Peralatan Pendidikan

Sumber: Getty Images

Semua orang tahu pendidikan adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Sesetengah rumah anak yatim tidak mempunyai peralatan pendidikan yang mencukupi dan anak-anak yatim dirumah tersebut sering perlu berkongsi peralatan yang sama. Jadi anda digalakkan untuk menderma peralatan pendidikan seperti alat tulis, buku nota, dan kalkulator, dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh rumah anak yatim tersebut dari segi peralatan pendidikan atau yang berkaitan dengannya.

6. Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Hulurkan Pertolongan Secara Langsung

Anda boleh membuat perancangan bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menziarahi rumah anak yatim berdekatan dan bantu meringankan beban kakitangannya dengan bermain dengan anak-anak yatim dan membersihkan rumah anak-anak yatim. Jika anda mahir dalam perkara-perkara tertentu, anda juga boleh membantu secara khusus seperti menjahit langsir yang koyak, bertukang untuk membetulkan perabot yang patah atau pecah, mengecat kawasan rumah anak yatim, dan sebagainya.

Sumber: Getty Images

Semoga bermanfaat.