Setiap individu yang berkemampuan digalakkan oleh agama dan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. Jika anda berada di kawasan Pulau Pinang, berikut adalah senarai rumah-rumah anak yatim di Penang yang boleh anda pertimbangkan.
11 Rumah Anak Yatim Penang
1. Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang
Alamat: 741, Lintang Permatang Damar Laut, Kampung Batu Maung, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-626 5101
Laman Web: Facebook Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang
2. Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang
Alamat: Wisma Yatim No. 79 Jalan Scotland, 11400 Pulau Pinang
No. Telefon: 04-229 7355
Laman Web: pkayipp.org.my
3. Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Alamat: No. 173, Jalan Air Itam, Pulau Pinang, 11500 Air Hitam
No. Telefon: 04-828 8897
4. Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah
Alamat: 60, Sg Pinang Village, 11010 Balik Pulau, Penang
No. Telefon: 017-469 4009
5. Penang Shan Children’s Home
Alamat: 679-D, Jalan Mount Erskine, Kampung Raya Baharu, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-229 2186
Laman Web: Facebook Penang Shan Children’s Home Association
6. Rumah Permata Kasih
Alamat: No. 2, Lorong Pauh Jaya 2/3, Taman Pauh Jaya, 13500 Perai, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-386 6450
7. Rumah Anak Kesayangan
Alamat: No. 55, Lebuh Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
No. Telefon: 013-380 6313
8. St. Joseph’s Home
Alamat: 52-K&52-R, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-263 5418
Laman Web: hati.my
9. Wisma Yatim Laki-Laki Islam
Alamat: 173, Jalan Air Itam, 11400 Ayer Itam, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-828 8897
10. Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti
Alamat: 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Taman Bertam Indah, 13100 Kepala Batas, Penang
No. Telefon: 04-575 1214
Laman Web: Facebook Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas
11. Pusat Jagaan Permata Kasih Alma
Alamat: No 18, Lorong Santuari 9, Taman Santuari Kampung Permatang Tinggi, Simpang Ampat, 14000 Alma, Pulau Pinang
No. Telefon: 011-1157 6979
Laman Web: permataalmahabbah.blogspot.com
Bagaimana Anda Boleh Memberi Bantuan?
Dalam menjalani kehidupan yang sibuk, kita sering lupa tentang kehidupan anak-anak yatim yang tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Terdapat pelbagai cara seseorang individu dan masyarakat boleh lakukan untuk membantu mengubati rindu tersebut atau dalam apa juga aspek dalam kehidupan mereka seperti beberapa perkara berikut.
1. Berdoa Untuk Anak Yatim
Berdoa untuk anak yatim merupakan perkara yang paling mudah seseorang individu boleh buat untuk membantu anak-anak yatim. Doa-doa tersebut boleh merangkumi pelbagai aspek seperti doa demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak yatim, doa supaya ramai lagi anak yatim akan diangkat oleh ibu bapa angkat yang berkemampuan, dan macam-macam lagi. Kalau anda memang sudah ada rumah anak yatim pilihan yang sering diziarahi, anda juga boleh membuat doa-doa yang lebih khusus berkenaan anak-anak yatim yang dikenali.
2. Memberi Derma Tunai
Rumah anak yatim memang sentiasa memerlukan dana dari orang awam dan organisasi-organisasi kebajikan samaada kerajaan atau bukan kerajaan. Kalau anda ingin membuat sumbangan dari segi wang tunai dan ingin memberi terus kepada rumah anak yatim tanpa melalui apa-apa badan atau organisasi, selalunya anda boleh berhubung dengan kakitangan atau pemilik rumah anak yatim yang dipilih.
3. Derma Baju Atau Peralatan Terpakai
Kalau anda atau anda kenal sesiapa yang ingin menderma banyak pakaian terpakai yang masih elok, anda boleh mengumpulkan sebanyak mungkin dan derma kepada anak-anak yatim yang akan menghargainya. Pakaian yang masih elok juga lebih bagus untuk didermakan daripada dibuang untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Peralatan yang elok juga boleh diderma dengan budi bicara pemilik rumah anak yatim seperti raket badminton, permainan kanak-kanak, dan macam-macam lagi.
4. Didik Dan Sebarkan Tentang Rumah Anak Yatim
Apabila anda sedang bersosial dengan rakan-rakan karib atau rakan-rakan sekerja, ia mungkin agak pahit untuk membuka cerita tentang anak-anak yatim. Walaubagaimanapun, ia adalah sesuatu yang perlu dibawa dalam perbualan supaya lebih ramai orang mengetahui tentang keperluan anak-anak yatim. Lebih elok kalau anda sendiri pernah melawati rumah anak yatim supaya dapat menceritakan keadaan dan keperluan rumah anak-anak yatim kepada rakan dan keluarga.
5. Derma Sempena Hari Jadi Anda
Menjelang hari jadi anda, tentu ramai keluarga dan rakan-rakan yang ingin menyambutnya dengan membawa anda pergi makan ke tempat-tempat mewah dan memberi pelbagai jenis hadiah. Untuk membantu anak yatim dari segi ini, anda boleh memberitahu rakan dan keluarga untuk menggunakan duit mereka tersebut untuk menderma kepada rumah anak yatim pilihan anda sebagai hadiah hari jadi untuk anda.
6. Derma Peralatan Pendidikan
Semua orang tahu pendidikan adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Sesetengah rumah anak yatim tidak mempunyai peralatan pendidikan yang mencukupi dan anak-anak yatim dirumah tersebut sering perlu berkongsi peralatan yang sama. Jadi anda digalakkan untuk menderma peralatan pendidikan seperti alat tulis, buku nota, dan kalkulator, dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh rumah anak yatim tersebut dari segi peralatan pendidikan atau yang berkaitan dengannya.
6. Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Hulurkan Pertolongan Secara Langsung
Anda boleh membuat perancangan bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menziarahi rumah anak yatim dan bantu meringankan beban kakitangannya dengan bermain dengan anak-anak yatim dan membersihkan rumah anak-anak yatim. Jika anda mahir dalam perkara-perkara tertentu, anda juga boleh membantu secara khusus seperti menjahit langsir yang koyak, bertukang untuk membetulkan perabot yang patah atau pecah, mengecat kawasan rumah anak yatim, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat.