Setiap individu yang berkemampuan digalakkan oleh agama dan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. Jika anda berada di kawasan Perak, berikut adalah senarai rumah-rumah anak yatim di Perak yang boleh anda pertimbangkan.
12 Rumah Anak Yatim di Perak
1. Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman
Alamat: Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato, Manjoi, 30020 Ipoh, Perak
No. Telefon: 05-526 0071
Laman Web: nuruliman.org.my
2. Pertubuhan Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin (Perempuan) Al-Barakah
Alamat: Lot 1178, Jalan Maharaja Lela, 36000, Teluk Intan, Perak
No. Telefon: 019-572 0346
3. Asrama Anak-Anak Yatim Soleha
Alamat: Kampung Sikh Settlement, 31800 Tanjung Tualang, Perak
No. Telefon: 012-500 6840
Laman Web: Facebook Rumah anak yatim soleha
4. Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah
Alamat: 31200 Chemor, Perak
No. Telefon: 05-201 4423
5. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ar-Ridwani
Alamat: 22-22A, Jalan Manjoi, Taman Pari, 30100 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-562 1295
6. Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak-Anak Yatim Ghazaliah Al-Aisah
Alamat: No. 11, Kg. Kati, Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak
No. Telefon: 05-752 0211
7. Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kasih Sayang Ipoh Perak
Alamat: 8, Jalan Raja Musa Mahadi, Kampung Sri Ampang, 31350 Ipoh, Perak
No. Telefon: 011-2897 9441
8. Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Rumah Visi (Vision Home)
Alamat: No. 39, Jalan Rishah Raya, Jelapang Industrial Estet, 30100 Ipoh, Perak
No. Telefon: 05-527 0491
9. Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jaz
Alamat: Lot 1954E, Jalan Maharajalela, Taman Kean Seng, 36000, Teluk Intan, Perak
No. Telefon: 05-622 9672
10. Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih
Alamat: Batu 17, Kampung Ayer Tawar, 32400 Ayer Tawar, Perak
No. Telefon: 016-510 6313
11. Asrama Anak Yatim Ar-Ridzwan (JASA)
Alamat: No. 22& 22A, Jalan Manjoi, Taman Pari, 30100 Ipoh, Perak
No. Telefon: 05-527 8380
12. Rumah Nur Kasih Ulu Sepetang
Alamat: A5, Kampung Ulu Sepetang, 34500, Perak
No. Telefon: 016-554 2563
Bagaimana Anda Boleh Memberi Bantuan?
Dalam menjalani kehidupan yang sibuk, kita sering lupa tentang kehidupan anak-anak yatim yang tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Terdapat pelbagai cara seseorang individu dan masyarakat boleh lakukan untuk membantu mengubati rindu tersebut atau dalam apa juga aspek dalam kehidupan mereka seperti beberapa perkara berikut.
1. Berdoa Untuk Anak Yatim
Berdoa untuk anak yatim merupakan perkara yang paling mudah seseorang individu boleh buat untuk membantu anak-anak yatim. Doa-doa tersebut boleh merangkumi pelbagai aspek seperti doa demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak yatim, doa supaya ramai lagi anak yatim akan diangkat oleh ibu bapa angkat yang berkemampuan, dan macam-macam lagi. Kalau anda memang sudah ada rumah anak yatim pilihan yang sering diziarahi, anda juga boleh membuat doa-doa yang lebih khusus berkenaan anak-anak yatim yang dikenali.
2. Memberi Derma Tunai
Rumah anak yatim memang sentiasa memerlukan dana dari orang awam dan organisasi-organisasi kebajikan samaada kerajaan atau bukan kerajaan. Kalau anda ingin membuat sumbangan dari segi wang tunai dan ingin memberi terus kepada rumah anak yatim tanpa melalui apa-apa badan atau organisasi, selalunya anda boleh berhubung dengan kakitangan atau pemilik rumah anak yatim yang dipilih.
3. Derma Baju Atau Peralatan Terpakai
Kalau anda atau anda kenal sesiapa yang ingin menderma banyak pakaian terpakai yang masih elok, anda boleh mengumpulkan sebanyak mungkin dan derma kepada anak-anak yatim yang akan menghargainya. Pakaian yang masih elok juga lebih bagus untuk didermakan daripada dibuang untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Peralatan yang elok juga boleh diderma dengan budi bicara pemilik rumah anak yatim seperti raket badminton, permainan kanak-kanak, dan macam-macam lagi.
4. Didik Dan Sebarkan Tentang Rumah Anak Yatim
Apabila anda sedang bersosial dengan rakan-rakan karib atau rakan-rakan sekerja, ia mungkin agak pahit untuk membuka cerita tentang anak-anak yatim. Walaubagaimanapun, ia adalah sesuatu yang perlu dibawa dalam perbualan supaya lebih ramai orang mengetahui tentang keperluan anak-anak yatim. Lebih elok kalau anda sendiri pernah melawati rumah anak yatim supaya dapat menceritakan keadaan dan keperluan rumah anak-anak yatim kepada rakan dan keluarga.
5. Derma Sempena Hari Jadi Anda
Menjelang hari jadi anda, tentu ramai keluarga dan rakan-rakan yang ingin menyambutnya dengan membawa anda pergi makan ke tempat-tempat mewah dan memberi pelbagai jenis hadiah. Untuk membantu anak yatim dari segi ini, anda boleh memberitahu rakan dan keluarga untuk menggunakan duit mereka tersebut untuk menderma kepada rumah anak yatim pilihan anda sebagai hadiah hari jadi untuk anda.
6. Derma Peralatan Pendidikan
Semua orang tahu pendidikan adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Sesetengah rumah anak yatim tidak mempunyai peralatan pendidikan yang mencukupi dan anak-anak yatim dirumah tersebut sering perlu berkongsi peralatan yang sama. Jadi anda digalakkan untuk menderma peralatan pendidikan seperti alat tulis, buku nota, dan kalkulator, dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh rumah anak yatim tersebut dari segi peralatan pendidikan atau yang berkaitan dengannya.
6. Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Hulurkan Pertolongan Secara Langsung
Anda boleh membuat perancangan bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menziarahi rumah anak yatim dan bantu meringankan beban kakitangannya dengan bermain dengan anak-anak yatim dan membersihkan rumah anak-anak yatim. Jika anda mahir dalam perkara-perkara tertentu, anda juga boleh membantu secara khusus seperti menjahit langsir yang koyak, bertukang untuk membetulkan perabot yang patah atau pecah, mengecat kawasan rumah anak yatim, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat.