Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Sabah

Setiap individu yang berkemampuan digalakkan oleh agama dan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. Jika anda berada di kawasan Sabah, berikut adalah senarai rumah-rumah anak yatim di Sabah yang boleh anda pertimbangkan.

12 Rumah Anak Yatim di Sabah

1. Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah

Highlighted

Sumber: Facebook Rumah Anak Yatim As-Sakinah

Alamat: Lot 503, Jalan Pandan, Taman Pantai Lok Kawi, 89600 Papar, Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 088-750 401

Laman Web: Facebook Rumah Anak Yatim As-Sakinah

2. Home Tuaran Rumah Anak Yatim Dan Miskin

Sumber: Facebook Home Tuaran

Alamat: 89150 Tuaran, Sabah

No. Telefon: 019-869 2004

Laman Web: Facebook Home Tuaran (Rumah Anakyatim)

3. Rumah Anak Yatim Tambunan

Sumber: azu mkyo @ Google

Alamat: 89650 Tambunan, Sabah

No. Telefon: 087-774 120

4. Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim, Rumah Al-Yakin

Sumber: Dave Kuan @ Google

Alamat: Taman Kam Jai Yen, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-201 401

5. Rumah Amal Kasih Kingfisher

Sumber: Facebook Rumah Amal Kasih

Alamat: 23, Lorong Kingfisher 11, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 013-856 5934

Laman Web: Facebook Rumah Amal Kasih

6. Rumah Anak Yatim Al Aman Beaufort

Sumber: MOHD IZWAN BUDIMAN @ Google

Alamat: P/S 707 Rumah Anak Yatim Al-Aman, 89808 Beaufort, Sabah

No. Telefon: 087-224 362

7. Rumah Bakti Hope

Alamat: Jalan Kionsom, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 088-422 374

8. Rumah Amal Soleh Solehah

Sumber: Rumah Amal Soleh Solehah Lahad Datu

Alamat: Lot 10, MDLD 6030, Lorong Perdana 3, Fasa 1, Taman Sri Perdana, 91100 Lahad Datu, Sabah

No. Telefon: 016-586 8075 / 011-3948 9378 (Pn. Maznah) / 011-1054 7313 (Pn. Murni) / 010-946 8374 (Pn. Saadah)

9. Rumah Anak Yatim Ar Rhaudhoh

Sumber: Facebook RUMAH ANAK YATIM AR-RAUDHOH, TWU

Alamat: 91000 Tawau, Sabah

No. Telefon: 014-202 4048

Laman Web: Facebook RUMAH ANAK YATIM AR-RAUDHOH, TWU

10. Rumah Anak Yatim & Asnaf, Kg Silad Ranau

Sumber: HAMADIN BIN BABA @ Google

Alamat: Peti Surat 764, 89308, 89308, Sabah

No. Telefon: 013-876 2382 (Hj. Mohd Hainin)

11. Rumah Amal Cheshire Sabah

Sumber: Acong @ Google

Alamat: KM 5, Jalan Sekolah Vokasional, Sabah, 88100 Kota Kinabalu

No. Telefon: 088-222 202

12. Rumah Anak Yatim & Asnaf Kudat (Baitul Hidayah)

Sumber: Baitul Hidayah @ Google

Alamat: Kudat, 89050, Sabah

No. Telefon: 019-402 4746


Bagaimana Anda Boleh Memberi Bantuan?

Dalam menjalani kehidupan yang sibuk, kita sering lupa tentang kehidupan anak-anak yatim yang tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Terdapat pelbagai cara seseorang individu dan masyarakat boleh lakukan untuk membantu mengubati rindu tersebut atau dalam apa juga aspek dalam kehidupan mereka seperti beberapa perkara berikut.

1. Berdoa Untuk Anak Yatim

Sumber: Getty Images

Berdoa untuk anak yatim merupakan perkara yang paling mudah seseorang individu boleh buat untuk membantu anak-anak yatim. Doa-doa tersebut boleh merangkumi pelbagai aspek seperti doa demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak yatim, doa supaya ramai lagi anak yatim akan diangkat oleh ibu bapa angkat yang berkemampuan, dan macam-macam lagi. Kalau anda memang sudah ada rumah anak yatim pilihan yang sering diziarahi, anda juga boleh membuat doa-doa yang lebih khusus berkenaan anak-anak yatim yang dikenali.

2. Memberi Derma Tunai

Rumah anak yatim memang sentiasa memerlukan dana dari orang awam dan organisasi-organisasi kebajikan samaada kerajaan atau bukan kerajaan. Kalau anda ingin membuat sumbangan dari segi wang tunai dan ingin memberi terus kepada rumah anak yatim tanpa melalui apa-apa badan atau organisasi, selalunya anda boleh berhubung dengan kakitangan atau pemilik rumah anak yatim yang dipilih.

3. Derma Baju Atau Peralatan Terpakai

Sumber: Adobe Stock

Kalau anda atau anda kenal sesiapa yang ingin menderma banyak pakaian terpakai yang masih elok, anda boleh mengumpulkan sebanyak mungkin dan derma kepada anak-anak yatim yang akan menghargainya. Pakaian yang masih elok juga lebih bagus untuk didermakan daripada dibuang untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Peralatan yang elok juga boleh diderma dengan budi bicara pemilik rumah anak yatim seperti raket badminton, permainan kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

4. Didik Dan Sebarkan Tentang Rumah Anak Yatim

Apabila anda sedang bersosial dengan rakan-rakan karib atau rakan-rakan sekerja, ia mungkin agak pahit untuk membuka cerita tentang anak-anak yatim. Walaubagaimanapun, ia adalah sesuatu yang perlu dibawa dalam perbualan supaya lebih ramai orang mengetahui tentang keperluan anak-anak yatim. Lebih elok kalau anda sendiri pernah melawati rumah anak yatim supaya dapat menceritakan keadaan dan keperluan rumah anak-anak yatim kepada rakan dan keluarga.

5. Derma Sempena Hari Jadi Anda

Menjelang hari jadi anda, tentu ramai keluarga dan rakan-rakan yang ingin menyambutnya dengan membawa anda pergi makan ke tempat-tempat mewah dan memberi pelbagai jenis hadiah. Untuk membantu anak yatim dari segi ini, anda boleh memberitahu rakan dan keluarga untuk menggunakan duit mereka tersebut untuk menderma kepada rumah anak yatim pilihan anda sebagai hadiah hari jadi untuk anda.

6. Derma Peralatan Pendidikan

Sumber: Getty Images

Semua orang tahu pendidikan adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Sesetengah rumah anak yatim tidak mempunyai peralatan pendidikan yang mencukupi dan anak-anak yatim dirumah tersebut sering perlu berkongsi peralatan yang sama. Jadi anda digalakkan untuk menderma peralatan pendidikan seperti alat tulis, buku nota, dan kalkulator, dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh rumah anak yatim tersebut dari segi peralatan pendidikan atau yang berkaitan dengannya.

6. Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Hulurkan Pertolongan Secara Langsung

Anda boleh membuat perancangan bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menziarahi rumah anak yatim dan bantu meringankan beban kakitangannya dengan bermain dengan anak-anak yatim dan membersihkan rumah anak-anak yatim. Jika anda mahir dalam perkara-perkara tertentu, anda juga boleh membantu secara khusus seperti menjahit langsir yang koyak, bertukang untuk membetulkan perabot yang patah atau pecah, mengecat kawasan rumah anak yatim, dan sebagainya.

Sumber: Getty Images

Semoga bermanfaat.