Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Selangor

rumah anak yatim Selangor

Sumber: Adobe Stock

Setiap individu yang berkemampuan digalakkan oleh agama dan masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim. Jika anda berada di kawasan Selangor, berikut adalah senarai rumah-rumah anak yatim di Selangor yang boleh anda pertimbangkan.

12 Rumah Anak Yatim di Selangor

1. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Haron)

Highlighted

Sumber: Pendeta Kecik @ Google

Alamat: KM 11, Jln, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-4256 8880

Laman Web: rumahbakti.com.my

2. Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang

Sumber: MS Ahad @ Google

Alamat: Asrama Damai Kuang, Lorong Teratai, Kampung Damai, Kuang, 48050 Rawang, Selangor

No. Telefon: 03-6038 2823

3. Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad

Sumber: Hesh Ashraf @ Google

Alamat: 13, Jalan Nuri 7/18, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 011-1009 8352 / 018-320 6932 (Ustaz Husin)

4. Pusat Jagaan Nurul Hasanah

Sumber: Zai Zaid7007 @ Google

Alamat: 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

No. Telefon: 03-4266 5200

Laman Web: pusatjagaan.nurulhasanah.org

5. Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia (Rumah Anak Yatim Sg Kantan)

Sumber: John Lu @ Google

Alamat: 7369, Jalan Tan Sri Abdul Aziz, Kampung Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor

No. Telefon: 017-213 7313

6. Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah

Sumber: Google

Alamat: No 1, Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-6150 2421

7. Rumah Amal Limpahan Kasih

Sumber: Google

Alamat: 13, Lot 115a, Lorong Bistari 3, Kampung Seri Aman, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 03-8052 3814

Laman Web: rumahamallimpahankasih.org

8. Rumah Nur Sakinah

Sumber: Mohd Ariff Hassan @ Google

Alamat: 1, Jalan Zuhrah U5/154, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 011-5403 0103

9. Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari

Sumber: Facebook Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Kasih Bestari

Alamat: Lot 40150, 5930, Jln Jati, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 016-251 6515

Laman Web: Facebook Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Kasih Bestari

10. Rumah Bakti Al-Kausar

Sumber: Google

Alamat: 17, Jalan 4/12c, Fasa 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

No. Telefon: 03-8922 2061

Laman Web: alkausar-bangi.comFacebook Rumah Bakti Al Kausar Bangi

11. Rumah Bakti Nur Ain Bangi

Sumber: Google

Alamat: 10, Jalan 2/4h, Seksyen 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

No. Telefon: 03-8920 0532

Laman Web: rumahbaktinurain.business.site

12. Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Asnaf An-Naafi

Sumber: Facebook Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi

Alamat: No.52, Jalan Mulia 1/3, Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor

No. Telefon: 016-359 0869

Laman Web: Facebook Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi


Bagaimana Anda Boleh Memberi Bantuan?

Dalam menjalani kehidupan yang sibuk, kita sering lupa tentang kehidupan anak-anak yatim yang tidak dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Terdapat pelbagai cara seseorang individu dan masyarakat boleh lakukan untuk membantu mengubati rindu tersebut atau dalam apa juga aspek dalam kehidupan mereka seperti beberapa perkara berikut.

1. Berdoa Untuk Anak Yatim

Sumber: Getty Images

Berdoa untuk anak yatim merupakan perkara yang paling mudah seseorang individu boleh buat untuk membantu anak-anak yatim.

Doa-doa tersebut boleh merangkumi pelbagai aspek seperti doa demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak yatim, doa supaya ramai lagi anak yatim akan diangkat oleh ibu bapa angkat yang berkemampuan, dan macam-macam lagi.

Kalau anda memang sudah ada rumah anak yatim pilihan yang sering diziarahi, anda juga boleh membuat doa-doa yang lebih khusus berkenaan anak-anak yatim yang dikenali.

2. Memberi Derma Tunai

Rumah anak yatim memang sentiasa memerlukan dana dari orang awam dan organisasi-organisasi kebajikan samaada kerajaan atau bukan kerajaan.

Kalau anda ingin membuat sumbangan dari segi wang tunai dan ingin memberi terus kepada rumah anak yatim tanpa melalui apa-apa badan atau organisasi, selalunya anda boleh berhubung dengan kakitangan atau pemilik rumah anak yatim yang dipilih.

3. Derma Baju Atau Peralatan Terpakai

Sumber: Adobe Stock

Kalau anda atau anda kenal sesiapa yang ingin menderma banyak pakaian terpakai yang masih elok, anda boleh mengumpulkan sebanyak mungkin dan derma kepada anak-anak yatim yang akan menghargainya.

Pakaian yang masih elok juga lebih bagus untuk didermakan daripada dibuang untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Alat permainan seperti raket badminton dan bola juga boleh didermakan sekiranya dipersetujui oleh pemilik rumah anak yatim tersebut.

4. Didik Dan Sebarkan Tentang Rumah Anak Yatim

Apabila anda sedang bersosial dengan rakan-rakan karib atau rakan-rakan sekerja, ia mungkin agak pahit untuk membuka cerita tentang anak-anak yatim.

Walau bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang perlu dibawa dalam perbualan supaya lebih ramai orang mengetahui tentang keperluan anak-anak yatim.

Lebih elok kalau anda sendiri pernah melawati rumah anak yatim supaya dapat menceritakan keadaan dan keperluan rumah anak-anak yatim kepada rakan dan keluarga.

5. Derma Sempena Hari Jadi Anda

Menjelang hari jadi anda, tentu ramai keluarga dan rakan-rakan yang ingin menyambutnya dengan membawa anda pergi makan ke tempat-tempat mewah dan memberi pelbagai jenis hadiah.

Untuk membantu anak yatim dari segi ini, anda boleh memberitahu rakan dan keluarga untuk menggunakan duit mereka tersebut untuk menderma kepada rumah anak yatim pilihan anda sebagai hadiah hari jadi untuk anda.

6. Derma Peralatan Pendidikan

Sumber: Getty Images

Semua orang tahu pendidikan adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara. Sesetengah rumah anak yatim tidak mempunyai peralatan pendidikan yang mencukupi dan anak-anak yatim dirumah tersebut sering perlu berkongsi peralatan yang sama.

Jadi anda digalakkan untuk menderma peralatan pendidikan seperti alat tulis, buku nota, dan kalkulator, dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh rumah anak yatim tersebut dari segi peralatan pendidikan atau yang berkaitan dengannya.

6. Ziarah Rumah Anak Yatim Dan Hulurkan Pertolongan Secara Langsung

Anda boleh membuat perancangan bersama beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menziarahi rumah anak yatim berdekatan dan bantu meringankan beban kakitangannya dengan bermain dengan anak-anak yatim dan membersihkan rumah anak-anak yatim.

Jika anda mahir dalam perkara-perkara tertentu, anda juga boleh membantu secara khusus seperti menjahit langsir yang koyak, bertukang untuk membetulkan perabot yang patah atau pecah, mengecat kawasan rumah anak yatim, dan sebagainya.

Sumber: Getty Images

Semoga bermanfaat.