Kehidupan anak-anak yatim amat berbeza dengan kehidupan kanak-kanak biasa. Mereka tidak mempunyai ibu bapa untuk menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk mereka. Di rumah anak yatim atau rumah kebajikan lah tempat mereka tumpang berteduh sebelum mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Tiadalah kemewahan harta atau wang ringgit seperti sesetengah kanak-kanak yang lain dapat. Apa yang diberi, makanan apa yang dihidangkan, itulah rezeki mereka buat hari itu. Sejak kecil lagi mereka diajar erti tawakal dan redha, serta merasa cukup dengan apa yang ada.
Mungkin disebabkan itulah, Rasulullah S.A.W. telah menyuruh kita untuk berbuat baik terhadap anak-anak yatim. Seperti hadis baginda daripada Abu Hurairah R.A. ini:
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi S.A.W. mengisyaratkan dengan dua jari baginda S.A.W.) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]
Jika tidak dengan wang ringgit, jasa dan budi pun boleh ditumpahkan untuk anak-anak yatim ini sebagai amal jariah dan sedekah anda untuk akhirat.
Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Serata Malaysia
Jom, kita tengok senarai rumah-rumah anak yatim di negeri-negeri serata Malaysia:
Rumah Anak Yatim Di Johor
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Johor
Rumah Anak Yatim Di Kedah
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Kedah
Rumah Anak Yatim Di Kelantan
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Kelantan
Rumah Anak Yatim Di Melaka
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Melaka
Rumah Anak Yatim Di Negeri Sembilan
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Negeri Sembilan
Rumah Anak Yatim Di Pulau Pinang
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Pulau Pinang
Rumah Anak Yatim Di Perak
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Perak
Rumah Anak Yatim Di Perlis
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Perlis
Rumah Anak Yatim Di Sabah
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Sabah
Rumah Anak Yatim Di Selangor
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Selangor
Rumah Anak Yatim Di Terengganu
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Terengganu
Rumah Anak Yatim Di Kuala Lumpur
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Kuala Lumpur
Rumah Anak Yatim Di Putrajaya
Senarai Rumah Anak Yatim Dan Rumah Kebajikan Di Putrajaya
Berbuat Baiklah Kepada Anak-Anak Yatim
Anak-anak yang tinggal di rumah anak yatim dan rumah kebajikan ini adalah mereka yang memerlukan bantuan daripada kita untuk memperelokkan kualiti hidup mereka.
Dalam mencorak hidup sendiri di dunia ini, bantuan daripada anda sama ada melalui wang ringgit, harta benda ataupun sokongan moral dan kasih sayang boleh membantu mereka untuk mencorak langkah dengan lebih jauh dan lebih optimis.
Dalam setiap senarai anak yatim dan rumah kebajikan di negeri-negeri yang dinyatakan di atas, telah disertakan sekali alamat dan nombor telefonnya. Untuk lebih mudah, hubungilah pihak rumah anak yatim atau rumah kebajikan terlebih dahulu dan berbincanglah tentang hajat anda ingin membantu mereka.
Dalam kesibukan menjaga keluarga sendiri, carilah kesempatan untuk menyantuni dan berbakti kepada anak-anak yatim. Sesungguhnya mereka adalah golongan yang dikasihi Allah dan Rasulullah. Daripada Sahl bin Sa’ad, Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
أَنَا وَكَافِلُ اليَتِيمِ فِي الجَنَّةِ كَهَاتَيْنِ، وَأَشَارَ بِأُصْبُعَيْهِ يَعْنِي السَّبَّابَةَ وَالوُسْطَى
Maksudnya: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda S.A.W. mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda S.A.W. iaitu jari telunjuk dan jari tengah”. [Riwayat al-Tirmizi, (1918)][Hadith ini dinilai hasan sahih oleh imam al-Tirmizi]
Bukanlah satu tetapi banyak hadis baginda yang telah membicarakan tentang keutamaan menyantuni anak-anak yatim. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang saling bantu-membantu dan mengharapkan kebaikan antara satu sama lain.