Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Idea Rumah Kampung Moden Yang Boleh Dijadikan Inspirasi

Kredit gambar: Design Rumah

Kampung halaman sering memberikan memori yang manis bagi kebanyakan orang. Jadi tidak hairanlah jika ada yang mencari inspirasi dari rumah kampung moden untuk membina rumah mereka di bandar.

Sama ada anda tinggal di bandar atau di kampung, pelbagai reka bentuk rumah kampung moden yang boleh dijadikan inspirasi. Apa yang pasti, anda tentulah memerlukan sebidang tanah!

Dari kos yang rendah hingga design yang mewah, terdapat beberapa idea bagi yang mencarinya.

10 Reka Bentuk Rumah Kampung Moden Untuk Dijadikan Inspirasi

1. Rumah Panggung Moden

Highlighted

Kredit gambar: Rumah123.com

Rumah panggung adalah jenis rumah kampung Melayu yang sering dijumpai di pedalaman kampung.

Rumah jenis ini didirikan di atas tiang-tiang dengan tujuan untuk mengelakkan rumah daripada dibanjiri dan juga diserang haiwan liar.

Kebiasaannya rumah ini mempunyai tangga di pintu masuk dan pengudaraan melalui reka bentuk tingkapnya.

Untuk memodenkannya, anda boleh menggunakan tiang konkrit di mana kebiasaannya tiang kayu digunakan.

Pengudaraan dari tingkap juga tidak diperlukan jika rumah diperbuat dengan batu-bata dan seni bina moden yang membolehkan pengudaraan yang lebih efektif.

2. Rumah Kampung Kontemporari

Kredit gambar: Raziq Enterprise

Rumah kampung jenis kontemporari selalunya mengaplikasikan reka bentuk moden sambil mengekalkan saiz yang kecil.

Sesuai untuk tanah yang tidak luas, rumah ini memanfaatkan setiap inci ruang yang ada dengan bentuk yang kemas dan menarik.

Konsep kontemporari ini sesuai untuk mereka yang mementingkan kepraktisan daripada kemewahan.

3. Rumah Kampung Moden Minimalis

Kredit gambar: Desain Rumah Populer

Konsep minimalis memang popular dalam dunia reka bentuk terkini. Design minimalis selalunya ringkas, tersusun, dan tidak ‘bising’ secara visual.

Perabot yang digunakan juga tak perlu berlebihan dan simple sahaja. Selain itu, warna cat rumah yang menjadi pilihan selalunya warna neutral.

4. Rumah Kampung Moden Style ‘Country

Kredit gambar: Design Rumah

Rumah dengan reka bentuk ‘country‘ selalunya menggabungkan elemen minimalis dan juga ‘rustic’, iaitu mengekalkan rupa rumah kampung.

Sambil itu anda boleh juga terapkan elemen moden dalam reka bentuk rumah jenis ini.

Reka bentuk ini selalunya kemas dengan warna yang neutral. Hiasannya pula anda boleh manfaatkan penggunaan perabot antik dan juga hiasan barangan lama lain.

5. Rumah Kampung Style Kontena

Kredit gambar: YouTube Kabinku Cabin & Container

Dengan menggunakan kontena kapal, anda boleh membina sebuah rumah kampung moden yang unik sekali!

Reka bentuk ini makin popular dikalangan orang muda sebagai kediaman alternatif untuk menjimat kos.

Saiznya tidak perlu begitu besar dan anda tentu sekali boleh menggabungkannya dengan penggunaan bahan-bahan seperti simen dan kayu.

6. Design English Cottage

Kredit gambar: ZaraMiqael Perunding Bina Rumah

Siapa yang tak suka reka bentuk rumah English Cottage seperti di Eropah, betul tak? Design yang menawan dan ‘charming‘ ini memang sesuai dijadikan design rumah kampung moden.

Reka bentuk rumah jenis ini boleh dijumpai di kawasan tempatan seperti Cameron Highlands, jadi anda bolehlah ke sana sebagai sumer inspirasi!

7. Rumah Tradisional Jepun / ‘Minka

Kredit gambar: A Spicy Boy

Kalau anda minat dengan budaya Jepun, apa salahnya mendapatkan inspirasi dari negara Matahari terbit ini?

Jepun terkenal dengan gaya hidup yang tertib dan harmoni, jadi seni rekanya juga memberi keutamaan kepada keharmonian dan kepraktisan.

Seni bina rumah yang dipanggil ‘Minka‘ ini mempunyai ciri-ciri seperti lantai tikar tatami, pintu ‘sliding’ dan veranda kayu. Sesuai sangat dengan suasana nyaman kampung!

8. Style Kabin Kayu (Log Cabin)

Kredit gambar: Pinnacle Lodging

Reka bentuk kabin kayu amat popular di negara Barat seperti Amerika Syarikat, terutamanya di kawasan bukit dan gunung.

Ia berasal dari reka bentuk yang diperbuat daripada kayu-kayu balak sahaja yang dibiarkan dalam keadaan asal.

Reka bentuk ini boleh dimodenkan dengan simen, batu-bata, cermin kaca, dan bahan-bahan moden lain.

9. Rumah Kampung Style Moden

Kredit gambar: KKR101 Knockdown & Home Design

Untuk design rumah kampung yang betul-betul moden, anda boleh kekalkan reka bentuk rumah kampung anda dan gantikan dengan bahan-bahan yang lebih kepada besi dan kaca.

Anda boleh terapkan elemen gelas kaca sebagai dinding dan gunakan bingkai besi untuk nampak lebih futuristik. Namun design rumah itu masih tetap mempunyai rupa ‘rumah kampung’.

Menarik kan design sebegini?

10. Rumah Kampung Mewah

Kredit gambar: Berita Harian Online

Kalau anda sukakan reka bentuk asli rumah kampung dan mahu kekalkan kebanyakan elemen tradisional, apa kata anda bina rumah kampung tradisional yang nampak mewah?

Dengan design yang berlebihan, rumah kampung anda boleh nampak seperti istana kerajaan Melayu dahulu tak kira di kampung atau di bandar. Memang mewah!

Pastikan ia tidak mempunyai terlalu banyak corak rumit seperti di bahagian berkayu untuk nampak lebih moden.

Ciri-ciri Rumah Kampung

Malaysia kaya dengan rumah tradisional, dan bukan rumah kampung Melayu sahaja! Antaranya termasuklah rumah tradisional Melaka, rumah panjang Dayak, rumah tradisional Melanau, dan banyak lagi.

Setiap rumah tradisional mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Selalunya ia akan mengambil faktor budaya, iklim tempatan, pengudaraan, pencahayaan, dan faktor-faktor asas lain.

Ciri-ciri rumah kampung tradisional boleh dikenalpasti dalam beberapa aspek seperti berikut.

1. Rumah kampung mempunyai bumbung yang tetap dan condong untuk menampung cuaca panas. Selepas kedatangan penjajah Belanda, kebanyakan bumbung ditukar kepada bumbung Belanda yang berbentuk limas.

Selain itu, tak macam rumah bandar moden yang mempuyai atap dan dinding yang serupa, rumah tradisional mempunyai ukiran unik pada kayunya yang mencerminkan seni zaman dahulu.

2. Anjung rumah atau beranda memang senang untuk dijumpai di kebanyakan rumah kampung. Di sinilah kaum lelaki boleh beristirehat, berbincang, dan berbual.

Kenapa lelaki sahaja? Sebab selalunya kaum wanita akan buat perkara yang sama di dalam rumah, jauh dari pandangan orang luar! Masyarakat di kampung amat mementingkan tatatertib dan juga adab.

Kredit gambar: iProperty

3. Rumah di kampung tak seperti rumah di bandar di mana penghawa dingin tentu dipasang sepanjang masa! Sebab itu tingkap di rumah-rumah kampung selalunya besar untuk pengudaraan yang lancar dan pencahayaan yang baik.

Jenis tingkap yang boleh dijumpai selalunya rendah hingga ke lantai atau separas dengan pinggang. Sekarang ia sering menjadi tempat yang popular untuk mengambil gambar!

4. Kebanyakan permukaan pada rumah kampung, terutamanya yang diperbuat daripada kayu, tentu mempunyai ukiran kayu yang rumit.

Selalunya boleh dijumpai di pintu dan juga atap sesebuah rumah kampung. Ia sering diukir dengan motif flora dan alam semula jadi.


Rumah kampung memang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Tidak hairanlah jika ramai orang yang menetap di bandar masih mencari sumber inspirasi dari seni bina tradisional.

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya dalam membina rumah kampung moden idaman anda!