Sebagai pencinta kucing, sudah pasti inginkan yang terbaik buat si bulus termasuklah segala kelengkapan mereka terutama rumah kucing. Membiarkan kucing tidur di merata tempat dalam keadaan yang tidak selesa dan bersih mampu mendedahkan mereka kepada keadaan kesihatan yang kurang baik.
Bukan itu sahaja, anda juga akan merisikokan si bulus kepada ancaman bahaya terutama jika membiarkan mereka tidur bersendirian di luar rumah tanpa apa-apa perlindungan. Sebagai pencinta kucing juga, Mommy mesti tahu kan si bulus gemar menghabiskan masa di ruang sempit dan sedikit gelap untuk beristirehat?
Jadi, melalui perkongsian ini, kami senaraikan beberapa jenis rumah atau sangkar kucing untuk memberi lebih perlindungan kepada si bulus anda. Mommy bolehlah pilih yang mana satu menjadi kegemaran, pasti si comel akan tidur dengan lebih selesa, lebih tenteram dan lebih nyenyak lepas ini!
Jom pilih untuk si bulus tersayang!
Rumah Kucing Dengan Rekaan Menarik
#1. Rumah Kucing 2 in 1
Rumah kucing 2 dalam 1 atau dwinfungsi! Mesti Mommy suka kan dengan idea ni? Selain dijadikan tempat untuk meletakkan barang, kabinet ini juga boleh dijadikan sebagai tempat tidur atau ruang beristirehat bagi si bulus tersayang.
Caranya adalah dengan membuat lubang di kabinet tersebut untuk memudahkan kucing untuk keluar dan masuk. Mommy boleh DIY sendiri atau lebih mudah lagi boleh membelinya di pasaran.
#2. Rumah Kucing Jenis Besi
Kalau Mommy ada ruang tambahan di belakang rumah, bolehlah sediakan satu tempat untuk dijadikan rumah si bulus. Bolehlah si bulus rehat di luar sambil menikmati udara yang segar.
Pembinaan rumah si bulus di luar juga boleh memberi pengudaraan yang lebih baik buat Mommy sekeluarga di dalam rumah. Malah, jika ada ahli keluarga yang mempunyai alahan, idea ini sangat membantu!
#3. Rumah Kucing Jenis Papan
Selain membina rumah si comel menggunakan dawai dan besi, Mommy juga boleh cuba membuatnya menggunakan papan lapis. Ia adalah lebih kukuh, mesra alam dan lebih selesa untuk didiami si comel anda. Kalau Mommy tak arif dalam seni bina, boleh je beli secara online!
#4. Rumah Kucing Jenis Rotan
Sebut pasal rotan automatik fikiran mesti membayangkan kraftangan seperti beg, bakul dan sebagainya kan? Sekarang ni Mommy, rotan ini telah pun diinovasikan dalam pelbagai kegunaan antaranya adalah tempat tidur kucing seperti yang kami tunjukkan di atas!
Selain memberi keselesaan kepada si comel, rotan yang bersifat mesra alam ini juga akan mencantikkan lagi ruang kediaman Mommy. Bolehlah Mommy seimbangkan warna dan reka bentuknya dengan dekorasi pilihan Mommy!
#5. Rumah Kucing Pelbagai Fungsi
Rekaan rumah ini juga sangat popular di pasaran. Mommy boleh pilih mana-mana reka bentuk yang menjadi idaman hati. Harganya pula adalah sangat berbaloi dengan fungsi yang disediakan.
#6. Rumah Kucing Dengan Tilam Empuk
Dekat pasaran, memang terdapat pelbagai jenis rekaan tempat kucing tidur yang Mommy boleh pilih contohnya seperti gambar di atas. Ia disertakan dengan tilam yang empuk serta bumbung untuk memberi ruang yang lebih gelap bagi membuatkan si bulus tidur dengan lebih nyenyak.
#7. Rumah Kucing Jenis Tingkap
Pilihan rumah jenis ini pula membuatkan ia kelihatan mewah dan kemas. Ia turut disertakan dengan lilitan tali yang dililit kemas untuk si bulus mengasah kukunya. Mommy juga boleh letakkan bekas untuk membuang najis di bahagian bawah manakala si bulus boleh tidur dengan lena di bahagian atas.
#8. Rumah Kucing Ala Istana
Siapa cakap manusia je perlu hidup di rumah agam, kucing pun boleh tau! Kalau dekat rumah ada bilik yang Mommy tak gunakan, apa kata kalau Mommy jadikan bilik tersebut sebagai ruang kediaman yang sangat selesa buat si comel tersayang?
Daripada dibiarkan kosong, bolehlah semua kucing-kucing Mommy melepak dengan tenangnya di dalam rumah yang dihias khas untuk mereka!
#9. Jenis Dawai Besi
Kalau nak lagi mudah dan jimat masa, Mommy beli je dekat pasaran online. Kalau pilihan Mommy adalah seperti gambar di atas, sangkar jenis ini boleh diselaras mengikut saiz yang diinginkan.
#10. Jenis Pallet
Sangkar jenis ini mengambil masa yang agak lama jika DIY sendiri. Kalau Mommy nak cepat dan tak ada waktu terluang untuk membinanya, Mommy bolehlah membuat tempahan dengan memberikan reka bentuk dan saiz yang dimahukan.
#11. Jenis Paip PVC
Lebih sukakan hasil tangan sendiri? Boleh cuba DIY sangkar kucing menggunakan paip pvc. Ia mudah, cepat, ringan dan sangat menjimatkan. Malah, paip ini juga mampu tahan untuk tempoh yang lama.
Nak lagi senang, Mommy boleh pasangkan roda untuk alihkannya dengan lebih mudah.
#12. Rumah Kucing Guna Raga Serbaguna
Kalau Mommy lebih gemar tempatkan kucing di dalam rumah dan inginkan sangkar yang bajetnya adalah rendah, boleh cuba DIY sangkar kucing menggunakan raga kain dan dawai. Ia lebih kemas dan mudah serta menjimatkan kos perbelanjaan Mommy.
#13. Jenis Kotak Dengan Corak Yang Menarik
Kalau dekat rumah banyak kotak terbuang, Mommy boleh ambil dan gunakannya untuk membuat sangkar kucing. Boleh ikut contoh yang kami paparkan di atas dan lukis corak yang dimahukan di atasnya dan cat.
Ia akan kelihatan lebih cantik, comel dan menarik untuk didiami si bulus tersayang.
#14. Jenis Kotak Dengan Baju
Dalam banyak-banyak idea dan reka bentuk, yang terakhir inilah paling menjimatkan masa dan juga kos pembuatannya. Hanya menggunakan kotak dan sehelai baju, Mommy dah boleh siapkan rumah untuk si bulus!
Diharapkan dengan segala idea yang kami jelaskan ini, mampu memberi inspirasi untuk Mommy semua! Semoga membantu!
Jom lihat pelbagai tips dan idea menarik yang lain di SINI!