Untuk melindungi kulit bayi daripada mengalami kerengsaan, Mommy perlu menggunakan sabun basuh baju baby yang diformulasi khas untuk kegunaan mereka. Mommy perlu pastikan sabun yang digunakan itu tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya, pewangi dan sebagainya yang mampu mendatangkan kesan yang tidak baik ke atas kulit si manja Mommy.
Oleh itu, bagi memudahkan urusan Mommy membuat keputusan dan pemilihan produk sabun basuh baju baby yang terbaik untuk si manja Mommy, jom lihat beberapa produk yang Mommy boleh consider.
Senarai Sabun Basuh Baju Baby Yang Disyorkan Untuk Si Manja
Di bawah ini, terdapat beberapa pilihan sabun cuci pakaian yang sesuai digunakan oleh Mommy untuk bayi iaitu:
#1. Ecominim Eco Friendly Liquid Detergent
Sabun ini diperbuat 100% daripada tumbuhan, sangat sesuai untuk kulit sensitif dan juga selamat untuk bayi. Produk ini juga boleh digunakan untuk cucian tangan atau pun menggunakan mesin basuh.
Selain menghilangkan kotoron ringan seperti tumpahan air kopi, sabun ini juga menghalang warna daripada luntur, menjadikan pakaian menjadi lembut dan gebu.
Produk ini juga tidak mengandungi paraben dan juga logam berat dan pewarna.
#2. Chomel Baby Laundry Detergent 1 Liter
Sabun baju ini sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Chomel Baby Laundry Detergent yang diperbuat tanpa sebarang bahan kimia, mampu membersihkan kotoran degil, segala jenis kotoran, makanan yang tertumpah, dan sebagainya.
Sabun ini juga tidak merengsakan kulit dan melunturkan warna pakaian. Pakaian juga akan mudah dibilas bersih, menjadi lebih lembut, dan bebas bau hapak.
Selain itu, ianya juga sesuai untuk kegunaan seluruh ahli keluarga kerana ia tidak mendatangkan toksik untuk keluarga anda.
#3. Shabondama Snowl Baby Laundy Detergent 800ml
Sabun basuh baju baby jenama Shabondama Snowl Baby Laundy Detergent 800ml diperbuat daripada minyak asli dan mesra alam ini juga sangat sesuai untuk digunakan bagi mencuci pakaian bayi Mommy.
Selamat untuk bayi yang baharu lahir, bayi yang mempunyai kulit yang sensitif dan juga mengalami alahan kepada pewangi. Bebas bahan tambahan seperti agen pendafluor, LAS, SLS dan lain-lain lagi. Ianya juga sesuai digunakan untuk cucian tangan dan cucian mesin.
#4. Ecos3 Organic Baby Laundry Detergent 1050ml
Pilihan sabun baju bayi yang seterusnya adalah Ecos3 Organic Baby Laundry Detergent. Sabun ini mampu menanggalkan kotoran dengan sangat mudah contohnya seperti darah dan tumpahan cecair di atas baju dan sebagainya kerana sabun ini mampu meresap ke dalam gentian baju dengan formula pekat dan teknologi enzim yang kuat.
Tetapi yang menariknya, sabun basuh baju baby jenama ini tidak akan merosakkan pakaian, menjadikannya haus atau mengeraskan fabrik.
Malah ianya juga mampu mengekalkan warna asal dan kelihatan seperti pakaian yang baharu. Selain itu, sabun ini juga sangat mudah larut di dalam air dan pakaian juga lebih mudah untuk dibilas.
#5. Babyorganix O’ Clean Liquid Laundry Detergent (1L)
Babyorganix O’ Clean Liquid Laundry Detergent (1L) ini juga merupakan sabun pakaian yang terbaik untuk bayi. Babyorganix O’ Clean Liquid Laundry Detergent dirumus khas tanpa menggunakan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Dengan baunya yang semula jadi, sabun ini juga adalah anti-bakteria, menjadikannya sangat sesuai untuk kulit sensitif si manja.
#6. K-Mom Natural Sensible Baby Laundry Detergent (1700ml)
K-Mom Natural Sensible Baby Laundry Detergent ini dirumus khas dengan bahan berasaskan tumbuhan semulajadi, ianya juga mempunyai kerengsaan yang rendah kepada kuilt, anti-bakteria dan mempunyai pengesahan organik oleh USDA.
K-Mom Natural Sensible Baby Laundry Detergent ini juga bebas daripada 10 bahan kimia yang berbahaya seperti Paraben, Phenoxyethanol atau bahan pengawet, pewarna, Triethanolamine, Ethanol, Benzyl Alcohol, Sulfate Surfactants, Talc dan Propylene Glycol.
#7. Ecover Zero Sensitive Non-Bio Laundry Detergent 1.5L
Pilihan sabun bayi yang seterusnya adalah Ecover Zero Sensitive Non-Bio Laundry Detergent. Mempunyai kuasa cucian sehingga 42 kali cucian, sabun ini juga sesuai untuk kulit bayi yang sensitif, tidak mempunyai pewarna, tiada wangian dan lulus ujian Dermatologi.
Selain itu, sabun ini juga sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah ekzema.
#8. Hoppi 100% Organic Baby Laundry Detergent 2-in-1 Mixed Bundle Pack
Hoppi 100% Organic Baby Laundry Detergent ini diperbuat daripada Minyak Biji Camelia dan Jus Daun Aloe Barbadense. Diformulasi dengan 100% bahan organik dan bebas dari bahan kimia, sabun ini selamat untuk kegunaan bayi Mommy.
Ianya sangat lembut untuk kulit bayi yang sensitif dan merupakan kombinasi sempurna pati kayu dan aroma yang elegan. Pakaian bayi pastinya lebih bersih dan lembut setiap kali Mommy mencucinya.
Tips Mencuci Pakaian Dengan Berkesan
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh Mommy amalkan iaitu:
- Elakkan penggunaan sabun yang mempunyai bau yang kuat. Kalau boleh, gunakan produk yang langsung tidak mempunyai bau seperti yang disenaraikan dalam artikel ini. Sabun yang mempunyai bau ini biasanya mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit sensitif.
- Asingkan pakaian bayi dengan orang dewasa untuk elakkan ruam atau alergik dan penyakit kulit yang lain pada si manja Mommy.
- Pakaian yang baharu sahaja dibeli perlu dicuci terlebih dahulu. Walaupun tampak bersih dan berbau harum, ianya tetap perlu dicuci.
- Sebaiknya, pakaian yang telah dicuci perlu dijemur di bawah sinaran cahaya matahari yang terik untuk mengeringkannya dan meminimakan bakteria pada pakaian.
- Simpan baju yang telah kering di tempat tertutup seperti di dalam almari atau drawers.
Untuk senarai produk bayi yang lain seperti susu untuk si manja, breast pump untuk ibu menyusu, dan sebagainya, Mommy boleh dapatkan di Motherhood.com.my.