Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Saiz Bahagian Makanan untuk Bayi Berusia 7 Bulan

mother feeding her baby

Dengan anak yang masih tidak boleh bercakap boleh menjadi sukar untuk mengetahui berapa banyak patut mereka makan. Mereka tidak dapat memberi tahu bila mereka kenyang, walaupun anda boleh faham jika mereka enggan makan lagi satu suapan. Mengetahui saiz hidangan yang biasa untuk anak yang berusia 7 bulan boleh membantu anda untuk mengetahui jika anda memberi mereka jumlah yang betul, walaupun ini berbeza mengikut saiz anak itu.

Susu Formula atau Susu Ibu

Sehingga bayi berusia 1 tahun, banyak kalori masih boleh difapati daripada susu formula atau susu ibu. Bayi kecil ini belum patut minum susu lembu. Bayi berumur 7 tahun patut diberi susu ibu atau susu formula tiga ke lima kali sehari, dengan jumlah semua sekali antara 24 ke 36 auns, dengan jumlah air yang mereka minum berkurang jika mereka makan lebih makanan pejal.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Buah dan Sayuran

Pelawa bayi berusia 7 bulan sekurang-kurangkan 2 ke 3 sudu buah dan sayuran yang di puree, setiap hari. Bergantung kepada kesukaan mereka, mereka mungkin akan makan ½ cawan ke 2 cawan makanan nutrisi ini, yang mana 7 ke 12 auns mengandungi buah lembut atau puree, seperti pisang, applesauce, atau buah yang di tin kan bersama jus. Mereka tidak patut makan lebih daripada ¼ ke ½ cawan jus buah 100%. Pilihan sayuran yang baik adalah avocado, labu, ubi keledek, carrot, kacang pis, ubi kentang, ubi bit, dan kacang.

Makanan Protein

Bayi berusia lebih 6 bulan boleh makan 1 ke 2 sudu yigurt kosong, serta 1 ke 2 sudu kacang kering yang di puree, ayam, daging, atau tauhu. Jauhi hot dogs, sosej, kacang dan mentega kacang, kerana anak kecil senang tercekik dengan makanan ini.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Makanan Berkanji

Bila anak anda berusia 7 bulan, anda boleh menyuap mereka lebih daripada bijirin bayi, walaupun mereka mungkin masih makan 3 ke 9 sudu bijirin ini, 2 ke 3 kali sehari. Cuba ubi kentang lenyek, roti, biskut, muffin lembut, nasi, dan pasta. Kebanyakan kanak-kanak memerlukan ½ ke 1 cawan makanan ini setiap hari. Elakkan makanan yang sangat masin dan manis, dan jangan berikan anak anda popcorn kerana makanan ini bahan mudah tercekik.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Gambar diambil daripada Short Gut Support.

Artikel ini dipetik daripada Healthy Eating.