Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Elakkan Makan Pedas! Apendiks Pecah Boleh Membawa Maut

Rasa sakit apendiks lain dari biasa !

Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari usus besar di bahagian bawah dan kanan abdomen anda.

Menurut perkongsian seorang doktor di akaun TikTok miliknya, beliau memberitahu bahawa pemakanan juga menjadi punca kepada apendiks berlaku. Kebanyakkan pesakit beliau mengalami sakit apendiks kerana sering makan makanan yang pedas (biji cili api) dan buah jambu juga yang dimakan sekali dengan biji tersebut.

Selain pemakanan, apendiks juga terjadi disebabkan pelbagai punca yang lain.

Apa Itu Sakit Apendiks?

Highlighted


Dalam istilah perubatan, kesakitan ini dikenali sebagai radang apendiks (appendicitis).

Ia bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks (vermiform appendix) tersumbat dan bengkak.

Apendiks adalah kantung kecil dan nipis yang mempunyai kepanjangan sekitar 5 hingga 10 cm. Ia dihubungkan dengan usus besar, di mana najis terbentuk.

Radang apendiks berlaku disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan itu mungkin terjadi berpunca daripada lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke apendiks.

Gejala Sakit Apendiks 

  • Bermula di sekitar perut sebelum merebak ke bahagian bawah abdomen kanan
  • Bertambah teruks semasa bergerak, menarik nafas mendalam, bersin atau batuk
  • Kesakitan terjadi tiba-tiba
  • Bertambah teruk dalam beberapa jam
  • Kesakitan yang tidak pernah dirasai
  • Pernah terjadi dengan tambahan gejala baharu

Faktor Risiko Kepada Pengembangan Apendiks

1. Usia

Kebanyakan kes apendiks terjadi ketika berusia 10 hingga 20 tahun

2. Jantina

Lelaki lebih cenderung mengalami apendiks akut. Namun, wanita cenderung mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun.

3. Genetik

Dipercayai bahawa faktor genetik turut menyumbang kepada pengembangan apendiks

4. Amalan diet serendah 

Pengambilan makanan rendah serat berpotensi menyebabkan lemak, serat tidak dicerna dan garam berkumpul pada apendiks, sekali gus menyebabkan keradangan atau penyumbatan

Punca Apendiks Pecah 

Apendiks berlaku apabila ia tersekat, selalunya disebabkan najis atau sesuatu di dalam badan yang tidak sepatutnya di situ, atau kanser.

Penyumbatan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan, memandangkan apendiks boleh bengkak disebabkan oleh jangkitan lain dalam badan.

  • Najis keras terkumpul
  • Folikle limfoid membesar
  • Cacing usus
  • Luka trauma
  • Tumor

Sakit apendiks juga boleh berlaku kepada kanak-kanak, jadi pantau kesihatan anak Mommy sekiranya kerap mengalami sakit perut.

Sayangi diri dan keluarga Mommy dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mommy sekeluarga.


Dapatkan lebih banyak lagi info tentang kesihatan yang menarik di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.