Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui Punca & 11 Cara Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

sakit belakang ketika hamil

Kredit gambar: connectionspt.com

Wanita hamil memang tidak dapat lari dari mendapat sakit belakang ketika hamil. Ianya boleh berlaku bila-bila masa saja dalam tempoh kehamilan, tapi kebanyakannya sering terjadi ketika trimester ketiga.

Tetapi Mommy janganlah terlalu risau, sebabnya ada beberapa cara untuk mengurangkan sakit belakang ketika hamil ini.

Namun, sebelum itu, jom ketahui dahulu apakah penyebab terjadinya sakit belakang semasa mengandung ini!

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

Highlighted

Kredit gambar: www.parents.com

#1. Berat Bertambah

Apabila kandungan semakin membesar, berat badan Mommy juga akan turut bertambah.

#2. Hormon

Hormon wanita hamil akan berubah dan membuatkan sendi dalam ruang pelvis dan ligamen menjadi lembut dan longgar. Ia dapat membantu memudahkan proses kelahiran.

#3. Perubahan Pusat Graviti

Perut ibu hamil semakin membesar dan ia menyebabkan pusat graviti beranjak ke depan. Ia boleh membuatkan postur tubuh ibu hamil berubah menunduk atau membongkok.

Cara untuk Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

Kredit gambar: www.spinemd.com

Terdapat beberapa tips atau cara untuk mengurangkan sakit belakang ibu mengandung iaitu:

#1. Rehat yang Cukup

Yang pertama, pastikan Mommy mendapat rehat yang cukup. Sekiranya tidak cukup rehat, badan Mommy akan merasa sakit-sakit. Mommy juga perlu elakkan stress dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

#2. Gunakan Tali Pinggang Sokongan

Cara yang kedua ialah, Mommy boleh menggunakan tali pinggang sokongan atau ‘maternity belt’. Tali pinggang sokongan ini dapat membantu menyokong bahagian perut yang semakin membesar dan bahagian belakang.

#3. Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil dengan Melakukan Senaman Ringan

Untuk mengurangkan sakit belakang, Momny juga boleh melakukan beberapa senaman ringan yang sesuai seperti yoga dan senaman perut.

Ianya terbukti dapat menghilangkan sakit belakang Mommy. Tapi perlu diingatkan untuk membuat senaman yang sesuai dengan trimester kehamilan Mommy.

#4. Tuaman Sejuk atau Panas

Kredit gambar: snugglebundl.co.uk

Seterusnya, tuaman sejuk dan tuaman panas juga adalah salah satu cara untuk menghilangkan rasa sakit belakang Mommy. Letakkan pad pemanas di bahagian belakang, pinggul dan pinggang.

#5. Mandi Air Suam

Mandi air suam juga dikatakan boleh mengurangkan sakit belakang yang dihidapi ibu mengandung. Namun begitu, mandi air panas seperti sauna atau bath tub memang tidak digalakkan.

Mommy boleh mandi dengan air pancuran atau shower sahaja.

#6. Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil dengan Mengurut

Selain itu, Mommy juga boleh meminta tolong Daddy untuk membuat sedikit urutan lembut pada bahagian belakang.

Ia sekali gus dapat mengeratkan hubungan Mommy dan Daddy. Pada zaman sekarang, Mommy juga boleh mendapatkan khidmat urutan untuk ibu hamil dengan mudah.

#7. Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil dengan Berenang

Cara yang seterusnya ialah berenang. Mommy boleh melakukan aktiviti berenang ini selama lebih kurang 30 minit sehari.

Selain dapat melegakan sakit belakang , berenang juga adalah senaman yang sangat sesuai untuk ibu hamil kerana ia dapat membantu menguatkan abdomen bagi menampung beban perut selama kehamilan.

#8. Ganti Posisi Tidur

Sekiranya Mommy gemar tidur dalam posisi berbaring, cuba diubah posisinya. Posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil adalah mengiring, kerana ia dapat mengurangkan sakit belakang.

Tidur dalam keadaan terlentang bukan sahaja menyebabkan Mommy sakit belakang tapi ia juga boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

#9. Gunakan Kasut yang Sesuai

Penggunaan kasut yang sesuai untuk ibu hamil sangat penting. Kalau boleh, Mommy perlu elakkan memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan membuatkan sakit di bahagian buku lali dan belakang.

Gunakan kasut yang sesuai dan lembut.

#10. Bantal Tambahan

Kredit gambar: www.pampers.com

Seterusnya, Mommy boleh menggunakan bantal tambahan untuk menyokong badan. Sekarang banyak bantal untuk ibu mengandung dijual.

Letakkan bantal dibawah lutut bagi mengelakkan sakit dibahagian kaki.

#11. Elakkan dari Berbongkok

Cara yang terakhir adalah, Mommy perlu mengelakkan dari berbongkok atau menunduk. Kalau nak ambik barang, bengkokkan lutut dan cangkung.

Sekiranya sakit belakang Mommy semakin memburuk, pastikan untuk berjumpa dengan doktor. Kalau Mommy bekerja, jangan terlalu stres dan memaksa diri.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua ibu hamil!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai pelbagai lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!