Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sakit Gigi Ketika Hamil? Ketahui Punca, Risiko & 20 Petua Untuk Merawatnya

wanita sakit gigi ketika hamil

Pernahkah Mommy mengalami sakit gigi ketika hamil? Sakit gigi dalam kalangan ibu mengandung seringkali terjadi. Apakah punca yang menyebabkan sakit gigi semasa hamil ini?

Adakah ianya bahaya kepada Mommy juga bayi dalam kandungan? Dan apakah tips serta cara atasi sakit gigi ketika hamil?

Untuk ketahuinya, Mommy perlu ikuti perkongsian di bawah ini. Jom kita baca selanjutnya!

Punca Sakit Gigi Ketika Hamil

Highlighted

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Berikut adalah beberapa punca sakit gigi ketika hamil:

  1. Mempunyai sejarah masalah kerosakan gigi sebelum hamil lagi.
  2. Tidak menitikberatkan kebersihan mulut disebabkan oleh morning sickness yang dihadapi.
  3. Sistem imun yang lemah kerana peningkatan hormone progesterone dalam badan sekaligus menyebabkan pengumpulan bakteria hidup di gusi.
  4. pH air liur yang mengalami perubahan disebabkan oleh kehamilan.
  5. Morning sickness seperti mual dan muntah yang dihadapi menyebabkan kerosakan enamel gigi dan risiko berlakunya karies.
  6. Kalsium dalam badan yang kurang disebabkan oleh perkongsian antara ibu dan bayi dalam kandungan.

Bahaya Sakit Gigi Ketika Hamil

Adakah bahaya apabila Mommy yang hamil mengalami sakit gigi? Jawapannya adalah Ya! Sakit gigi boleh mengganggu kehamilan Mommy. Antara bahaya yang boleh mengganggu kehamilan Mommy ialah seperti berikut:

  1. Menyebabkan komplikasi kehamilan.
  2. Boleh menyebabkan keguguran.
  3. Memberi kesan kepada berat bayi apabila dilahirkan.
  4. Boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang.

20 Tips atau Cara Mengatasi Sakit Gigi Ketika Hamil

Kredit gambar: warrnambooldental.com.au

Namun, bagi Mommy-Mommy yang sedang berhadapan dengan masalah boleh cuba tips berikut sebagai cara atasi sakit gigi ketika hamil iaitu:

#1. Rawat Sakit Gigi Ketika Hamil dengan Berjumpa Doktor Gigi

Petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung yang pertama adalah berjumpa dengan doktor gigi.

Ini adalah kerana ia merupakan pilihan paling tepat dan selamat untuk Mommy dan bayi dalam kandungan iaitu dengan mendapatkan rawatan dari pakar perubatan yang bertauliah.

#2. Berkumur dengan Air Garam

Mommy juga boleh cuba dengan berkumur dengan air garam. Mudah tetapi memberi kesan yang sangat hebat.

Hanya mencampurkan 1 cawan air dengan setengah sudu teh garam kemudian berkumurlah seperti biasa.

#3. Kurangkan Makanan dan Minuman Bergula dan Manis

Kredit gambar: ndscare.com

Makanan dan minuman manis akan membuatkan masalah gigi yang dihadapi Mommy semakin teruk. Oleh itu, kurangkan makan dan minum minuman yang manis untuk mengelakkan masalah bertambah serius.

#4. Lebihkan Sayuran dan Buah-buahan

Mommy juga disarankan untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai pemanis semula jadi.

Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan mulut Mommy tetapi juga baik untuk tubuh dan kandungan Mommy.

#5. Elakkan Kumur dengan Cecair Kumuran yang Mempunyai Alkohol

Untuk membunuh kuman yang berada di dalam mulut, ramai orang memilih untuk berkumur dengan cecair yang mengandungi alkohol.

Tetapi, ia tidak selamat untuk Mommy yang mengandung juga menyusu. Pastikan cecair kumuran Mommy bebas alkohol ya!

#6. Kerap Menggosok Gigi

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung yang paling mudah ialah dengan menggosok gigi. Kerap menggosok gigi selepas makan dan minum terutamanya benda manis dapat membantu Mommy mengurangkan rasa sakit yang dihadapi.

#7. Tuam dengan Tuaman Panas

Mommy juga boleh tuam tempat yang sakit dengan tuaman panas. Isikan air ke dalam botol atau hot water bag dan tuamkan sahaja di tempat yang sakit.

#8. Gunakan Tuaman Aais

Selain itu, Mommy juga boleh gunakan tuaman ais seperti ice pack atau ais yang dibungkus dengan kain untuk meredakan kesakitan yang dihadapi yang juga merupakan antara petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung.

#9. Ambil Kalsium dengan Secukupnya

Kredit gambar: warrnambooldental.com.au

Semasa mengandung kalsium dari badan Mommy akan diserap oleh bayi dalam kandungan Mommy. Oleh itu, pastikan pengambilan kalsium Mommy mencukupi untuk tubuh juga gigi Mommy.

Contohnya, minumlah susu yang sesuai untuk ibu hamil.

#10. Jaga Kebersihan Mulut

Kebersihan mulut adalah asas kepada kesihatan mulut. Oleh itu, pastikan Mommy menjaga kebersihan mulut dengan sebaiknya.

Terutamanya sekiranya Mommy sering muntah kerana morning sickness. Pastikan setiap kali muntah bersihkan mulut dengan berkumur dengan air bersih untuk membuang sisa muntah di dalam mulut.

#11. Penjagaan Gusi yang Betul

Di samping itu, Mommy juga perlu cakna berkaitan penjagaan gusi yang betul. Banyakkan pembacaan atau rujuk dengan doktor gigi Mommy untuk panduan penjagaan yang betul.

#12. Gunakan Tomato Muda

Kredit gambar: www.beingtheparent.com

Tomato muda juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan rasa sakit gigi yang Mommy hadapi. Caranya sangat mudah hanya belah tomato dan letakkan tomato pada gigi yang sakit.

Jika terdapat ulat pada gigi tersebut, dengan izin Allah ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Kemudian berkumurlah dengan air bersih seperti biasa.

#13. Rawat Sakit Gigi Ketika Hamil dengan Asam Jawa

Cara mengatasi sakit gigi ketika hamil yang seterusnya ialah dengan menggunakan asam jawa yang digoreng terlebih dahulu.

Kemudian, bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang dan tumbuh ke semua bahan ini sehingga halus. Akhir sekali tampalkan pada tempat yang sakit.

#14. Teh Hitam Petua Mudah Rawat Sakit Gigi Ketika Mengandung

Kredit gambar: www.colgate.com

Teh hitam juga merupakan petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung dan ia turut dikatakan sebagai mujarab untuk menghilangkan sakit gigi yang dihadapi.

#15. Buah Betik Muda

Sakit gigi semasa mengandung juga boleh diatasi dengan mengoleskan sedikit getah buah betik muda pada gigi yang sakit.

#16. Air Garam dan Limau Nipis untuk Hilangkan Sakit Gigi Ketika Hamil

Petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung yang seterusnya ialah menggunakan air garam dan limau nipis.

Caranya mudah! Hanya perlu rebus air bersama garam dan limau nipis yang dibelah 4. Biarkan suam dan kemudian kumurlah sekerap yang mungkun sehingga sakit berkurangan.

#17. Daun Sirih dan Bunga Cengkih

Kredit gambar: stylesatlife.com

Cara atasi sakit gigi ketika hamil yang seterusnya ialah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih. Bunga cengkih berfungsi sebagai anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bertindak sebagai antibiotic.

Caranya hanya rebus kedua bahan ini dan berkumur sehingga Mommy rasakan sakit yang dialami semakin berkurang.

#18. Bawang Putih antara Cara Rawat Sakit Gigi Masa Mengandung

Petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung secara tradisional ini seringkali digunakan apabila sakit gigi melanda.

Caranya mudah hanya dengan menghancurkan 2 ulas bawang putih kemudian letakkan pada gigi yang sakit selama 30 minit. Lakukan 4 kali dalam sehari.

#19. Daun Jambu Batu antara Cara Hilangkan Sakit Gigi Semasa Mengandung

Kredit gambar: wellnessmunch.com

Terdapat 2 cara mengurangkan sakit gigi dengan daun jambu batu. Yang pertama kunyah daun jambu batu tersebut dan yang kedua dengan menjadikan ia sebagai air rebusan.

#20. Garam dan Lada Hitam

Petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung yang terakhir sekali ialah dengan menggunakan garam dan lada hitam. Campur garam, lada hitam dan sedikit air.

Tumbuk sehingga menjadi seperti pes dan letakkan pada gigi yang sakit. Lakukan setiap hari sehingga sakit berkurangan dan hilang.

Kesimpulannya, penjagaan kesihatan mulut seharusnya dititikberatkan sejak dari kecil lagi. Oleh itu, risiko kerosakan gigi semasa hamil ini dapat dikurangkan sekiranya Mommy menitikberatkan penjagaan kesihatan mulut sebelum mengandung lagi.

Namun, bagi Mommy-Mommy yang sedang bergelut dengan masalah ini sekarang, boleh cuba tips-tips di atas. Semoga membantu!


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Dapatkan juga info menarik mengenai kehamilan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.