Ibu hamil seringkali mendapat sakit kepala semasa mengandung. Kepala sering berdenyut dan ada juga yang hampir pitam. Namun, adakah sakit kepala ketika hamil ini merupakan suatu perkara yang normal?
Jawapannya adalah ya! Tetapi Mommy jangan risau kerana ia bukanlah sesuatu yang membahayakan.
Sakit kepala sering terjadi disebabkan beberapa punca mengikut trimester kehamilan. Selain itu, sakit kepala juga boleh terjadi kerana penyakit lain semasa hamil.
Oleh sebab ramai Mommy yang kerap alami sakit kepala ketika hamil, untuk kali ini, kami akan kongsikan punca dan tips atau cara untuk hilangkan sakit kepala semasa mengandung.
Semak sampai habis ya!
Punca Sakit Kepala Ketika Hamil Mengikut Trimester
Ini adalah beberapa punca sakit kepala semasa mengandung mengikut fasa mengandung pertama, kedua dan ketiga iaitu:
Trimester pertama:
- Perubahan hormon.
- Dehidrasi.
- Darah rendah.
- Pengambilan kafein berlebihan.
- Diet tidak seimbang.
Trimester kedua dan ketiga:
- Pertambahan berat badan.
- Kencing manis.
- Tekanan darah tinggi.
- Tidur tak mencukupi.
- Pembesaran janin.
10 Cara Menghilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil
Berikut adalah beberapa cara menghilangkan sakit kepala ketika hamil iaitu:
#1. Cara Kurangkan Sakit Kepala Ketika Hamil dengan Mandi Air Hangat
Yang pertama, mandi air hangat mempunyai banyak kebaikan antaranya ialah boleh menenangkan diri. Mommy juga boleh berendam dalam tab mandi yang berisi dengan air hangat, tapi jangan terlalu lama berendam.
#2. Banyakkan Minum Air Kosong
Seterusnya, Mommy perlu banyakkan meminum air kosong kerana ia dapat mengurangkan dehidrasi sekaligus melegakan sakit kepala. Perlu diingatkan untuk tidak minum manis terlalu banyak kerana ia mungkin akan memburukkan lagi sakit kepala Mommy.
#3. Dapatkan Tidur yang Cukup
Mommy tahu tak kalau tidur tidak cukup adalah punca utama mendapat sakit kepala? Sebaiknya Mommy perlu tidur dengan cukup untuk mengelakkan tekanan atau stress semasa hamil.
#4. Cara Kurangkan Sakit Kepala Ketika Hamil dengan Berurut
Dari zaman dahulu lagi orang-orang tua sering kali melakukan urutan badan dan mengurut bagi orang hamil adalah perkara biasa. Ini adalah kerana mengurut mampu membantu melembutkan otot supaya lebih relaks sekaligus dapat legakan sakit kepala.
#5. Elakkan Berlapar
Selain itu, berlapar juga boleh buatkan sakit kepala. Jangan biarkan perut Mommy berlapar! Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Lapar juga akan membuatkan Mommy mendapat gastrik.
Oleh itu, sentiasa makan tepat pada waktu dan ambil makanan yang sihat dan cepat kenyang.
#6. Banyakkan Aktiviti Bergerak
Mommy juga boleh melakukan senaman ringan yang sesuai untuk ibu hamil seperti berjalan kaki. Dengan melakukan senaman ringan, ia dapat mengurangkan sakit kepala.
Jangan melakukan senaman yang membuatkan Mommy rasa sangat letih kerana ia mungkin akan membahayakan kandungan.
#7. Kurangkan Pengambilan Kafein
Pengambilan kafein yang berlebihan sangatlah tidak baik untuk Mommy dan anak dalam kandungan. Kafein hanya akan menyebabkan pening dan sakit kepala berterusan.
#8. Menghirup Udara Segar
Sesekali Mommy boleh mengajak Daddy untuk keluar berjalan-jalan supaya Mommy mendapat udara yang segar. Di rumah pastikan tingkap terbuka agar udara segar dapat masuk.
#9. Tuam
Selain itu, Mommy juga boleh lakukan tuaman sejuk atau panas. Ia dapat mengurangkan sakit kepala. Tuaman di lakukan pada dahi dan kelopak mata.
#10. Cara Kurangkan Sakit Kepala Ketika Hamil dengan Elakkan Tekanan
Ibu hamil perlu elakkan daripada stress atau tekanan. Sekiranya Mommy bekerja, hadkan masa bekerja. Lakukan pekerjaan rumah bersama Daddy agar Mommy tidak terlalu letih sekaligus mengeratkan hubungan suami isteri. Mommy juga boleh ambil cuti untuk berehat di rumah.
Diharapkan dengan perkongsian cara menghilangkan pusing melayang akibat sakit kepala semasa mengandung ini, kesihatan Mommy semakin pulih.
Namun, sekiranya Mommy dapati sakit kepala tidak menunjukkan tanda untuk membaik malah semakin teruk, Mommy disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Doktor akan memberikan ubat yang sesuai untuk dikonsumsi oleh ibu mengandung. Sebaiknya Mommy kenal pasti dari awal supaya dapat mengelakkan dari berlalu perkara yang tidak diingini!
Mommy juga boleh mendapatkan lebih banyak info dengan menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk setiap bulan!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Mommy juga boleh dapatkan panduan lain ketika hamil dengan klik SINI.