Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mitos Atau Benar: Sarung Tangan Bayi Sebenarnya Ada Tarikh Luput!

Secara amnya, sarung tangan dan kaki bayi atau juga dikenali sebagai mittens and booties ni dipakai untuk lindungi mereka daripada cuaca sejuk. Tetapi, adakah ia selamat untuk digunakan dalam jangka masa yang lama? Ke sarung tangan bayi ni sebenarnya ada tarikh luput?

Banyak fakta dan mitos tentang sarung tangan bayi ini. Jom ikuti perkongsian Dr Amirah Azlan di TikTok, mengenai tarikh luput sarung tangan bayi, iaitu pada hari ke-14 selepas menggunakannya.

“Eh, betul ke? Tapi, kenapa?”

Jika Mommy nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca di bawah.

Kenapa Pakai Sarung Tangan Melambatkan Sensori Anak-Anak?

Highlighted


Dr Amirah jelaskan terdapat beberapa sebab mengapa memakai sarung tangan pada si manja akan memudaratkan kesihatan dan perkembangannya. Jom kita tengok apakah sebabnya.

Mudah Tercekik

Seperti yang Mommy tahu, sarung tangan bayi ni sebenarnya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan dan kain. Sebab itulah Mommy perlu berhati-hati jika ada benang ke daripada sarung tangan terkeluar dan masuk ke dalam mulut bayi. Ini akan menyebabkan mereka tercekik. Pastikan Mommy pay close attention to anak Mommy jika Mommy sarungkan pada mereka.

Tidak Bersih

Betul Mommy, kita pakaikan sarung tangan dekat mereka supaya tangan tidak kotor, tetapi kalau kotoran yang melekat dekat sarung tangan mereka, apa jadi? Dan berkemungkinan besar bayi Mommy akan meletakkan tangan mereka ke dalam mulut, dan kotoran akan masuk ke dalam mulut bayi dan ini juga meningkatkan risiko anak kita dijangkiti penyakit.

Ketat Pada Tangan Mereka

Kebanyakan sarung tangan bayi didatangkan dengan elastik berhampiran kawasan pergelangan tangan untuk memastikan sarung tangan sentiasa berada di tempatnya. Ini bermakna apabila anda meletakkan sarung tangan pada tangan, ia harus kekal di tempatnya, dan anjal di dekat pergelangan tangan ini akan membantu anda melakukannya. Tetapi jika anjal terlalu ketat, maka ada kemungkinan bayi boleh cedera atau peredaran darah boleh tersekat.

Kenapa Tidak Perlu Pakai Sarung Tangan? 

  • Menutup tangan bayi akan menghalang mereka daripada menenangkan diri mereka. Ia juga mengganggu perkembangan bayi Mommy dalam proses. Sarung tangan yang dipakai untuk bayi baru lahir mengganggu deria sentuhan mereka.
  • Mereka membentuk penghalang dan menghalang bayi anda daripada menenangkan diri dengan menjilat tangan mereka. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bayi dilahirkan dengan keupayaan semula jadi untuk menenangkan diri dengan menjilat tangan mereka. Ini membantu mereka mengembangkan deria sentuhan mereka.
  • Bayi juga menggunakan tangan mereka untuk meneroka permukaan lain di sekeliling mereka.

Rupanya banyak juga faktor-faktor berbahaya tentang sarung tangan bayi ni. Pastikan Mommy pantau anak-anak jika memakai sarung tangan ni. Nanti tak pasal-pasal tercekik.

Adui! Lepas ni jimat lah Mommy dan Daddy, tak payah susah-susah beli sarung tangan untuk bayi. Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita titik beratkan seperti pemakanan dan kesihatan mereka, terutamanya dalam keadaan yang dipenuhi virus sekarang.

Jimat duit Mommy~

Kredit: TikTok Amirah Azlan