Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Saya Baru Sempat Jaga Dia 10 Bulan” – Luah Ibu Naufal

Naufal-meninggal-dunia

credit: kakishare.com

Lagi dan lagi kes bayi meninggal dunia di rumah pengasuh. Adik Naufal yang dipercayai retak tempurung kepala akibat terjatuh dari buaian telah selamat dikebumikan hari ini, di Tangkak.

Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi hari ini di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

Highlighted

credit: Berita Harian

Sebelum itu, jenazah Naufal Amsyar yang selesai dibedah siasat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) kira-kira 3.30 petang tadi dibawa ke surau Rumah Pangsa Jalan Ong Siong, Tangkak dua jam kemudian untuk disembahyangkan.

Naufal dibawa ke Hospital setelah jatuh dari buaian.

Naufal yang dilaporkan cedera parah di bahagian kepala dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa.

Pada 19 Julai yang lalu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.

Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.

Susulan daripada itu, polis menahan pengasuh terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 bulan, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

https://www.youtube.com/watch?v=eXp9vjbmA5M

Jenazah Naufal Dikebumikan di Tangkak.

JENAZAH Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang, Tangkak, jam 7 malam ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dipangku bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, dibawa ke Surau Rumah Pangsa Jalan Ong Siong, Tangkak pada jam 6.05 petang untuk disembahyangkan sebaik selesai proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

credit: Astro Awani

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan jam 6.35 petang dan selamat dikebumikan kira-kira 25 minit kemudian.

Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, memaklumkan perkara itu melalui aplikasi Whatsapp berkata, Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.

Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi

katanya hari ini.

Al-fatihah untuk adik Naufal.

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!