Ibu, Bayi & Kanak Kanak

9 Jenis Sayur Yang Padu Dengan Nutrisi Terbaik Untuk Bayi Mommy

Terdapat banyak pilihan sayur untuk bayi yang mudah diperoleh serta mempunyai banyak khasiat dan sangat penting bagi tumbesaran sihat mereka.

Sayur mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin yang sangat tinggi dan mampu membantu sistem penghadaman bayi bagi mengelak sembelit serta baik untuk tumbesaran yang sihat.

Setelah bayi mencapai usia enam bulan, Mommy sudah boleh memperkenalkan sayur untuk bayi sama ada dalam bentuk puri atau bubur.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa jenis sayur yang boleh Mommy berikan kepada bayi dan juga beberapa tips yang boleh Mommy praktik bagi memudahkan si manja menerima sayur dalam rutin makan sehariannya.

Pilihan Jenis Sayur Untuk Bayi 

Berikut merupakan pilihan sayur yang sesuai untuk diberikan kepada bayi Mommy:

#1. Kacang Buncis

Highlighted


Kacang buncis merupakan sayuran hijau yang sangat baik untuk bayi yang berusia enam bulan dan ke atas kerana ia kaya dengan vitamin A yang baik untuk mata, perkembangan tulang dan organ pembiakan.

Manakala vitamin K yang terkandung di dalamnya pula bertindak membantu dalam pembekuan darah dan mampu menguatkan tulang apabila bergabung dengan sumber kalsium.

Selain itu juga, vitamin-vitamin ini bagus dalam menguatkan sistem imunisasi bayi bagi membantu tumbesaran mereka.

#2. Ubi Keledek

Kredit gambar: www.tasteofhome.com

Beta karotin dan vitamin C yang terkandung di dalam ubi keledek dapat membantu perkembangan tulang, gusi, gigi, ligamen dan saluran darah di dalam tubuh selain meningkatkan sistem imunisasi bayi anda manakala seratnya yang tinggi membantu bayi mencerna dengan baik.

#3. Kacang Pis Pilihan Sayur Untuk Bayi

Kredit gambar: www.tasteofhome.com

Kacang pis memiliki rasa yang manis dan ia pasti membuka selera bayi anda kerana bayi lebih menggemari rasa manis.

Kacang pis juga mengandungi pelbagai jenis mineral dan kaya dengan vitamin A, C, kalsium yang baik untuk menguatkan tulang dan gigi, dan juga zat besi.

Ia boleh dikisar sehingga halus setelah merebus atau mengukusnya terlebih dahulu.

#4. Lobak Merah

Lobak merah sering kali digunakan dalam masakan. Ia sangat kaya dengan vitamin A,B dan C. Ia juga mengandungi kalsium yang boleh menguatkan tulang.

Selain itu lobak merah baik untuk perkembangan mata dan menjadi salah satu penyumbang kepada daya tahan badan untuk melawan penyakit.

#5. Sayur Kubis Bunga

Kubis bunga sangat mudah diperolehi di kedai runcit, pasaraya, dan anda juga boleh membelinya secara online.

Sayur yang kaya dengan vitamin C dan K ini sangat sesuai diberikan kepada anak anda dalam bentuk puri.

Caranya adalah dengan merebus atau mengukusnya kemudian dikisar sehingga halus.

#6. Labu

Kredit gambar: www.shape.com

Warnanya sangat cantik setelah dimasak. Ia merupakan makanan yang berserat tinggi yang mampu menjaga sistem penghadaman bayi.

Selain itu sayur labu yang sangat lembut ini turut membantu bayi menelannya dengan mudah. Sayur labu juga mempunyai kalsium dan vitamin yang sangat tinggi untuk menyokong tumbesaran bayi.

#7. Sayur Bayam

Kredit gambar: www.tasteofhome.com

Sayur bayam begitu kaya dengan vitamin, kalsium, magnesium, dan zat besi. Ia sangat bagus untuk bayi dalam menyokong perkembangan tumbesaran mereka dan kandungan nutrisi di dalamnya memberi kesihatan yang lebih baik.

#8. Sayur Brokoli Untuk Bayi

Kredit gambar: www.tasteofhome.com

Sayur brokoli sangat terkenal sebagai makanan pemula untuk bayi yang berumur enam bulan dan ke atas.

Rebus atau kukus sehingga lembut kemudian kisar hingga tekturnya benar-benar halus bagi memudahkan bayi menelannya. Mommy juga boleh memasaknya bersama beras sehingga lembut.

#9. Tomato

Kredit gambar: unsplash.com

Akhir sekali, sayur yang boleh diberikan kepada bayi anda yang berusia 6 bulan ialah tomato. Sayur ini sangat kaya dengan vitamin A.

Entiti biokimia yang banyak terkandung di dalam tomato dapat mambantu sistem imun dalam badan untuk melawan penyakit dan menyokong perkembangan bayi anda.

Mommy disarankan membeli tomato yang ditanam secara organik.

Tips Cara Memperkenalkan Sayur Untuk Bayi 

  • Pilih sayur organik

Ini adalah kerana sayuran yang ditanam secara organik bebas daripada semburan racun perosak yang tidak baik untuk kesihatan.

  • Berikan makanan ini ketika anak sedang leka bermain

Suap sayur semasa mereka bermain dapat mengalih perhatian mereka daripada fokus kepada makanan.

  • Suap bayi anda ketika mereka betul-betul lapar

Ini dapat mengelak mereka daripada meluah atau meludah cemula makanan mereka.

Semoga perkongsian ini dapat membantu Mommy dalam memilih sayuran untuk diberikan kepada si manja tersayang.

Jangan mudah berputus asa untuk terus memberi sayur kepada bayi jika dia menolaknya, kerana sayur sangat bagus untuk perkembangan tumbesaran bayi.


Dapatkan juga resepi makanan untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas dengan klik di SINI!