Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Scone Jem

triangle shaped jam scones

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung
  • 3 sudu gula
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 telur
  • 1/2 cawan susu
  • 1/4 cawan jem berri
  • Telur yang dipukul bersama 1 sudu teh susu

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

Panaskan oven kepada 400 darjah. Letakkan kertas minyak di atas loyang.

Di dalam mangkuk saiz sederhana, campur bersama 4 bahan pertama. Potong mentega kepada kiub, kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Gunakan blender pastry atau jari anda untuk mencampurkan adunan sehingga pecah.

Di dalam mangkuk kecil, campur bersama susu dan telur. Tambahkan ke dalam adunan. Gunakan garfu untuk kacau bahan-bahan sehingga menjadi doh.

Taburkan tepung ke atas tangan anda dan ke atas permukaan kerja. Uli doh sehingga rata. Bahagikan kepada 2 bahagian. Roll doh menjadi bola dan penyekkan kepada bulatan 7 inci. Alihkan 1 bulatan ke atas loyang yang disediakan. Ratakan bulatan doh dengan jem, kosongkan ½ lilitan luar. Letakkan bulatan doh kedua di atas, dan cubit keliling doh.

Potong doh kepada 8 segi tiga. Jauhkan doh yang dipotong ½ inci daripada doh lain dan beruskan campuran telur ke atas setiap satu doh.

Bakar scone sehingga keperang-perangan, lebih kurang 15 minit.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel dipetik daripada Parents.com.