Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Selamatkah untuk Bayi Saya Makan Madu?

honey

Jangan berikan bayi anda madu sebelum dia berusia 1 tahun, walaupun untuk ubati batuk.

Ini adalah kerana madu boleh, kadangkala, mengandungi spora bakterium yang dipanggil clostridium botulinum. Ini boleh menyebabkan keracunan makanan (botulism) yang jarang berlaku kepada bayi. Jika bayi anda menghidapi botulism, dia mungkin mula menunjukkan tanda-tanda selepas 8 ke 36 jam. Hubungi doktor anda secepatnya jika bayi anda termakan madu, dan mempunyai tanda-tanda ini:

  • Sembelit
  • Lesu
  • Kurang selera makan

Satu lagi sebab untuk tidak menambahkan madu kedalam makanan bayi anda adalah kerana madu boleh merosakkan gigi. Madu juga boleh menggalakkan bayi anda untuk menyukai makanan manis. Jika anda mahu tambah perasa kepada makanan bayi anda, contohnya nasi bayi atau yogurt kosong, cuba tambahkan buah yang di puree, pisang lenyek, atau buah kering. Makanan ini manis secara semulajadi dan mengandungi vitamin dan mineral.

Sesetengah yogurt manis mempunyai madu sebagai pemanis, jadi lebih baik jika anda tidak berikan yogurt manis kepada bayi anda.
Artikel dipetik daripada Baby Center.